Kemaskini Hidup Di Puchong | downgila

Saturday, July 23, 2016

Kemaskini Hidup Di Puchong

Tak ada apa yang menarik sangat dengan hidup gua sekarang. Gua dah pindah dari Bangsar ke Puchong. Tu sama macam lu dari sedap duduk New York pergi pindah duduk Sik, Kedah. Nohorom sunggoh bosan nak mati Puchong ni. Kedai mamak pun tak ada sapa lepak tengok bola. TV pun tak ada kat kedai mamak. Apa bodoh nak mampus. Dah la banyak anjing.

Jadi gua rasa disebabkan kebosanan yang melampau ni, gua macam naik juga spirit gua nak tulis buku. Gua tengok banyak buku yang gua boleh makan. Sepanjang perjalanan ke rumah dari tempat kerja semalam gua nekad nak tulis buku.

Gua dah boleh bayang pesta buku tahun depan, buku gua ada jual 12 tajuk sekaligus. Masa tu gua tersengih-sengih pakai spek mata hitam layan makwe minta sain buku sambil minum kopi O. Pakai smart. Kocek baju pula penuh duit seratus-seratus. Gigi baru lepas servis kat klinik gigi swasta. Peh...

Sampai rumah gua pasang komputer. Semangat gua memang lain macam. Gua terus start tulis. Tulis status Facebook la tapinya. Pasal orang agama-agama nak haramkan Pokemon GO. Dah tak ada kerja agaknya.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...