Live Update : Misi Mencari Kunci | downgila

Monday, January 30, 2012

Live Update : Misi Mencari Kunci

SIAPA AMEK KUNCI AKU?????!!!

Okeh, Pukul 6.30 tadi gua sampai UM, naik bilik terus nak mandi, nak bukak loker, loker gua terkunci kemas. Sekarang disebabkan gua power, gua tak ingat dekat mana letaknya kunci. Gua akan kemaskini post ini dari semasa ke semasa. Jangan kemana mana. Adakah gua kan jumpa kunci? Adakah kunci tersebut tertinggal dirumah? Nantikan...

Kemaskini  pukul 7
Sekarang pukul 7, bayang kunci masih belum kelihatan, gua dah tweet kunci gua hilang, malangnya tiada siapa yang tahu mana gua letak kunci gua, Dalam beg habis dah selongkar. Lepas ni gua ingat nak suruh semua lunci dengan henpon gua buat akaun Twitter. Senang sikit.

Kemaskini pukul 7.30
Azan Maghrib berkumandang, gua tengah tunggu depan pintu dengan harapan kunci akan keluar dari bilik untuk ambil air sembahyang.


Kemaskini 7.45
Nampaknya kunci tak keluar bersolat pulak. Maybe tengah 'cuti'.Gua nak pergi solat dulu, bekalan akhirat tak cukup lagi ni.

Kemaskini 8.00
Gua tengah baring baring nak cuba ingat dekat manaaaa la gua letak sebab gua tak ingat langsung. Ni bahaya ni. ada tanda tanda dah nyanyuk. Baik gua makan dulu. Tadi ada tapau nasik dengan ayam masak merah mak gua bagi. Mak gua tak tutup bekas makanan ni rapat rapat habis minyak tumpah.

Kemaskini 8:20
Gua terpaksa redha untuk pecahkan kunci ni dengan tangan.

Kemaskini 8:21
Tangan gua tak fit lagi. Kang silap silap patah balik bahu ni. Mangga ni nasib baik hari ni. Seingat gua, gua tak ada kunci haritu. Terlupa. Terlupa. Tangan capai henpon mesej lelaki taiping. Tapi gua dah redi dengan plan B, ada satu besi mana entah gua ingat nk ketuk je dekat mangga ni

"Rumet, haritu masa aku balik loker aku kunci tak?"

Kemaskini 8:24
Trutt Trutt

Lelaki taiping balas mesej gua

"Tak, kau tak kunci, aku yang kuncikan, kunci kau ada dalam loker aku"

Peh.. Selamat la loker ni hari ni. Tangan gua bila bila masa boleh capai besi hentak kat loker ni. Selamat Selamat

Kemaskini 8:30
Gua bergerak ke bilik air untuk mandi


3 comments:

  1. memang tua la nak tunggu kunci p wudhuk

    ReplyDelete
  2. Hmm. LUNCI pon boleyyy. Heheh.
    Btw, gua rasa loker tu pun tak sabar nak "pecah"kan tangan lu. Keh3.
    xD

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...