Buat Baik Dibalas Baik | downgila

Tuesday, November 06, 2012

Buat Baik Dibalas Baik

Cerita sebenar yang berlaku dan ditulis oleh penulis jemputan Abu Ubaidah

Petang tadi sebelum kelas BI, aku masuk toilet KDK Fakulti Sains, terjumpa seutas jam tangan berjenama atas sinki. Tengok kiri-kanan, intai dalam jamban, tak ada orang. Aku ambil, masuk dalam kocek.

Kemudian aku ambil kertas dan pen, tinggalkan nota, "Whoever have left a watch here, contact (no telefon)", letak atas sinki.

Dalam kelas BI, dapat satu panggilan. Aku tak perasan sebab silent. Masa lecturer bagi rehat 5 minit, keluarlah semua jejaka melepak depan kelas.

patek expensive watch
Lalu datang seorang lelaki warga Afrika bertanyakan tentang jam yang hilang. Afrika tersebut pandai bercakap Melayu. Selepas dua tiga soal selidik (warna, jenama jam), aku puas hati dan percaya jam itu jam dia, lalu aku pulangkan.

Sebelum berlalu pergi, dia berkata.

"Jam ini mama saya bagi", dan dia menghulurkan sekeping not merah sebagai saguhati, "Buat minum, belanja kawan-kawan semua," sambil menghitung bilangan jejaka yang sedang lepak depan kelas masa tu, "Cukup kan?"

Sebelum berlalu, kami bersalaman dan aku bertanyakan nama beliau.

"Ibrahim Ali," jawab dia ringkas, tersenyum gembira lalu berlalu pergi.

Moral: Tak semua "Ibrahim Ali" itu menjengkelkan. Hikhok.

P/s: Duit tu aku pakai sorang buat makan nasi lemak dekat Food Ville, dah semua yang lain malu-malu alah bila aku ajak minum.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...