Bangi pulangkan balik baju gua! | downgila

Friday, December 31, 2010

Bangi pulangkan balik baju gua!

Jam mnunjukkan pukul 10 pagi. Gua dah start kucar kacir. Gua pecut naik modenas ninja gua sampai ke kolej budak bangi, kolej 2. Nasib baik kolej bangi tak jauh mana. Dalam 2 minit dari kolej gua. Tapi pagi ni matahari boleh tahan dia punya 'hot'. Sampai ke hati.

Niat gua nak amek baju melayu gua yg bangi pinjam waktu dia dinner hari tu. Sebab gua dah nak start packing nak balik umah. Nak bg barang barang gua dekat ayah gua nnt. Selang seminit gua sampai kolej Dua. Kolej 2 ni gua dengar cerita makin hari makin bengap. Bukan sikit sikit dia punya bengap. Ramai budak aktif tak dapat stay kolej. Bahaya ni. Politik kat UM ni makin lama makin pukimak pulak. Nak stay kolej pon tgk politik.

Sampai depan bilik bangi, gua bagi salam

"Assalamualaikumm, Bangi....oooooo Bangi.....!!" panggil gua lemah lembut macam nak mengorat akak cashier

Takda orang jawab. Tapi bunyik kipas dia mcam kipas no 5 punya speed. So gua saspek si bangi ni tengah membuta lg.

"Bangiii...oooooooooooo Bangiiii...!!" panggil gua lagi.

"Tak menyahut pulak beruk nh"..gua ckap dkat diri sendiri. Gua dah start panas. Bukan sebab gua marah. tapi dekat koridor kolej 2 ni takda kipas. Dah la blik si bangi ni tingkat paling atas. Selamat gua fit. Jadi gua takda la mengah mengah

"Bangiii...oooooooooooo Bangiiii...!!!!!" kali ni gua kasi garang sikit. Bagi dia cemas sikit dengar suara gua.

Celaka. Senyap je budak nh.

Haram tak menyahut pulak. Gua jadi makin membara api kemarahan. Cuaca dahlah panas sebab ribut kat filipina tu. Tekak memang kering mengidam cendol depan KFC. Badan baru mandi tadi dah mula lari 'tune'. Bangi lagi buat hal.

Gua mencarut bertubi-tubi dalam hati. Habis semua mencarut gua dah pakai. Mata gua sampai dah leper sebab berkerut sangat dahi...Abes selipar depan bilik bangi gua sepak sampai hujung koridor, bagi nampak sikit gua punya marah.

Tapi bila gua pikir2 balik. Haritu gua pergi blik bangi nh, bilik dia kat hujung sekali....Celaka..gua salah bilik. Patut la senyap aje

Notakaki : lepas gua balik dgn keadaan segan. Baru gua igt bangi balik umah pulak semalam. Celaka lagi

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...