Berlawan Dengan Abang Insuran | downgila

Friday, February 19, 2016

Berlawan Dengan Abang Insuran



Tadi masa gua nak masuk masjid solat Jumaat, ada 3 orang ejen insurans ke takaful ke apa gua tak pasti mengedarkan risalah kepada orang yang lalu lalang. Sampai giliran gua masuk ke masjid, seorang bader terus mendekati gua dengan senyuman manis.

"Bang, berhenti dulu sekejap bang kita explain apa itu takaful."

Silap la lu ejen insuran target gua. Gua terus jawab,

"InsyaAllah bang, hari Jumaat yang mulia ni, kita ambil wudhu', bersihkan diri, masuk masjid awal dan target saf pertama. Seterusnya kita fokus kepada khutbah yang disampaikan oleh khatib. Besar pahala tu. Tinggalkan dulu hal-hal dunia ni. Lepas solat Jumaat kita sambung.", sambil senyum sinis.

Muka bader tu terus berubah ke tak senyum.

Gua berlalu pergi, ambil wudhu'. Masuk masjid gua terus target mana kawasan yang ada tiang kosong. Gua 'apply' bersandar. Haram sedar-sedar khutbah dah habis, kaki kebas. Apa cerita?

No comments:

Post a Comment

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...