LAST GUA TAK PUASA PART 2 | downgila

Monday, August 15, 2011

LAST GUA TAK PUASA PART 2


Sambungan dari sini

Lepas gua dah teguk sampai agak separuh botol 1.5 liter tu, gua terus cepat cepat keluar. Masa keluar, gua terserempak dengan seorang budak kecik, umur dalam 6 tahun, masuk dalam tandas, Dia pandang tepat dekat tangan gua yang masih memegang botol air 100 plus masa gua nak simpan air tu dalam bag semula. Gua terus jadi segan dan bergegas keluar dari tandas tanpa membuat sebarang eye contact dengan budak tu. Gua rasa budak kecik tu tak paham lagi kenapa gua terpaksa tapau puasa gua.

Lepas gua keluar, gua masih lagi bingung nak balik naik apa, masa tu hilang dah rasa malu. Gua tanya je kawan kawan gua boleh tak tumpang sampai stesen LRT. Last last dalam 15 minit gua cari cari, Jumpa sorang kawan gua, gua tumpang kereta mak dia sampai Stesen Star Sg Besi. Walaupun barang gua gila banyak. Gua jalan gila slow time tu.

Sampai Sungai Besi, gua drag slow slow bag gua jalan. Beli tiket ke Plaza Rakyat satu. Dalam 30 minit  sampai la gua dekat Puduraya. Masa tu dah pukul 4.10

Gua jadik makin kucar kacir. gua jalan jugak sedaya mana gua mampu. sampai betul betul depan pudu, bag jinjing gua rabak. Besar pulak tu.

"Ni kes terlebih muatan la ni..Faker..." , gua merungut.

Tengah gua gelabah nak pikir macam mana nak angkat bag tu, macam macam posisi gua cuba, still tak boleh angkat, datang seorang bader mana entah. Dia capai sebelah bag gua, dan pandang mata gua sambil senyum. Dia cakap

"Meh abang tolong,", lantas mencapai tali bag gua.

Gua terus jadi terharu. Mata gua dah berair. Gua jalan sampai kat platform bas. Bas dah sampai. Pudu time tu pack gila gila punya. Biasa la, orang nak balik raya. Macam macam kutu ada dekat situ. Kutu tiket, kutu tipu orang, kutu mintak sedekah dan macam macam jenis lagi. Tapi gua ta sangka ada jugak orang baik macam bader tu dekat pudu masa tu. Sebab orang lain semua macam buat tak pandang je gua. Maybe sebab gua comel, bader tu tolong gua.

Bila sampai dalam bas, bas terus gerak, celaka gua nak beli cikedis apa pun tak sempat, Disebabkan gua tensen dan penat, gua terus tidor. Tak sedar apa dah. Mimpi pun tak ada. Nak cakap alam bunian takkan la gua dekat pudu kot. Nak cakap kena hempap pun tak jugak sebab gua tidur duduk. Sedar sedar dah pukul 7, makwe tudung sebelah gua kejut.

"Err..awak..awak tak nak berbuka puasa ke?, Nah amek la sikit Karipap ni", tegur makwe tu sambil offer Kuih karipap dekat gua sebab dia nampak gua tak ada bawa apa apa makanan dalam bas.

Gua pandang makwe tu dengan muka baru bangun tidur

"Err..tak apa lah. Terima kasih. Saya ada air", sambil tu gua tunjuk air 100 plus gua yang dah tinggal separuh.

Makwe tu pandang botol air 100 plus gua. Lama jugak dia pandang, Memang dah separuh. Lepas tu dia pandang gua balik. Lantas senyuman dia bertukar menjadi sinis.

Gua buat buat sambung tidor dalam keadaan malu.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...