Bedak | downgila

Tuesday, November 27, 2012

Bedak

downgila bedak

Ni gua baru lepas mandi. Tadi bosan anjing gua pekena jogging UM seround. Sakit jugak jogging malam malam. Lagi lagi kalau lu ada simptom rabun malam macam gua. Sipi sipi lagi nak cium pokok.

Habis jogging gua pergi mandi. Zass zass zass sabun sini sabun bahagian yang perlu sahaja zass zass siap mandi. Peh, lagi laju dari Lelaki Taiping solat subuh juga jangka masa dia.

Lepas mandi, lap lap sikit, badan tak kering lagi gua pakai kain pelekat dan terus menjadi keyboard warrior dekat twitter.

Masa tu baru gua teringat....

Kalau gua kecik kecik dulu, habis mandi mak gua dengan adik, mesti lap lap badan kita orang sampai kering. Lepas dah kering, mak gua akan 'apply' bedak dalam sebotol dua sampai ke muka. Masa tu memang kerja nak rebel memang menebal.

"Apa ni mak? Sampai putih muka abang ni. Tak mainstream lah macam ni..."

"Mainstream abah kau", tegas jugak mak gua masa tu. Adik gua pulak muka menurut perintah je.

Lepas dah solid, mak kasi pakai baju siap masuk dalam seluar padahal nak tidur dah tu. Katanya tak nak kasi cicak curi 'nonek'. Masa tu gua mana ada wawasan lagi. Percaya aje la.

Ambik. Nak tidur saje bukan main wangi.

Sekarang? Tidur katil bersepah macam cibai. Mandi sekejap gila. Kalau ada mood nak bedak gua apply. Tak ada mood tak ada la bedak. Baju sekejap pakai sekejap tak. Tengok cuaca. Adik perempuan gua pula entah apa cerita dekat USM penang tu. Lama dah tak balik rumah.

*****

Gua angkat telefon. Gua dial no rumah. Nak bercakap sikit dengan mak.

=(

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...