Kafe Baru Fakulti Saya | downgila

Thursday, November 01, 2012

Kafe Baru Fakulti Saya

nasi lemak malaysia fatty rice

Gua ingat nak buat meeting ringkas la bersama dekan nak tanya kenapa tender kafe fakulti gua yang lama tu tak sambung kontrak dia. Kafe baru ni memang bikin panas.

Macam mana tak panas, perkiraan harga dia tak konsisten langsung. Sekejap harga ni sekejap harga tu. Kalau makin murah ye lah gua boleh senyum. Dah kalau tetiba mencanak naik harga? Nak bayar pakai apa? Kertas kajang?

Makwe kedai makan ni lagi satu hal. Makwe kafe lama muka pun senyum 24 jam pastu pakai tudung.. Tak payah risau masakan ada terselit rambut entah dari mana. Yang baru ni pulak semua pakat pakat pkai skarf aje. Muka dah la berdebu. Mekap tak payah lah tebal sangat. Tapi kalau senyum aje takpe. Ni muka masam setiap masa. Bila suruh kira malas nak mampus. Jenis dah tua pun nak kena bersuruh.

Benda tu sama naik dengan hal nasi lemak. 2 Minggu lepas nasi lemak kedai makan tu RM1.50. Lepas tu ada sekali gua makan tiba-tiba dia naik jadi RM2.00. Pagi tadi, gua makan nasi lemak. Siap makan gua nak bayar, kiraannya dah jadi lain. Sekali telur, gua kena keluar RM2.30.

"Ko kira macam mana ni? Nasi lemak berapa harga?" gua tanya.

"RM1.50..." makwe tu jawab.

Nyaris nyaris juga gua nak bayar pakai paranawei.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...