Sabak Bernam: Tempat Yang Power Untuk Korang Cuti | downgila

Tuesday, November 29, 2016

Sabak Bernam: Tempat Yang Power Untuk Korang Cuti

Dulu masa sekolah, gua ingat Sabak Bernam ni sejenis senjata. Lepas masuk kelas geografi baru gua tau yang Sabak Bernam ni tempat kat Selangor, line line nak masuk Perak. Kat Sabak Bernam ada 3 pekan utama iaitu di Sungai Besar, Sekinchan dan Pekan Sabak Bernam.

Mesti bila cuti je ramai yang nak pergi Genting Highland jalan-jalan. Sebenarnya demeh tak tahu Sabak Bernam ada banyak 'port' yang in untuk korang jalan. Yang area-area KL ni boleh la try Sekinchan di samping terdapat beberapa kemudahan Sekinchan Hotel di sekitarnya untuk lu orang bermalam.

Pantai yang gua pergi lepak tu nama dia Pantai Bagan Nakhoda Omar. Omar mana satu gua tak tahu, tapi  waktu petang memang ramai. Dengan segala GoPro nak tangkap gambor. Yang jenis makan je tak habis2, apa kata pergi try mee udang dia. Yang jenis gemor memancing, pergi Kelong Paradise, bawak joran. Kalau power silap haribulan dapat Kerapu sekor. Gua tak pergi mancing masa tu sebab gua jenis beli je ikan kat Tesco.

Masa gua kat sana, gua duduk dekat Kuala Selangor Hotel dekat area Pantai Batu 23, Sungai Nibong. . Bila petang view dia cun gila sebab boleh nampak nelayan-nelayan balik rumah sembahyang maghrib. Makan malam lu orang try itu Mentarang Bakar cicah sos. Rasa cam kerang bakar tapi besor. PERGH!



Hari kedua, gua pergi jalan ke Kuala Selangor Nature Park tengok burung. Burung bakau, burung bangau, ketitir, pekaka, burung hijau burung biru dan segala jenis burung. Sekali tengok burung gua pergi trekking sekali tengok paya bakau. Lepas tu kita orang ke Bukit Melawati. Kat puncak dia ada satu rumah lama yang in untuk tangkap gambor lagi.

Turun dari Bukit Melawati, singgah Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor. Gua tak into sangat ikan. Yang minat ikan tu boleh la ke sini. Kalau yang tak kuat stamina boleh la rehat pastu check in dekat n a few of Kuala Selangor Hotel yang ada kat area2 tu.

Kat Sabak Bernam pula, kalau korang nak cari tempat makan yang power dengan pakej sekali sedap memang senang. Lu pernah rasa daging rusa? Kijang? Landang? kalau tak pernah lu memang malang. Boleh try pergi Restoran Lembah Bernam. Cakap GP suruh makan daging rusa kat sini. Kahkahkah. Yang duduk dekat area Sekinchan Hotel, baik simpan ruang dalam perut, makan kat restoran Mee Udang BNO.

Tengah-tengah makan, gua sedar besok dah Isnin. Gua naik motor dan terus balik hotel. Hari ni tak tahu la. Rasa macam takde 'mood' nak pergi kerja besok.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...