Movie Review : Life Of Pi | downgila

Tuesday, December 18, 2012

Movie Review : Life Of Pi

life of pi movie poster adventure pi patel richard parker

Tahun 1999

Gua rasa gua baya baya Haziq Tom Tom Bak lagi masa tu. Darjah 3 tak silap gua. Pergi sekolah pun ayah hantarkan lagi. Tahun ni juga adalah tahun pertaman bapak gua beli CD player. CD pertama yang disertakan dengan pembelian tu pun cd percuma. Karaoke lagu hindustan.

Masa tu jugak, scene Hindustan memang tengah naik. Kuch Kuch Hota Hei, Dil To Pagal Hei, Apa Badshaah semua tengah naik dekat panggung. Zaman tu tak payah cerita la Shah Rukh Khan punya ekselen dia macam mana. Memang menaik. Orang suruh berlakon jadi hero, dia jadi hero. Orang suruh sembah tuhan Hindu dekat kuil tangan 16, dia sembah. Orang suruh sembahyang Maghrib, dia buat juga dalam masjid. Memang ekselen la. Salman Khan jatuh hero nombor 2.

Tapi satu je cerita hindustan ni yang gua tak berapa nak gemar, lagu dia panjang sangat. Tapi, baru 2 minggu lepas gua pekena tengok Life Of Pi. Cerita ni sekali tengok poster apa pun tak menarik. Tapi dah tak ada cerita lain, gua pun tengok. Takkan nak tengok Lagenda Budak Setan. Gila?

Pung pang pung pang 2 jam cerita dia, gua keluar panggung tersenyum lebar. Best betul cerita dia. Cerita pasal mamat ni tersadai dekat tengah laut lepas kapal dia karam. Dalam kapal tu ada rimau se, orang utan se, dubuk se, kuda belang juga.

Rating gua bagi cerita ni 7.5/10 la. Sangat berbaloi untuk ditengok. Rasanya ada tayang kat wayang lagi. Pergi la tengok.

5 comments:

  1. ajak family ke awek tengok lagi mantiaps! hahaha

    ReplyDelete
  2. Serius kerr best? atau kau cuma bersarkastik sahaja.

    By the way, tu Harimau Malaya kerr? heheh.

    ReplyDelete
  3. yeke citer tu best? ke ada bebudak snsd terselit dalam citer tuwwwww

    ReplyDelete
  4. hai,
    saya juga sudah menonton filem life of pi ni.. best dan tidak rugi menontonnya..

    ReplyDelete
  5. ramai yang kata macam best. tapi masa tak ada msa nak gi tengok.

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...