Berlawan Dengan Cashier | downgila

Tuesday, August 02, 2011

Berlawan Dengan Cashier


Jam menunjukkan pukul 3 ptg. Azwan baru balik kerja dan ingin berbuka FKC hari ini. Lantas beliau singgah sebentar di FKC untuk menapau makanan.

"Ini bakinya. Sila datang lagi," kata cashier FKC sambil menghulurkan RM20.30 kepada Azwan.

"Kurang satu sen," kata Azwan sambil menunjukkan wang tunai yang cahier bagi tadi dan resit yang tertulis nyata - Baki RM20.31.

"Satu sen nak jugak?"

"Eh nak lah! Itu duit saya. Satu sen pun duit juga. Kalau 30 orang awak tidak bagi satu sen, awak sudah dapat 30 sen. Kalau 10 hari, sudah 3 ringgit. Kalau satu bulan? Kalau satu tahun?"

"Masalahnya kami sudah kehabisan syiling satu sen."

"Saya tak kisah la macam mana. Satu sen itu hak saya. Saya mahu duit itu!"

Barisan pelanggan mula memanjang di belakang Azwan tetapi Azwan belum mahu berganjak. Tuk tuk tuk, Azwan mula mengetuk-ngetuk kaunter dengan jari. Muka buat sombong

Juruwang itu capai tabung derma di depan mesin wang dan mengeluarkan siling satu sen. Dia menghulurkan siling itu kepada Azwan. 

"Nah!", muka sangat tak puas hati.

Azwan jadi bengang. Tabung itu adalah dana untuk orang-orang yang tidak bernasib baik. Pelanggan-pelanggan yang pemurah memasukkan baki duit ke dalam tabung itu dengan niat untuk membantu orang lain. Bukan untuk membantu korporat FKC menyediakan baki siling. Ayam main selet selet dekat kaki jugak.

Pun begitu, Azwan terima juga siling itu. Sejurus kemudian, Azwan masukkan semula siling satu sen itu ke dalam tabung.

Giliran cashier itu pula bengang dengan Azwan. 

"Kalau begitu, tidak payahlah saya bersusah payah mengeluarkan siling itu tadi.", rungut cashier tersebut

Azwan tak mengaku kalah  

"Duit saya. Suka hati sayalah mahu derma ke dalam tabung ini. Bukan macam awak, merompak dari tabung derma."

"Nanti saya pulanglah duit yang saya ambil itu," kata cashier itu menarik muka.

"Harapan lah", Balas Azwan

Azwan meninggalkan restoran itu sambil menjinjing kotak ayam goreng dan memberi ruang kepada bader melayu berikutnya. Dan. Terdengar wacana stok antara cashier dan pelanggan dari jauh 

"Welcome to FKC. Makan sini atau bungkus?"

"Makan sini bangang apa bulan puasa kot .", Azwan buat panas dalam hati.

Notakaki : watak dan cerita tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah pergi. selamat berpuasa dan selamat beramal

17 comments:

  1. mane ade lagi 1 sen sekarang nih kan?? 5 sen paling minimum kan??

    ReplyDelete
  2. laaa...kan aku ckp cerita hanya rekaan semata mata. watak pun tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yg telah meninggal dunia =P

    ReplyDelete
  3. ade ek tulis rekaan semata-mata?? haha.. x nmpak pon.. pasal watak takde kena mengena ngan yg hidop atau mati tu memang adela kan.. :P

    ReplyDelete
  4. haha. ada2. tu dah letak. akk cashier metrojaya jgn marah okay~ haha. nnt tayar motor pancit lg

    ReplyDelete
  5. aku nak cuba buat la . sebab mekdi pernah songlap 5sen aku !

    ReplyDelete
  6. hhaaa..kan ada yang sama tu. apa lagi wan! tulis! hahahaha

    ReplyDelete
  7. sangat kejam itu cashier. kali ni takde sambungan ke weh? hangat ni story ni. XD

    ReplyDelete
  8. hoi hoi. selamat le rekaan je. igtkan bet0l dah tadi

    ReplyDelete
  9. Wahahaha!! mentang2la aku kerja cashier.. amboi!

    ReplyDelete
  10. @farhana : xde bro. ini hanyalah cerita dongeng ign memerli perbuatan cashier2 fast food

    @govin : bagus. kau betul2 khatam ini artikel. haha

    ReplyDelete
  11. @Waniey : haha. xde kena mengena dgn yg idup atau yg meninggal dunia okayy...XDD

    ReplyDelete
  12. walaupun ni rekaan semata-mata , aku tetap nak cakap yang cashier FKC kau tu memang bongok . babai .

    ReplyDelete
  13. hahaha. kau mmg. semua org bongok

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...