Laptop Rosak | downgila

Tuesday, January 17, 2017

Laptop Rosak

Minggu lepas laptop gua tiba tiba keluar skrin biru. Biasanya laptop bila keluar skrin biru ni dah menandakan sikit lagi boleh campak dalam tong sampah. Tapi disebabkan segala jenis design gua ada dalam ni tak sempat nak 'bekap' lagi. Gua terus call Huraizi, otai IT opis gua.

Truttt trutt...

"Heloo..Huraizi, aku punya laptop ni tetiba je pupp! Mati do"

"Meh bawak sini. Aku kena cek dulu. Kasi password sekali."

"Ok bro."

Kapow!! Gua hentak keyboard sampai terbelah dua.

Setan. Tak sempat pulak gua nak sorok mende-mende yang senonoh dekat 'Downloads'.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...