Mencabar Senior Senior Alam Shah | downgila

Sunday, December 23, 2012

Mencabar Senior Senior Alam Shah

Kalau gua boleh undur masa, gua nak pekena undur masa ke tahun 2004. Masa tu gua, Bangi, Gengster Dulang Kechil, Sarang Buaya, Haikal Mondok, Mok semua masih di tingkatan dua dan selalu dipanggil abang senior.

Masa tu kalau dia orang panggil datang bilik untuk agenda seperti kemas loker, tegang cadar, lap kipas, urut kaki, tapau nasik, dan agenda bangang lain, gua nak datang dengan Bangi pastu gua nak cakap:

"Kau ada tangan ada kaki kau buat sendiri. Abang aku kat rumah pun aku tak pernah urut", dengan nada guru besar.

Lepas tu senior tu mesti ajak 'sparring', masa tu kita orang terus buat gaya macam dalam gambar ni.


noh hafizri azwan downgila pegalaman alam shah pergaduhan sungai petani


Muka kasi sombong tahap king punya. Pastu cakap "LAI!". Peh! mau semua senior tu mencicit lari tak cukup tanah gua kabor.

Tapi... diorang lari kejar gua dengan Bangi la. Lepas tu sure lebam satu badan gua. Kah kah kah. Gua risau Bangi je. Lari dah la slow serupa najis. Gua takpe lah sebab gua lari memang laju gila. Kah kah kah.

Ah! "Lebam tolak tepi. Yang penting smarvo" -Azwan GP, 2012

gambar asal kredit to Saznizam

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...