Turn On | downgila

Sunday, November 18, 2012

Turn On

najib razak head hair

Gua dah sampai Kolumpo ni. Naik bas pukul 4.30 tadi. Ceritanya balik awal sebab ada hal sikit dekat rumah. Gua pun duduk rumah bukan buat mende. Duduk makan tidor. Ada la angkat angkat kayu sikit ari khamis itu hari. Panjat langsat sikit kebetulan sekarang musim buah.

Besok gua ingat nak gunting rambut satu kali. Rambut dah macam cilake ni. Gua sendiri tengok pun jadi tak ‘turn on’ dan bila tengok lama lama dia jadik semacam menyampah. Menyampah dengan diri sendiri ni boleh dikira kes berat juga.

Tentang isu semasa pulak, gua banyak juga ambil tahu sejak akhir-akhir ni. Akses internet yang tak disediakan di kepala katil gua di rumah menyebabkan gua jadi banyak membaca surat khabar. Cerita surat khabar nak dekat pilihanraya ni lu paham paham la. Muka Najib dekat setiap penjuru. Muka depan ada Najib, baju merah belang belang. Bukak muka surat 2 ada Najib lagi, baju kuning. Buka muka surat 3 Najib lagi, baju biru. Banyak sungguh baju Najib.

Masa dalam bas tadi gua ada jugak terpikir, apa la jadi kalau Najib pakai baju pergi gym fit size S. Lepas tu masa dia tengah jogging pusing UM, hari hujan lebat. Apa lagi? Kasi berlari dalam hujan lah, masa tu dia lari pandang kamera, efek slow dan dia kasi ‘Flip Hair’ satu kali.

Peh mantap kaw anjing.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...