BUDAK KECIK CARIK PASAL | downgila

Thursday, August 18, 2011

BUDAK KECIK CARIK PASAL


Semalam gua pergi 'shopping' raya. Sebenarnya gua nak cari Wax rambut L'oreal yang architect tu dengan selipar Fipper baru je. Tau tau mak gua suruh gua angkat baju melayu satu. Gua bukan tak nak, tapi gua rasa rugi pulak beli sebab baju melayu gua pakai buat pergi sembahyang raya pastu balik tros gua bukak. Macam membazir la kan gua beli.

Last last gua beli jugak satu baju melayu. Warna brown gelap. Itu pun 1st baju yang gua jumpa, gua terus angkat. Tak reti suda gua nak shopping shopping ni. Gua reti jumpa-rasa lawa-beli-balik. Tapi disebabkan gua keluar dengan family gua, gua tak dapat balik awal.

Lepas siap beli baju, mak gua nak pergi supermarket jap beli barang barang dapur. Gua pun duduk je lah dekat depan supermarket tu. Dekat pintu masuk. Nak dapat satu seat punya la payah. Penuh orang. Gua nampak sorang warga emas ni bangun dari seat tu gua teros sambar dan duduk. Buat muka lega.Nak dijadikan cerita, dekat pintu masuk tu ada kedai kecik yang jual waffle. Gua dah la tak boleh waffle waffle ni. Jadi terliur la. Selain waffle, karipap juga boleh menterliurkan gua.

Yang buat gua jadi baran tu budak sebelah gua. Dia pergi beli itu waffle. Bau waffle tu, pehh...mantap gila. Lagi lagi gua tengah puasa. Puasa ni benda semua lu nampak sedap kan. Ni pulak peberet gua. Waffle. Budak tu boleh waktu beli tu dia main main eye kontek dengan gua. Gua rasa gua kalah. Tak patut betul seorang remaja berwawasan seperti gua kalah eye kontek dengan seorang kanak kanak. Cilake betol.

Lepas dia dah beli dia duduk  balik sebelah gua, main selit selit. Tahi kan? Dia dah duduk sebelah gua dia nak main lagi eye kontek dengan gua. Gua rasa tercabar ah. Gua pandang la balik. Dan dan gua pandang, dia terus makan itu waffle. Mulut suap waffle tapi mata still pandang gua, cilake sedap betul nampaknya waffle yang baru lepas masak tu. Gua macam

"Eh jahanam betul budak ni nak bagi gua terliur lettew", gua cakap dalam hati sambil meneguk air liur.

Dia terus pandang dan suap lagi waffle kali kedua. Muka buat senyum senyum bila dia nampak gua tersiksa. Gua tak boleh pergi! Tak boleh pergi!!! TAK BOLEH PERGI!!! AH!!

Gua pandang lantai pasang mp3 dengar lagu Situasi satu kali.

Dan aaaaakuu, ku layu, wooo oh oh disitu, mengharapkan sesuatu yang baru, itulah impian akuuuu~~

"Hari ni hari kau budak. Esok esok hari aku.", bisik gua sendiri.


Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...