LAST GUA TAK PUASA PART 1 | downgila

Saturday, August 13, 2011

LAST GUA TAK PUASA PART 1


Last gua tak puasa adalah waktu gua tingkatan 1. Tahun 2003. Masa tu balik cuti hujung tahun. Dan waktu tu jugak sekolah gua dah berpindah ke Putrajaya. Awal awal gua ingatkan boleh tinggal je barang barang macam baldi, hanger baju, sabun sabun semua tu lah. Kasut sukan pun takkan nak bawak balik. Taun depan gua nak guna lagi. Gua dah pack semua ingatkan nak tinggal aje dekat stor. Tahun depan masuk tingkatan 2, ambik la balik. Tapi plan power gua ni tak sama dengan warden

Warden gua ada plan yang lagi power. Dia suruh angkut bawak balik semua. Power kan? Power macam sial. Takkan gua nak angkat gila satu loker bawak balik rumah. Dah la dengan baldi lagi.

Last last gua cincai sumbat mana yang patut, setelah habis gua sumbat, ada la dalam 3 bag. dua bag galas, satu bag yang style jinjing tu. Pastu ada satu baldi isi hanger baju dan kasut sukan. Cuba bayangkan macam mana gua nak bawak semua tu? Tak cukup la tangan gua. Bag jinjing yang satu tu dah la besar gedabak. Gua masa tu mana ada bag beroda macam kanak kanak zaman sekarang. Scene bag beroda ni tak sampai lagi kat Kuala Lipis. So gua tak beli la.

Gua pakai bag yang jinjing tu je. "Body Love" jelas tertayang dekat bag tu. Celaka malu gila gua kena bahan dengan kawan kawan gua bag brand ciplak. Masa tu, Body Glove brand yang ngetop la. Bersama sama brand WC, Echo Park, kasut DC skate board yang haram besar tu dan juga penggunaan perkataan 'Obvious'.

Bila gua jinjing bag gua dalam 5 meter, gua mengah suda. Gila macam ni tak sampai la Puduraya pukul 4.30!! time tu hari Jumaat. Ada solat jumaat lagi. Habis dalam pukul 2.30. Gua ada 2 jam dari putrajaya ke KL. Putrajaya ke KL kalau lu orang jalan tak bawak apa apa pun dah nak dekat sejam lebih. Ini kan gua yang bawak bag seberat 46 tan metrik ni.

Lepas solat jumaat.....Dalam pukul 2.15 petang. Gua masih tak ada transport nak pergi ke KL selain menunggu bas yang stesen bas nye macam haram jauh dari sekolah gua, Kalau jalan ambik masa dalam 45 minit jugak sebab gua berat gila babi nak angkat luggage gua.

"Ahh. Masak aku macam ni", gua merungut dalam hati.

Rasa nak menangis pun ada. Dah la tengah puasa. Sahur kat sekolah lu orang tahu la. Lauk paling paling Pizza pun ikan jaket tu. Pagi tu gua makan kari apa entah. Akak tu bagi gua ikan. Bila member gua makan, dapat ayam. Sorang lagi dapat daging, Gila sampah lauk. Gua panggil tu kari fortune, nasib baik sikit dapat ayam. Kurang baik dapat ikan laut dalam macam gua dapat. Ikan rasa getah buku.

Tiba tiba gua teringat gua ada sebotol air 100 Plus perisa tangerine orange 1.5 liter dalam bag. Gua tinggal barang gua, bawak bag galas je. Pergi pablik phone. Telepon mak gua tanya boleh tak gua tak puasa. Baik kan gua? Tanya mak dulu boleh ke kalau tak puasa.

Mak gua cakap kalau tak tahan dan line clear, go la.

Gua tak banyak cerita, letak telefon, masuk tandas, usha kanan usha kiri, padahal dalam kubikel tandas, memang dinding la kat sebelah, bila dah tak ada orang, gua kasi teguk itu air 100 plus.

Gulp Gulp gulp...

Pehh..............Heaven..


Bersambung SINI..

Adakah ada warden akan mengantoikan gua tak puasa? Adakah gua sempat sampai ke Puduraya?? Bersambung di Part 2

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...