Pengalaman Gua Di Alam Shah : Warden | downgila

Thursday, August 04, 2011

Pengalaman Gua Di Alam Shah : Warden

Dulu time sekolah, gua memang selalu main kejar kejar dengan Warden, kitorang panggil ni 'main CS' dengan warden. Ada sekali tu, gua dengan member member 4 orang duduk dalam satu bomba punya hos punya tempat tu, gua atas sekali, kena panjat pipe tu. Punya la CS. Kitorang budak baik. Warden pulak pihak terrorist. Senjata diorang bukan AK-47 mahupun M-16 macam kat PLKN, tetapi menggunakan lightsaber warna coklat yang tak bercahaya.

Warden gua zaman sekolah dulu banyak yang muda muda, so diorang aktif la mengejar pelajar pelajar. Kalau kantoi, mesti kena drag pergi HQ diorang pastu kena zaass sekali dekat jubor. Berbirat mesti dah. Lagi lagi Lan Gay yang rotan. Kalau tak menyesal 5 saat tak turun surau memang legend la.

Warden pulak ada banyak jenis. Ada yang mesra pelajar, ada yang touch-n-go, ada yang semangat baba, tak lupa juga ada warden stone. Ni gua nak cerita pasal warden yang stone. Gua pun pelik macam mana dia boleh jadi warden. Dia baik sangat sial. Gua tak ingat la apa nama dia. Tapi nama dia ada la jawa jawa sikit. Yang penting kitorang panggil dia Tukiman. Gua rasa tukiman tu nama bapak dia. Rasa je la

Ada satu hari ni. Gua dan beberapa kutu lagi ponteng prep malam. Lepak bilik. Time tu gua dah Form 5, dah jadik brader brader, Minum pun air suam. Tak minum dah air ais. Budak budak je minum air ais.

Masa gua tengah sedap sedap petik gitar lagu Toxicity, member gua datang

"Woi. ada warden round round. Budak blok A cakap dalam 2 minit lagi sampai la"

Yang gua pelik, tak pulak berlari lari mengah mengah cakap ada warden. Dia tenang je. Gua musykil.

"Sapa?", gua tanya

"Warden baru tu", member gua jawab dengan tenang.

Gua sambung main gitar. Sebab Tukiman paling paling ganas pun dia suruh lu orang turun pergi prep. Tu je. Mana pernah rotan. Mungkin sebab dia baru lagi. Segan nak rotan. Tengah tengah main gitar, ketua kelas gua, lelaki perak bergegas keluar dari bilik dia dan mengintai ngintai serupa cek line.

Gua pun nak usha jugak, gua keluar dan mengintai dari celah celah tembok depan koridor. Gua nampak Tukiman berjalan manja masuk blok gua. Dressing pkai seluar slek licin hitam pastu jari pusing pusing kunci motor.

Tiba tiba, Lelaki perak jerit, kuat gila

"TUKIMANNNN!!!!!", diikuti dengan gelak tawa yang terbahak bahak beberapa kutu lain.

Gua nampak tukiman pandang atas, mata meliar mencari siapa yang menjerit nama bapak dia. Bila tak jumpa, dia buat muka 'redha'

Gua masuk bilik balik main gitar.  Semua kutu buat macam tak takut langsung Tukiman datang nak 'serbu' kitorang turun prep. Bila pikir pikir balik muka Tukiman time dia kena macam tu, serentak hati gua berkata

"Bapak kejam"



Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...