Cuti Pertengahan Semester | downgila

Friday, November 09, 2012

Cuti Pertengahan Semester

Gua baru balik solat Jumaat. Hari ni punya khutbah ada cakap jangan dekatkan diri dengan arak dan penyalahgunaan dadah. Jadi kawan kawan semua janganlah start minum arak. Bahaya. Buat baik berpada-pada. Buat jahat sekali mula lah nak buat lagi.

Tiket balik rumah gua dah beli. Besok pukul 12.30. Gua ingat nak beli petang ni. Tapi Kolumpo sekarang asyik hujan sesaje. Siang hujan, petang hujan, malam pun hujan. Banyak sungguh rahmat. Jadi gua taknak balik petang ni sebab hari pun dah gelap ni. Malas balik dalam hujan. Nampak macam One Direction.

downgila hasya qasrina

Gua sebenarnya tak ada lah excited sangat nak balik sebab baru lagi balik 2 minggu lepas hari raya haji. Tak sempat nak homesick dah cuti lagi. Gua dah la tak gemar sungguh naik bas. Kat rumah gua pulak tak ada internet. Banyak membunuh masa tengok Mak Lampir dengan anak sedara. Tapi tiba tiba gua dah terkeluar duit tadi RM14.60 nak balik Lipis.

Jadi, pagi pagi besok gua nak pergi stesen bas, naik bas pergi balik Lipis. Kalau kat Pekeliling esok ada kutu nak tolak henset, gua ingat nak tumbuk perut dia kuat kuat. Sampai tak boleh nak bercakap. Masa tu baru nak menyesal tak belajar betul betul sampai lulus Senior Cambridge.

13 comments:

  1. Benci gila kau ngan kutu jual henset tu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ptt dibenci pon..jgn sokong depa ni..

      Delete
  2. Lepas ko tumbuk tu ko kebas la hanset dia jual tu. Haha

    ReplyDelete
  3. entah entah si kutu tu lagi hensem dari ko tak. tu pasal ko nak tumbuk perot dia

    ReplyDelete
  4. best la dia bercuti.selamat bercuti!

    ReplyDelete
  5. Apa kena mengena hujan dengan One Direction?
    Haha. Selamat bercutii :)

    ReplyDelete
  6. selamat bercuti gp. happy deepavali. :)

    ReplyDelete
  7. Selamat Deepavali .
    jgn lupa itu laddu muruku .

    ReplyDelete
  8. woihhh.
    aku pun kat lipis ni.
    moh la kite berdating tepi sungai jelai tuu.
    miahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya macam aok je dalam bas itu hari ye dok

      Delete
  9. betul. tak berapa suka gak naik bas. haha..

    ReplyDelete
  10. semua cuti sekolah dah sekarang ye. haha..selamat bercuti!

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...