Nak Boikot? Ke Taknak? Ke Camne? | downgila

Wednesday, November 21, 2012

Nak Boikot? Ke Taknak? Ke Camne?

Sejak Zionis duk buat buat main letup sana sini dekat Gaza itu hari. Semua orang dekat pesbuk, twitter, blog semua nak tunjuk diorang pun pandai. Semua orang jadi menggelabah tetek dan tak habis habis bergaduh siapa yang betul.

Brader A cakap "LAKNAT PUNYA YAHUDI! BERANI SERANG GAZA! BOIKOT!!"

Brader B pulak duk kecoh "Gua tetap cool dan urban makan McD, takkan la McD malaysia nak sokong Yahudi ye dok?"

palestine gaza war zionist

Kalau sikit sikit gua boleh jugak tahan lagi. Tapi kalau dah semua orang pun jadik bergaduh lama lama jadi bengang juga gua. Tipu la gua cakap yang gua tak kesian tengok sedare Islam kita kena bom gitu aje. Yang Zionis ni pulak buat Palestin tu macam DoTA punya tempat training bom sana bom sini.

Tapi lu jangan silap beza Yahudi dengan Zionis. Tak semua Yahudi terlibat dengan pengeboman tu. Bangsa Israel ni sebenarnya asal daripada Nabi Ishak AS, anak kepada Nabi Ibrahim AS. Perkataan Israel itu sendiri merujuk kepada Nabi Yaakub AS, anak kepada Nabi Ishak. Untuk maklumat lanjut kronologi Palestine-Israel ni GO SINI

Sebab itu sebenarnya umat Islam adalah saudara jauh kepada bangsa Yahudi, kerana Nabi Ismail AS, tok moyang kepada Nabi Muhammad SAW adalah adik beradik tiri kepada Nabi Ishak.

Yang pukimak sekarang adalah Rejim Zionis ni. Yang duk bom sana sini. Jadi kalau dah fakta simple gini lu tak tahu tak payah la nak duk jihad jihad melebih pastu duk nak salahkan semua orang yang tak sefahaman dengan lu. buat mende makin kompliketed, naik menyampah pun ada gua tengok.

Kes McD pulak satu hal. Pada gua senang saje. Lu nak boikot lu boikot la. Tak payah pergi McD. Habis cerita. Tak payah la nak perlekeh siapa yang tak boikot. Kalau lu nak ajak, ajak elok elok. Tak payah nak cakap diorang berdosa la tak boikot McD bagai. Lu Tuhan ke nak tentukan siapa berdosa tahi? Ada dulu nabi nabi berdakwah duk ejek ejek orang yang taknak join dia?

Yang tak boikot pun sama jugak. Lu tak boikot lu senyap senyap suda. Tak payah nak bangga bangga pulak supaya orang yang boikot attack lu. Lu boleh jadi keyboard warrior sekejap.

Dari niat asal nak boikot Zionis, kita sendiri yang berpecah. Cilaka.

1 comment:

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...