MERIAM TAPI BUKAN PAKAI BULUH | downgila

Wednesday, August 17, 2011

MERIAM TAPI BUKAN PAKAI BULUH


Dulu time gua kecik kecik, darjah 5 dengan darjah 6, bila masuk puasa, memang gua happy gila. Kampung gua yang senyap sunyi mesti jadi hepening gila bila malam menjelma. Semua budak main meriam, pada kitorang bapok bapok dan perempuan comel je main mercun. Lagi lagi mercun bola. Bunyik macam kentut je. Entry gua pasal mercun boleh baca kat SINI

Nak main meriam buluh bahaya, takut buluh tu pecah. Kang tak pasal pasal tak sempat kawen gua sebab mati muda. Nak main mercun malu, jadi kitorang berjaya mencipta satu meriam yang selamat, dijamin tak pecah dah tak payah susah susah nak cari buluh.

Meriam yang kitorang cipta pakai tin susu. Yang besar punya. Susu Nespray tu. Bukan tin susu pekat buat teh tarik tu. Bila pikir pikr balik. Kreatif jugak budak budak kan. Ni tingkatan 6 atas pun belum tentu boleh design meriam macam abang gua design. Lepas dah sambung 3 tin susu, gali lubang dalam tanah pastu letak tin susu tu. Peh. Bunyik dia. satu kampung gua boleh dengar.

Bila dah dengar, kutu kampung sebelah mula ah panas, diorang pun buat gak meriam. Tapi gua dengar meriam diorang lagi bahaya, pkai tiang pagar rumah. Lagi bengap dan melibatkan kecurian pagar. Kecoh satu kampung pagar hilang. Sedar sedar kutu semua dah buat meriam.


Gua ada banyak pengalaman main meriam ni. Tapi karier gua dalam art meriam tak lama sebab ada la accident sikit. Masa main meriam ni menyebabkan gua rasa macam bukan orang Malaysia dah. Rasa macam orang Indonesia, Bangladesh dan Myanmar sebab main dalam gelap pastu pakai tutup muka dan bukak baju. Sebijik macam pekerja kontrak.

Nanti nanti ah gua sambung cerita ....Gua nak berpesbuk kejap

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...