Catatan Hari Ini | downgila

Thursday, October 03, 2013

Catatan Hari Ini

Zulkhalid Afandi Shukri Azriy

Hari ni hari Khamis. 3 Oktober 2013.

Tadi lepas kelas Foundation gua dengan Bangi terus bergerak ke Dewan Tunku Canselor untuk membuat lawa dan melawat sahabat handai yang dah grad. Gua target nak jumpa Sarawak, Aspau, Enol je. Lepas tu gua ingat nak terus berambus dari situ, tak ada nak buat lawa lama-lama. Tebal jugak muka kalau semua orang asyik tanya

"Eh GP, tak grad lagi ke?"

Ada kau nampak aku pkai jubah ke tidak? Mata tertinggal dekat ampaian baju terlupa nak angkat ke macam mana? Lepas dah jumpa kutu-kutu yang gua nak jumpa, tangkap gambor sedas dua, gua terus berangkat pulang dan balik ke blik. Masa tu hari dah mula gelap semacam nak hujan sekejap lagi.

Gua bangun dekat pukul 4.30 petang. Apa benda pun tak sedar. Agaknya tidur ketiga terbaik dunia. Sebab tak hujan. Mendung lebih kurang. Ke hujan tapi gua yang tak sedar? Ah lantak.

Tiba-tiba gua dapat akal tengok telefon bimbit gua. Nah..18 panggilan tak berjawab. Ah benda-benda macam ni yang gua tak gemar ni. Apa lagi? Gua periksa tengok siapa..

Ketua juri tokoh maulidur rasul 2012 rupanya..Nak format laptop.

Betul kata orang-orang tua. Bangun tidor selepas hujan rezeki murah. Entah orang tua mana yang cakap gua tak tau. Keh keh keh. Dalam sedih ada jugak gembira. Takpelah, bab bab grad ni, tahun hadapan cuba lagi.

Heh..macam gampang..

Gambar gua cilok dari Naseha Uyaina

17 comments:

  1. patut la gua tengok um sibuk je minggu ni..ingat ade sarkas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarkas pun ada. Lu dtg malam sikit

      Delete
    2. cilakak punya bundle. haha. kau terajang je dia ni wan

      Delete
    3. aku igt nak terajang tapi dia abang2, xkan nak terajang.

      Delete
  2. cube lagi....dont worry....

    ReplyDelete
  3. Tahniah. Kau dah lalui hari sentap dengan jayanya.!! Nak coklat, penenang jiwa. keh8

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau la patut bg aku hahah. U kau punya convo bila?

      Delete
    2. 28 oct. On studio day. Annoyed. EH aku sebenarnya nak taip "Nah" hahaha

      Delete
    3. Kitorang ada buat shoot makwe kat u kau nnt. haaaaa...nantikan kemunculan gua disanaaaa

      Delete
    4. amboiii kau pnya cakap muncul kemain macam artis.

      Delete
  4. Kah3.. Pergh.. UM kalau grad boleh pakai jeans eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg pakai jeans tu xgrad lg banggg hahahaha

      Delete
  5. i feel you bro okbye haha

    ReplyDelete
  6. wat relax saja GP .
    sampai masa , lu grad juga .
    all the best !

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...