EDISI RAMADHAN : BILA DUIT #BUATTEROK | downgila

Wednesday, August 24, 2011

EDISI RAMADHAN : BILA DUIT #BUATTEROK


AHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!! Jerit duit hijau tua selepas beliau jatuh dari ketinggian 400 sentimeter. Kedebuk kedalam lubang yang agak gelap. Beliau terus pitam dan tak sedarkan diri...

20 Minit kemudian...

"Erghhh...gua kat mana ni", tanya duit hijau tua selepas beliau sedar dan mula membuka mata, sedar sedar banyak lagi duit duit lain mengerumuni beliau seumpama beliau ni sangat 'rare'. Ada duit biru, duit hijau muda, duit merah hati dan tak lupa duit bulat bulat.

"Abang jangan risau bang, abang selamat, kitorang semua dulu masuk sini pun jatuh kedebuk macam tadi", tegur seorang duit yang berwarna biru.

"Ok ok. sekarang gua dekat mana ni? apasal lu orang kerumun gua ni??, lu orang ni stok stok kanibal ke apa", tanya duit hijau tua dengan nada cemas.

"Oh, biar sy kenalkan diri. saya duit biru, merangkap duit paling ramai kat sini lebih kurang macam majoriti ah omputeh kata", jelas duit biru.

"Ohh. dah tu kenapa kerumun gua? gua sigung kang, gua lagi besar dr lu orang, jangan ingat gua cuak", balas duit hijau tua

"Eh, jangan salah anggap bang. Kitorang just pelik la bang, jarang ada duit hijau tua macam abang masuk dalam ni. Paling paling rare pun setakat ni duit merah hati tu je, tu pun ada la 3 4 je.", jawab duit biru.

"Celaka betul dari tadi lu tak jawab soalan gua. Sekarang ni gua dekat mana?????!! Lokasi Lokasi!!", tanya duit hijau tua dengan marah selepas soalan beliau dari tadi tidak dilayan

"Abang dekat dalam tabung masjid Al Hidayah ni bang. Tu yang pelik tu.  Biasanya duit macam abang ni banyak dekat kelab malam dengan kelab stripper je", jelas duit biru.

"Errrr....."

Notakaki : betul ke penggunaan #buatterok gua? Sila jawab Hazwan, Lanaya dan Bedah Tonggek

10 comments:

  1. aku lebih focus dekat gambar ko jek. pastu masa aku baca entry ko ttbe aku rase aku susah nak bezakan warna kat note duit. wuu~

    Sungguh bermetafora entry ko~ hakhak

    ReplyDelete
  2. Boleh la tu penggunaan #buatterok kau tu. Good job! Haha.

    ReplyDelete
  3. i got it.
    duit ijau tue - RM50 kan?
    merah- rm10
    biru-rm1

    kiranya nk ckp yg org derme kat masjid byk duit rm1 aje la?

    ReplyDelete
  4. nice blog, nice entry. sy dah follow

    ReplyDelete
  5. comel lah entry ni XD
    fakta lagii.

    ReplyDelete
  6. fuyooo. masuk tabung surau yang bapak aku selalu kutip duit la. bangga siot aku.!! nyahahahaha

    ReplyDelete
  7. @Spek itam : HAha. takkan kau tak ingat warna duit lg kot selalu kena refer gamba?? ghahahahaha

    ReplyDelete
  8. @Lanaya : Baik Bos!! HAHA

    ReplyDelete
  9. @Pieja : haha thanks. tak pernah nampak sebelum ni
    @Fyda : comel? erk...hahahahah

    ReplyDelete
  10. @Amprosak : Bapak kau kutip duit tabung ek? cb tnye duit apa plg byk?

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...