Buat Baik Dibalas Baik | downgila

Tuesday, November 06, 2012

Buat Baik Dibalas Baik

Cerita sebenar yang berlaku dan ditulis oleh penulis jemputan Abu Ubaidah

Petang tadi sebelum kelas BI, aku masuk toilet KDK Fakulti Sains, terjumpa seutas jam tangan berjenama atas sinki. Tengok kiri-kanan, intai dalam jamban, tak ada orang. Aku ambil, masuk dalam kocek.

Kemudian aku ambil kertas dan pen, tinggalkan nota, "Whoever have left a watch here, contact (no telefon)", letak atas sinki.

Dalam kelas BI, dapat satu panggilan. Aku tak perasan sebab silent. Masa lecturer bagi rehat 5 minit, keluarlah semua jejaka melepak depan kelas.

patek expensive watch
Lalu datang seorang lelaki warga Afrika bertanyakan tentang jam yang hilang. Afrika tersebut pandai bercakap Melayu. Selepas dua tiga soal selidik (warna, jenama jam), aku puas hati dan percaya jam itu jam dia, lalu aku pulangkan.

Sebelum berlalu pergi, dia berkata.

"Jam ini mama saya bagi", dan dia menghulurkan sekeping not merah sebagai saguhati, "Buat minum, belanja kawan-kawan semua," sambil menghitung bilangan jejaka yang sedang lepak depan kelas masa tu, "Cukup kan?"

Sebelum berlalu, kami bersalaman dan aku bertanyakan nama beliau.

"Ibrahim Ali," jawab dia ringkas, tersenyum gembira lalu berlalu pergi.

Moral: Tak semua "Ibrahim Ali" itu menjengkelkan. Hikhok.

P/s: Duit tu aku pakai sorang buat makan nasi lemak dekat Food Ville, dah semua yang lain malu-malu alah bila aku ajak minum.

37 comments:

  1. Baiknya hati abg Gp xD

    ReplyDelete
  2. abu all the way

    ReplyDelete
  3. buat bek dibalas baik buat jahat jgn skali

    ReplyDelete
  4. Semoga dengan ini maka akan bertambahlah para makwe yang me-mollow aku, dan semoga aku cepat bertemu jodoh. Keh3.

    TQ GP for sharing! :')

    ReplyDelete
  5. LULz. Kalau kau plak? ade kah kau akan buat perkara yang sama GP? keh8

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau aku dia depend dekat duit dalam poket masa tu. kalau tak ada duit nasib la itu afrika

      Delete
  6. aku rasa aku jatuh hati kat abu.
    mohon share number hengpong.
    hikhikhik
    *gelak sopan

    ReplyDelete
  7. baiknya. bagus2.. boleh jadi calon suami mithali dah nie.

    ReplyDelete
  8. pergh klu sume org macam abu, jam ak dalam tandas haritu pn takkan hilang. good job abu.

    ReplyDelete
  9. Semua makwe komen dekat sini nak kenalan dengan aku. Depa tak perasan ka aku dah ada depan mata ni? Hikhok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai abu. ape kabar? dah makan? dah minum? dah kentut?

      Delete
    2. Hai Adibah. Nama engko macam nama adik aku. Adik aku lawa. Engko lawa tak?

      Delete
    3. aku tak lawa luaran. lawa kat hati jer.

      Delete
    4. amboi mrendah diri dibah. spek dah daiso

      Delete
    5. lulz. spek ni bukan daiso. spek oakley masjid india jer.

      Delete
  10. btul tu bro..susah nk dpt ibrahim ali mcm ni..hehe

    ReplyDelete
  11. Baru aku nampak kemuliaan dalam hati ko ni.. Hahaha... Bab Ibrahim Ali tu aku dah tak tahan nak gelak dah... Wakaka

    ReplyDelete
  12. Ibrahim Ali ni dia ada pakai songkong tinggi dengan spek ke idak ? Setan . Kelakar benar .

    ReplyDelete
  13. owh .
    ni bukan ibrahim binokular ehh ?
    kompom ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahahahah gua pun dah lupa pasal ibrahim binokular tu

      Delete
  14. biasanya macam tulah. buat baik, akan dapat balasan baik. hehe..

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...