Pengalaman Cemas Saya Mencuri Motor | downgila

Tuesday, December 11, 2012

Pengalaman Cemas Saya Mencuri Motor

downgila mencurik curi motor sparepart

Tadi masa gua singgah kolej 12 untuk mencari air tin seringgit Revive tu, gua parking motor depan kolej 12 tu sekejap. Helmet pun tak tanggal. Sekali tengok air Revive semua dah habis. Bukan air Revive je, segala pepsi, teh krisantimum, pun semua habis. Selamat tak ada sirap selasih. Kalau ada, mesti habis juga. Ramai rupanya budak UM ni yang haus. Gua jadi kecewa.

Dengan lemah longlai gua berjalan ke motor. Lepas gua duduk atas motor, gua cuba untuk memasukkan kunci ketempat kunci. Apa degil kunci ni tak boleh masuk. Tiba tiba gua dengar ada seorang makwe menjerit.

"Eh! awak nak buat apa! Tu motor saya!! Motor saya!!!", sambil menunding jari kearah gua.

Gua jadi bingung serta gelabah. Tapi walau gelabah gua tetap maintain 'swag'. Makwe tersebut meluru ke arah gua menjadikan perasaan gelabah terus naik ke gear 4. Gua angkat tangan macam "saya tak bersalah saya tak bersalah". Alah.... yang macam orang jahat selalu buat dalam Gerak Khas tu bila A. Galak tuju pistol kat diorang tu.

"Awak nak buat apa dengan motor saya ni??", tanya makwe tersebut.

Gua terus pekena jeling motor tu secara konsisten. Setan. Gua salah motor. Motor makwe ni pun Kriss juga. Warna pun sama hitam.

"Lah salah motor kak. Maaf la yek..", sambil bergerak ke motor gua disebelah motor makwe tersebut.

Celaka malu satu hal. Dituduh orang jahat satu hal. Makwe tu pun satu. Tak payah la jerit jerit, dia nampak muka gua ni jahat sangat ke? Kah kah kah. Selamat makwe. Kalau lelaki dah lama gua 'apply' penerajang kat perut.

Sekian saje pengalaman cemas saya mencuri motor kali ini.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...