Surat Ke Najib | downgila

Monday, March 28, 2016

Surat Ke Najib

Tadi ondewei ke tempat kerja, gua singgah di pejabat pos SS 15 dekat bawah flyover tu. Gua ingat nak post sekali baju downgila ke Sarawak, tengah-tengah kompliketed isi borang, ada sorang bader ni tegur gua.

"Bang, boleh tak pinjam internet sikit, saya nak google alamat Jabatan Perdana Menteri ni", kata beliau suara serak-serak angsa,seluar senteng. Dah la muka macam tak mandi.

Gua saspek bader ni nak sebat telefon bimbit gua la ni. Gila nak hantar surat ke Najib buat apa pakai Pos Laju. Tapi gua layankan juga.

"Takpe lah, meh aku tulis.", gua terus google alamat dan tulis dekat sampul surat tu. Lepas tu bader tu kata,

"Bang, last bang, pinjam telefon sekejap, sy nak telefon kawan sy."

Haram nak sebat phone gua jangan la obvious sangat. Gua dengan bengis tak kasi muka terus berubah jadi Mumm-Ra. Gua kasi sergah sikit HUARGHH bader tu terus lari macam tak cukup tanah.


Gua ingat lagi tahun 1995 dulu gua pernah kena kejar dengan hantu ni. Keliling rumah gua lari tak pakai selipar lompat pokok puding. Sejak peristiwa tu gua jadi down gila. Bila nak tidur gua mula basuh kaki. Nasib baik pelajaran gua tak turut terjejas.

Tapi dendam gua sampai sekarang ada lagi.

Tapi bila gua fikir semula, orait juga. Jarang hantu melayu body tough macam ni.

P/s: Korang bila nak order baju downgila power gua? Cepat la order gila, gua nak pakai duit ni. Kahkah

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...