MAN UNITED 3 - MAN CITY 2 | downgila

Tuesday, August 09, 2011

MAN UNITED 3 - MAN CITY 2



Gua tengok match ni kat rumah beb. Bukan selalu gua tengok bola sensorang ni. Gua tengok mula mula sebab nak tengok Aguero main. Mana la tau dia perform kan. Tiba tiba Man United kalah ke. Boleh gua sokong Man City pulak season depan. Gua pun bawak la karipap bukak puasa tadi duduk depan TV. Tapi gua tengok match tu lambat sikit. Sebab gua balik lambat kan. Tak payah cakap la sebab apa.

Bila gua kasi on itu TV, gua tengok score dah 2-0. Tanpa disedari, gua dah tersenyum sendiri.

"Mampos kau Man U. Bajet hensem habis je Nani tu. Rambut dah la macam turf hoki."

Gua semangat tengok ni, tiba tiba gua tengok Aguero tak main. Celaka betul. Buat penat gua rushing balik tadi. Apa ni Mancini? Bagi la Aguero main. Gua nak tengok Aguero! Bukan Balotelli bangang tu. Pakai baju pun tak reti.

Bila tengok Aguero tak main, gua terus masuk bilik online je. Bukak twitter. Ramai pengulas tak berbayar kat twitter tu. Ramai nye fan Man United la. Tiba tiba gua tengok Man United dah skor satu. Tak apa lah lagi. Tiba tiba skor lagi! dah 2-2 dah ni. Apa ni! jangan la bagi Man United menang! Dalam masa gua ingat dah seri. Nani yang gua benci pulak skor. Jahanam punya Nani. Kenapa kau perform pulak match ni?

Gua dah tak jadi nak sokong Man City season depan. Gua stick dengan Liverpool je la. Kalau tak dapat Top 4 lagi memang gua beralih angin la kepada pasukan TNB Kelantan, takpun Pasukan Polis. Dengar cerita striker diorang main dah line line Zidane

Notakaki : Abang-abang Man City yang baru rasmi jersi baru beli kat kedai Al Ehsan tadi, amacam? Tendang kerusi tak?

kenapa miera punai trending ek? siapa miera punai tu?

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...