downgila: 2013

Monday, December 30, 2013

Taktik Jimat Minyak Kereta

petronas station stesen minyak petronas minyak naik

Taktik Jimat Minyak Kereta dizaman menteri buat perangai.

Cara cara
Beli petrol RM5. Elok beli Primax RON95 kerana jenis ini mudah meruap dan kuat menghakis serba serbi termasuk cat lantai tempat kerja dan rambut Najib.

Kemudian beli diesel lebih kurang RM2.

Kedua-dua bahan ini kemudiannya dicampurkan ke dalam satu tong minyak enjin bersih berisipadu 4 liter. Goncang botol perlahan-lahan. Sekarang minyak itu bernama Dispet bukan perlumbaan.

Selepas itu, semasa cuaca panas terik, tuangkan perlahan lahan minyak ke dalam tempat mengisi minyak kereta anda. Hidupkan enjin kereta anda.

Kemudian pergi sahaja ke mana mana seperti minum teh di Pantai Dalam, jual besi di Batu 4 Jalan Gombak, dan ke Terminal bas membeli tiket bas. Minyak akan sentiasa berada pada paras ada minyak.

Amaran
Segala risiko kerosakan adalah tanggungjawab sendiri. Aku takpe. Kereta aku tak rosak sebab aku takde kereta.

Tuesday, December 24, 2013

Pengalaman Gua Di Alam Shah: Malam Minggu

Kah kah kah entri ni sumpah gua tak ada niat langsung nak tulis. Cerita dia macam ni. Hard disk gua ni dah lama. Size pun kecik je. 320gig je. Tadi masa gua bukak gua tengok label dah merah menandakan kapasiti yang boleh digunakan sudah nak habis. Gua pun bukak la folder gambar, nak carik mana-mana folder yang boleh dibuang. Boleh pulak terjumpa gambar gua menghabiskan malam minggu bersama Rozaini Arroyo, Bidong, Eqi, dan Hairul Dolphin.

Sekolah alam shah putrajaya
sekolah alam shah putrajaya

Peh jelas kelihatan gaya bergambar pun macam haram sorang-sorang. Gua dah la pakai seluar basket. Kah kah kah. Bidong buat buat comel jeeee.

Selepas itu, kita orang meneruskan perjalanan ke blok junior. Gua rasa Hairul pergi berjambu dengan form 2 mana entah. Gua dengan kutu lain pergi merayau jalan-jalan dan membuat onar. Ni kalau Jinggo nampak ni mau kena buang sekolah gua. Tapi sekarang gua bukan lagi disekolah, jadi Jinggo tak boleh buang gua dari sekolah.



Ruangan komen dibawah bolehlah digunakan untuk mencaci gua dan kawan-kawan kerana membuli pelajar junior, mintak gua bertaubat dan membuat pinjaman MARA untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, dan sebagainya.

Monday, December 23, 2013

Sekejap Je Dah Setahun

Gua dapat emel ni pagi tadi. Cilakak. Gua rasa baru je lagi renew. Dah nak setahun dah rupanya. Rasanya kali ni gua dah tak sambung kot. Hu hu hu. Salam jihad papan kekunci dari gua.



Friday, December 20, 2013

Krohh krohh kroiihhiokkk

jummah prayer solat jumaat universiti malaya

Masa gua dengar khutbah tadi, sebelah gua ada sorang bader berbadan gempal tengah terbongkok tidor. Ok tak apa lah. Tidor aje lah gua malas nak kacau. Dalam 3 minit lepas tu dia mula 'apply' berdengkur. Dia punya bunyik berdengkur dah macam bunyik lu blender kayu api. Krohh krohh kroiihhiokkk kroihhiukkkkok. Kah kah kah.

Mula-mula gua biarkan aje, mungkin bader tu penat bekerja. Lama-lama makin solid pula bunyik yang dihasilkan beliau. Pakcik sebelah kanan gua dah mula tak selesa dan suruh kejut bader tu. Jadi gua pun pegang la peha bader tu dan tepuk tepuk sikit. Tiba tibaaaa dia terjaga, ada bunyik "kkroihiok" 2 harakat macam tengah tercekik tulang lepas tu dia berdiri tiba-tiba. Gua jadi terkejut gila apahal lu berdiri sial?? Kah kah kah. Lepas dia sedar khutbah tak habis lagi dia terus duduk balik buat-buat fokus je.

Thursday, December 19, 2013

Kelas Statistik

university malaya classroom

Berbalik kepada hal pelajaran, kelas statistik gua ada 43 orang. 40 orang junior. Gua, Bangi dengan sorang lagi kutu Iran Syiah je senior. Yang Iran tu yang tak pernah datang kelas, kalau datang pun dia datang dalam 10 minit lagi nak habis, serupa tenggiling.

Benda-benda macam ni yang gua tak berkenan. Kalau gua hilang, tak ke senang kena kesan? Makwe makwe pula jenis baru habis sekolah. Jenis sibuk buat biodata nak kasi kat pakwe lukis gambar pokok kelapa laut. Pakwe dah tentu jenis islamik nasyid kontemporari kolar baju berdaki. Yang ranggi sikit, jenis indie Myspace Kami Meet Haji Husin henset banyak lagu. Gua pun tak tahu nak borak apa. Kalau gua sembang hal Chuck Norris, takut budak-budak tu tak masuk. Gua nak sembang pasal Tawil Prebet Lapuk, takut budak-budak tu tak tengok lagi itu gambar. Jadi gua banyak duduk diam sambil usha aircond.

Di sanubari gua, terfikir juga kalau gua SPM dulu kerja keras macam Amalina, dah tentu gua belajar tinggi sampai ke Las Vegas dan jadi jurutera atap Burj Dubai. Satu hal lagi, lecturer gua ni memang dari dulu anti dengan si Sarawak. Tapi Sarawak tak pulak repeat. Dah la masa exam kalkulator pun tak bawak. Kucar kacir jugak lecturer tu mencari kalkulator spare.

Saturday, December 14, 2013

Mencari Gitar

6 Disember lepas, gua akhirnya dengan berat hati melepaskan gitar lejen gua untuk dijual kepada sorang bader ni. Asal Triang tapi duduk Johor. Jadi sekarang gua tak ada gitar dah. Dah 2 3 hari juga gua keluar nak mencari gitar baru. Tapi kedai area KL ni mahal macam gampang gitar. Semua nak makap lebih. Tapi lama-lama pusing gua jumpa jugak satu gitar yang gua berkenan. Tapi bila gua pikir balik, macam menyesal pun ada gua jual sebab gitar tu berjasa sungguh sepanjang khidmat beliau sebagai sebijik gitar.

Sejarah perjalanan
Gua beli bulan 9 tahun 2011, (laporan lanjut disini). Last punya Ibanez V70ECE model dekat kedai dekat Sungei Wang tu. Gitar model ni sekarang dah tak ada lagi dibuat oleh Ibanez.

Pencapaian
Berjaya gua record beberapa lagu guna gitar ni. Tempat Ketiga Karnival Teater UM 2013, Teater Tat Nenas. Juara Festival Akustik Dayasari walaupun sound system serupa anjing malam tu. Dipinjamkan kepada member gua yang perform bersama Ainan Tasneem depan Sultan (berjaya memecah tradisi yang sebelum ini didominasi gitar-gitar karen), strings gua pun Ainan Tasneem yang 'sponsor'. Kah kah kah. Lepas tu ada la lagi tapi gua malas nak cerita panjang -panjang

Harga
Gua jual dengan harga yang berpatutan la sebab bader tu melayu. Malas gua nak katau lebih-lebih sesama melayu ni. Melayu boleh.

guitar online malaysia

Wednesday, December 11, 2013

Charger Kamera

Entah mana lah gua letak charger kamera gua ni. Palat sungguh la time-time gua nak guna ni hilang entah kemana. Tak ada charger tak ada la power bateri kamera, Tak ada power bateri kamera, tak ada la gambar. Tak ada gambar baik tak payah ada kamera. Baik pergi kantin makan sayur kailan ikan masin sambil mendengar makwe makwe semua bergosip pasal Rozita Che Wan nak kawen je.

Sunday, December 01, 2013

Memanjat Pagar

Panjat pagar climb fence keselamatan universiti malaya

Pagi tadi gua join Fan Run dekat Putrajaya. Ada ramai jugak bebudak pemes macam KJ, Tomok, Hakim ke apa entah yang AF tu dengan Fizo Omar eh? Gua tadi curi-curi berdiri sebelah Fizo Omar, Makwe-makwe pun ramai berdiri sebelah nak bergambar. Gua je berdiri sebelah nak 'compare' tinggi. Hek eleh....Takde le tinggi sangat Fizo tu. Saing-saing gua je. Tapi tinggi sikit la dari gua. Kah kah kah. Gua sedar lah gua ni lelaki yang tak berapa tinggi, tapi lebih ke comel-comel macam tu.

Lepas tu petang gua ambil keputusan untuk berjogging secara santai ke Bukit Cinta. Sampai dekat Akademi Pengajian Islam tu, perasaan malas tiba-tiba muncul. "Asyik-asyik bukit ni je". Naik muak dah gua jogging sini. Lalu gua pun mengambil pusingan 90 darjah keluar ke pintu Damansara. Sampai depan pintu, tengok-tengok pintu tutup siap bermangga bagai. Cilakak gua lupa pulak harini hari Ahad, nak patah balik macam jauh dah. Lepas toleh kiri dan toleh kanan, gua pun mengambil langkah seorang rokers lalu memanjat pagar tersebut.

Tiba-tiba je gua dengar suara yang kurang enak.

"Woi!! Buat apa tu oi! Berhenti!!"

Gua terus toleh belakang. Gua nampak Pak Guard UM tengah pecut naik motor sambil jerit-jerit dan tunjuk-tunjuk ke gua. Gila babi cakap lu. Dah macam scene Gerak Khas.Kah kah kah! Kaki gua dah separuh kat luar pagar.

"Oi buat apa tu oi!!", Pak Guard jerit lagi.

Ape mende yang lampi sangat, tak nampak ke gua tengah panjat pagar ni. Takkan la tengah mengulangkaji pelajaran pulak? Gua terus terjun dari pagar dan pecut ke arah lebuhraya SPRINT. Sempat juga gua toleh pandang Pak Guard tu disebalik pagar kecundang tak boleh nak kejar gua.

"Heh, hari ni hari gua.", bisik gua kepada diri sendiri sambil satu tangan tuju ke langit.

Sampai bilik je gua terus makan pisang.

Thursday, November 28, 2013

Kempen

pilihanraya umum universiti malaya pro m universiti malaya teh dick shen nur atiqah binti mohd jani

Sekarang ni musim pilihanraya dekat UM. Musim dimana yang calon tak pernah-pernah tegur orang jadi terlebih ramah, tiba-tiba semua jadi caring, dan calon yang tak pakai tudung boleh secara magis pakai tudung dengan kemas. Gua macam biasa, tak amek port sangat mende alah macam ni.

Tadi masa gua balik dari kelas, gua tengok kat mana mana tempat yang boleh sangkut, dah tergantung poster-poster calon wakil apa benda entah. Gua harap ada calon yang janjikan internet berkelajuan 800 Mbps. Itu jam gua bantu kempen tak kira panjat DTC ke bangunan mana.

Apa gila internet sekarang nak bukak pesbuk chat dengan makwe pun amek masa setengah jam lebih?

Tuesday, November 26, 2013

Tokei Gambir

Mohd Zulkhalid Afandi Universiti Malaya

Harini besday Sarawak, gua malas nk 'wish' dekat Pesbuk, gedik sangat. Gua wish dekat blog terus. Semoga menjadi engineer yang berjaya dan sentiasa menjadi rajin dan janganlah asyik nak mengeteh masa tengah kerja. Doakan perjuangan gua dan Bangi disini. Majulah gambir untuk bumi kenyalang. Auuuu aaaauuuuuuuuuu. Eh macam bunyi anjing. Macam mana entah bunyi kenyalang?

Sunday, November 24, 2013

Calon Suami Mithali

Harini gua semacam buang tebiat, biasanya kalau gua kemas bilik, gua tegang cadar sikit-sikit dengan susun buku atas meja je. Tapi hari ni entah jin baghdad mana masuk dalam badan gua, habis gua 'all-out' kemas bilik.

Taktik gua macam ni, mula-mula gua tutup kipas, panjat meja dan lap kipas. Lap kipas pulak ada dua level. Level mula mula gua lap dengan air sabun kasi bunuh semua bakteria degil yang melekat dekat bilah kipas. Lepas dah solid dan berkilat, gua teruskan dengan stage kedua, gua lap dengan surat khabar. Lap dengan surat khabar ni penting supaya bilah kipas sentiasa kering dan bila bukak kipas, habuk tak melekat balik sebab bilah kipas tu basah.

Lepas dah berpuas hati dengan hasil kipas, gua ke sapu sampah. Sebab gua taknak sapu dulu dari awal tadi adalah, gua malas nak sapu dua kali, sebab kalau lu orang tak tau lagi, bila lu lap kipas, habuk dia jatuh ke atas lantai hasil daripada tarikan kuasa graviti. Jadi bila gua sapu selepas lap kipas, kerja akan jadi sekali harung dan menjimatkan masa dan tidak nampak terlalu bodoh sapu lantai 2 kali.

mop lantai kolej kediaman kelima universiti malaya sukmum 2013

Seterusnya, gua cilok sabun lantai makcik cleaner dan gua bancuh dengan air. Bancuhan yang betul amatlah kritikal masa ni. Kita tak mahu bilik terlalu wangi ataupun tak wangi langsung. Kalau terlebih sabun, lantai akan menjadi terlalu licin dan bau sabun akan sangat kuat. Lebih air nanti tak wangi la bilik. Baik tak payah pakai sabun. Selepas gua dah bancuh, (Maaf, rahsia bancuhan sabun dan air gua tak mahu dedahkan disini atas sebab-sebab peribadi), gua mengerah keringat mengemop lantai. Habis segala ceruk bilik gua mop. Lepas tu pun gua mop pulak dengan air biasa untuk bilas air sabun tadi.

Selepas bilik dah wangi, sampai masa untuk keringkan lantai daripada air air basuhan lantai tadi. Untuk bahagian ni, gua guna entah apa nama mende alah tu. Dia macam wiper kereta tapi batang penyapu. Makcik makcik cleaner guna tu untuk keringkan lantai sebab bila sapu je air semua mengikut. Hah gua pakai mende alah tu lah. Lap air keluar dari bilik dan pasang balik kipas untuk mengeringkan lantai dengan lebih kering.

Selepas lebih kurang 40 minit membanting tulang, hasilnya, bilik gua wangi, lantai bersih, dan juga kipas bersih. Tapi masa gua hantar balik mop ke tandas tadi, gua nampak air basuhan lantai tu menitis seperti air terjun ke tingkat bawah. Habis basah baju-baju bader Palapes tingkat bawah tu. Hah itu je lah yang makin tak bersih. Kah kah kah, padan muka. Siapa suruh pemalas naik tangga nak duduk tingkat bawah-bawah je.

Thursday, November 21, 2013

Pengalaman Gua Di Alam Shah: Zine Rare

Tadi masa gua kemas-kemas beg lama, gua satu 'zine' yang rare dan sudah diberhentikan pengeluarannya sekarang. Zine yang gua jumpa adalah buku panduan yang gua dapat masa masuk sekolah dulu. Gila babi antik ni. Bau lipas dia tak payah cakap lah. Kah kah kah bila tengok balik gua eja nama rumah sukan gua pun salah. Tulisan pun bajet art je conteng conteng gitu. Biasalah, umur baru 13. Deodorant pun tak pakai lagi.

Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur Sekolah Sultan alam shah putrajaya

Yang ni pulak dekat muka surat akhir zine ni. Lukisan gua masa ni serupa gampang. Lukis mata senget macam buah rambai lepas tu gua cover-cover macam pakai spek sebelah. Kah kah kah.  Dah la mamat ni ada tambi. Kenapa gua lukis pun gua tak pasti. Kalau lu orang pandang betul-betul, gua ada tulis statement 1Malaysia dekat sebelah kiri. Ini membuktikan yang gua jauh lebih smarvo dari Najib dan menteri-menterinya yang menjerit-jerit di dalam Parlimen. Tapi bila gua pikir balik. Lukisan gua masa ni pun lagi lawa dari lukisan Bangi sekarang.

Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur Sekolah Sultan alam shah putrajaya

Gua pun mengambil keputusan untuk 'go-through' zine ni. Gua buat teh O panas, ambil bantal letak dekat kerusi, tepuk-tepuk sikit. OK solid. Gua bukak lagu Avril Lavigne dan mula membaca satu demi satu muka surat. Sampai muka surat 32 gua berhenti dan gua jadi ke gelak secara king. Sekolah gua rupanya larang pelajar bercumbu-cumbuan. Pergh gila babi. Yang lagi power, tak boleh melambai ke pelajar perempuan.

Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur Sekolah Sultan alam shah putrajaya

Lima tahun gua duduk sekolah, tak pernah ada pun pelajar perempuan dekat dalam kelas untuk dilambai-lambai. Separa perempuan tu ada la sekelompok dua. Itu pun banyak kat bilik band je. Kah kah kah.

Wednesday, November 20, 2013

Menang RM19K Dari Shell

Tadi gua bangun gua check telefon bimbit gua. Ada satu SMS.

"RM0. Tahniah! Sim kad anda telah meraih hadiah PERCUMA RM19,000 dari SHELL HELIX bla3... "

Ni dah kali ketiga gua dapat mesej yang sama. Gua menyirap. Gua balas.

"Faking laa..."

Gua tekan send. Tarak. Tak lepas. Tak cukup sen.

Lu memang nasib baik bader 'Shell'. Tapi yang peliknya ada jugak lagi melayu yang kena tipu lalu membuat laporan polis. Polis dah tak lalu nak layan.

Sunday, November 17, 2013

Pusat Teknologi Maklumat Universiti Malaya


Lu orang jangan tak tau internet UM serupa palat sekarang. Yang peliknya, masa internet laju, gua jadi tak ada apa nak buat. Tapi bila nak buat kerja tu lah internet jadi slow sampai nak bukak Google pun amek masa 2 minit. Dalam keadaan fedap serta baran, gua pekena telepon Pusat Teknologi Maklumat UM (PTM) dengan harapan masalah ini dapat lah diselesaikan.

"Selamat pagi kak, saya nak buat laporan wifi kolej lima ni slow sangat-sangat. Nak buat kerja pun jadi payah"

"Ohh..kalau wifi, adik telepon nombor ni..03-79674001"

"Ohh yeke..ok kak, terima kasih."

Gua pun telepon le. Lepas gua telepon, akak dekat situ pulak suruh telepon lagi satu nombor lain. Katanya diorang tak handle bahagian Wifi. Apa yang diorang handle gua tak tahu. mungkin handle bahagian bergosip di opis dan bisnes online menjual shawl dan vitamin palsu di pesbuk.

Lepas dapat nombor, gua pun telepon le. Yang akak nombor 3 tu suruh lagi telepon satu lagi nombor. Katanya PTM bahagian wifi bukan dalam UM pulak, ada dekat luar. Kah kah kah, serupa cilake. Lepas gua telepon, akak no 4 pun angkat.

"Eh bila masa pulak PTM dekat luar dik, bukan bukan. PTM bahagian wifi dekat dalam UM, bla bla bla", akak nombor 4 membebel clear tak clear, dan dia pun turut memberi satu lagi nombor lain untuk gua hubungi. Bila gua tengok elok-elok, nombor yang dia bagi adalah nombor pertama yang gua telepon tadi.

Dah tu agak-agak gua nak telepon siapa ni cibai?

Wednesday, November 13, 2013

Mencuci Mata

pervert face momonosuke one piece
Lama dah gua tak berenang lepas bahu gua patah tempoh hari. Tadi gua ambil keputusan untuk pergi berenang. Dekat kolam renang gua terserempak dengan Ed. Katanya dia dah round ke 19. Gua baru 5. Tengok-tengok jam dah pukul 6.15.

Siren pun berbunyik menandakan masa berenang dah habis. Semua orang dalam kolam renang seorang demi seorang beratur untuk naik keatas. Bader bader sador, pakcik tua dan amoi-amoi juga turut sama naik.

Gua je 'stay' dalam kolam renang.

Amboi cerah betul mata gua sekarang. Kalau macam ni memang esok gua kena berenang lagi. He he he.

Tuesday, November 12, 2013

Besok Midsem

Besok sepatutnya gua ada ujian pertengahan semester subjek Steel Design. Gua dengan Bangi buat muka talam jeee dalam kelas sebab semua junior. Nama pun repeat. Itupun kalau si Bangi datang. Kalau tak datang? Gua buat lawa sorang-sorang dalam kelas. Patutnya gua study sekarang ni. Entah daripada mana tiba-tiba je gua lukis tangan. Nak buat apa dengan tangan jangan tanya gua.

tangan
drawing of hand sketch downgila anatomy
downgila azwan tangan hand drawn

Monday, November 11, 2013

Catatan Hari Ini II

lowyat plaza malaysia times square printer murah

Gua dah sampai Kolumpo tadi pukul 11.30 pagi. Naik bas pukul 9 dari Lepeh. Lepas tu gua terus shoot Lowyat sebab ada nak beli spare-part laptop sikit. Ceritanya semalam masa gua buat clean kipas dekat laptop, gua secara tak sengaja ter-vacuum sekali ada satu lock yang lock-kan wayar dalam laptop ni. Ah celaka nak cakap pun pepalih susah. Senang cerita bila tak ada bende tu, laptop gua tak boleh nak on.

Harini kat Lowyat orang ramai gila babi. Ada yang cari Samsung Galaxy, ada carik iPhone, ada yang carik laptop dan macam macam lagi. Gua je datang lowyat cari kedai Pakistan. Sebab kalau pergi kedai cine memang sah-sah kena tipu. Cuci kipas pun dia tibai sampai beratus apatah lagi kalau mintak beli mende 'rare' macam ni. Nak suruh melayu nanti katanya siap Rabu, Khamis minggu depan pun tak siap-siap. Last-last gua buat sendiri, spare part carik dengan Pakistan.

****

Lepas tu, gua pekena makan ikan bakar dekat Jalan Bellamy tu. Kedai peberet tak bukak harini. Gua makan kedai sebelah, Ikan pari dia tak sedap. Dah nak bakar baru nak celup dalam sambal buat apa? Tak meresap la rasa rempah tu dalam isi ikan. Patutnya kalau tengah hari ni nak bakar, pagi tadi lagi dah perap ikan tu dalam sambal tu. Barulah daging dia rasa jadi menaik. Payoh le...mende-mende remeh macam ni pun takkan nak tunggu gua jugak yang ajar? Ish ish ish.

medan ikan bakar jalan bellamy jalan bukit petaling downgila

Ceritanya mak gua ada bagi bekal sambal goreng jering dengan nasik. Gua melahap sampai tiga pinggan nasik lalu menjadi kenyang seperti nohorrom. Sampai bilik gua memang penat, tapi nak tidor tu tak boleh pulak. Perut kenyang sangat. Gua on laptop dan online dulu. Zaman moden dan materialistik ni kena cek emel selalu bader, mana tau ada satu dua order nak mintak gua design buat bisnes kad. Online punya online tengok-tengok dah asar. Takkan gua nak tidor selepas asar? Nanti makin bengap pulak gua. Jadi gua bersiap-siap untuk berjogging.

****

Disebabkan aktiviti gua dirumah yang aktif dengan makan dan tidor, gua bertindak bijak dengan berjogging secara perlahan-lahan. Makwe pun tak ramai lagi hari Ahad macam ni. Semua kat rumah lagi besok baru balik. Jadi gua mengambil keputusan untuk berjogging di Bukit Cinta, ingat harini nak buat 'hill-sprint'. Sampai separuh jalan gua jadi mengah macam lembu. Last last gua patah balik. Pepalih sungguh demeh. Baru berapa hari duduk rumah ni dah jadi macam ni, kalau sebulan? Silap-silap gua beralih ke scene Herbalife pulak nanti.

****

Sedar sedar je sekarang ni dah pukul 10.50 malam. Mata gua dah berair lantaran mengantuk lantas gua cuba baring dari tadi, golek ke kanan, ke kiri semua tak kena sebab cine sebelah bilik ni bising menjerit-jerit serupa monyet. Gua harap pihak kolej dapat pantau benda-benda macam ni. Jangan sampai remaja mula membuat rusuhan kaum sebagai tanda protes. Yang penting jangan sampai gua tidor bukak seluar pulak nanti.

Tuesday, November 05, 2013

Cuti Midsem

Besok gua start balik rumah untuk cuti mid-sem. Mula-mula gua malas juga balik. Tapi mak gua licik dengan menggunakan teknik jering untuk memancing gua balik.

"Cuti ni abang taknak balik ke? Jering banyak ni. Hari-hari mak goreng sambal jering"

Lu gila? Kalau letak kentaki sebelah sambal jering mak gua pun gua sauk sambal jering mak gua dulu. Hek eleh taknak makan jering sebab mulut busuk konon. Puih bajek-bajek omputehhh je aok neh.

Selamat bercuti.

Sunday, November 03, 2013

Cosway Zombie Run 2013

Gua baru balik ni. Penat pun tak habis lagi. Penat lari takdelah sangat. Dalam poster cakap 5 KM, tapi gua rasa gua lari tadi ada lah dalam 3 KM je. Penat gelak tengok Salak landing meniarap dalam selut masa nak lompat tak jugak. Entah apa yang penat gua tak tau, tapi gua penat. Memang seronok larian ni sebab gua join dengan kawan-kawan. Tapi, pengurusan dia serupa gampang. Antara pihak penganjur yang paling bodoh pernah gua jumpa selain Nike We Run KL 2012 tahun lepas. Kata start pukul 8 tapi 9.30 tak start-start lagi. Setan.

Gua sepatutnya lari slot 8 pagi. Masa nak register boleh pulak terjumpa kutu-kutu basketball Alam Shah. Gua juga dapat berjumpa pengawas paling hensem semasa gua tingkatan 2, saudara Kucai yang suka bergayut di pintu grill sambil menjerit "Form 2! Cepat clear!!!".  Lepas dah peluk peluk muah muah semua kita orang meneruskan haluan masing-masing. Masa dah habis larian gua tak nampak dah diorang semua. Terkorban dengan zombie muslimah kat 2nd checkpoint tu mungkin.

Cosway Zombie Run 2013 SAFEHOUSE Don't Stop Running Sekolah Alam Shah Old boys

Peluang bergambar bersama kutu-kutu Alam Shah tidak gua lepaskan. Ada senior gua, ada junior, ada yang gua tak pernah nampak. Mungkin masuk sekolah lepas gua habis dan sedang 'on the way' menjadi bodoh di PASUM. Dari kiri, Mahmud (bukan nama sebenar), Ahmad (bukan nama sebenar, 0408), Kucai (0004, Single dan kaya), Padeli (bukan nama sebenar, 0004), Radzi (0004, Single), Gua (0307), Jameel (bukan nama sebenar).

Selepas penat menunggu saje dan berpeluh terutama di bahagian ketiak untuk nak mendapatkan sijil dengan medal finisher, kita orang juga dapat bergambor bersama dua ekor zombie yang menjaga finishing line. Mungkin ni zombie yang tak lepas saringan masa nak pilih zombie yang laju. Tengok je tau 2 ekor ni lembap. Baju pun masuk dalam seluar apa cerita? Zombie kelas atasan lulusan Cambridge mungkin.

Cosway Zombie Run 2013 SAFEHOUSE Don't Stop Running

Event ni di-sponsor oleh Snickers, masa event tu, bader-bader yang jaga Snickers boleh main campak-campak je Snickers. Ada juga gua jumpa segerombolan makwe melayu yang berperangai tak senonoh bermain batu seremban guna Snickers. Jenis tak reti bersyukur.

Cosway Zombie Run 2013 SAFEHOUSE Don't Stop Running

Jadi sebagai konklusi, gua dapat medal, sijil yang tak dapat tangkap gambornye sebab tertinggal dalam kereta, dengan snickers banyak nak mampus. Siapa nak boleh la kontek gua melalui emel. (makwe diutamakan).

Friday, November 01, 2013

Tak Sihat

zombie run malaysia 2013 nadrah jaafar

Tadi masa solat Jumaat, hari panas betul. Bukan lagi tahap boleh buat bergurau. Terik sampai tak boleh nak bukak mata luas-luas. Mujurlah solat Jumaat ni laki saje. Kalau tidak, kan ke gua akan mengalami rugi? Lepas gua sampai bilik, tiba-tiba entah dari mana, berdentum guruh. Banyak kali pulak tu. Pergh, tengah-tengah panas boleh guruh banyak kali.

Petang pulak hujan lebat. Hari jadi sejuk. Cuaca yang asyik sekejap bertukar-tukar ni sangat lah gua tak gemar. Tapi nak buat macam mana. Macam la gua boleh order hari ni nak cuaca panas ke sejuk ke dekat Tuhan. Nak dijadikan cerita, gua selsema ni sejak semalam, macam sipi-sipi jugak lagi nak demam.

Ini berita tak baik ni. Gua harap selsema ni boleh la baik besok sebab Ahad ni gua ada Zombie Run bersama Ruhana, Salak, dan kawan-kawan Ruhana yang gua harapkan semuanya makwe. Apa gila semua larian gua asyik nak pandang muka Salak je? Boleh membara jugak hati.

Notakaki: Doakan gua baik besok weh, gua nak betul join Zombie Run ni, untung-untung dapat jumpa zombie muka macam Nadrah Jaafar.

Wednesday, October 30, 2013

Semut II

downgila semut cepat lupa tea teh

Weh gua nak tanya ni, kan kalau kita minum air ada semut nanti cepat jadi pelupa kan? Tapi tadi gua minum teh sambil edit gambor bebudak UPM punya grad ni. Tengah-tengah minum tergerak pulak hati nak tengok dalam cawan. Tudia ada dalam 15 ekor semut selamba pisang je berlegar-legar dalam cawan. gua saspek 5 daripadanya sudah mati lemas.

Dalam kes macam ni macam mana nak kira hah? Gua jadi pelupa jugak ke macam mana nanti? Sebab gua bukan sengaja-sengaja pun nak minum.

Tangkap Gambor

Lu orang jangan tak tau, sekarang Slim ada buat servis menangkap gambor secara runcit runcit. Gua pun jadi sibuk dan kompliketed sebab yang edit gambar tu gua. Untuk bebudak yang baru je grad, jubah tak pulang lagi, boleh la kontek Slim untuk bertanyakan khabar berita dan harga apa semua.

Dengar cerita bebudak UiTM tak grad lagi kan? Engkorang UiTM memang lain dari yang lain. Gua paham. Ok apa apa pun lu orang pekena 'usha' dulu blog Slim ni. Harga jangan risau. Memang menaik. Klik SINI untuk ke blog Slim.

Saturday, October 26, 2013

Ditipu 4shared

Tadi pagi gua bukak email, dapat satu emel dari 4shared. Kandungan dia lebih kurang macam ni

4shared download

Gua apa lagi, secara pantas terus 'ondespot' periksa jari. Tapi bila gua tengok jari gua (rujuk gambar dibawah), tak ada pun fail-fail macam apa yang 4shared cakap. Tiu Nia Seng! Nampak sangat 4shared adalah syarikat Yahudi penipu yang menggunakan helah Illuminati untuk menipu golongan bumiputera semata-mata.

4shared downgila tangan nutella

..........Bodoh hambar nak mampos. Keh keh keh. Oleh itu gua tak kasi lu orang komen untuk membahan dan mencaci gua. Tindakan yang bijak dari gua pagi pagi Sabtu ni.

Friday, October 25, 2013

Semut

Beragak la sikit semut semut kolej lima ni. Teh gua separuh cawan lagi weh. Mentang-mentang gua tengah ralit tengok movie, yang lu orang 'attack' teh gua apahal? Pepalih sungguh le......Kalau lu orang masuk dalam tu minum takpe la jugak. Ni masuk lepas tu lemas. Bingai.

Thursday, October 24, 2013

Badlishah Hanafi



Ya. Inilah Badlishah Hanafi, laptop gua yang telah banyak berjasa. Dulu gua pernah buat entry pasal laptop ni. Go SINI. Setelah bertahun-tahun setia dengan gua segala macam video edit, edit poster, gambar itu ini, laptop ini masih berhempas pulas bersama gua tak kira siang, malam, hujan, panas mahupun bersalji.

Baru baru ni, lepas gua tukar kipas laptop ni, gua perasan bunyik dia semakin ke pukimak. Kadang kadang tu nak tidor pun payah. Rasa macam ada sesuatu yang ingin menyerang gua. Gua jadi takut juga, dah la tidor tak baca doa. Bila terjaga, tengok tengok tak ada siapa siapa pun nak datang menyerang, laptop gua rupanya yang berbunyik macam setan.

Tak apa lah. Tunggu gua all-out kasi habis belajar, lepas tu terus shoot Low Yat angkat 'Kompiter Madu'.

Notakompiter: Kompiter madu adalah Ibu segala kompiter, RAM saja dah 65gig. Kompiter peringkat tertinggi, King Of Kompiter, sejenis kompiter yang boleh menyebabkan senyuman madu terukir di bibir.

Sunday, October 20, 2013

Adidas King Of The Road 2013

adidas king of the road 2013 malaysia

Hai brader, takkan hujung minggu duduk bilik, tidur, main sempoa, korek hidung dengan main dota je?

Thursday, October 17, 2013

Anjakan Paradigma

Lu orang ada nampak gua komplen pasal rumet gua lagi kat sini? Tak ada kan? Bilik gua tak ada lagi bersepah macam gampang. Tak ada lagi bau rempah-ratus dari Timur Tengah dan tak ada lagi kelambu. Sebab rumet gua sekarang orang melayu, sangat bagus dan pembersih. Sebab dia bersih, gua otomatik jadik bersih sama.

Lu tak percaya lu 'compare' sendiri INI dan rajah dibawah. Kah kah kah. Ok mana mamat yang cakap katil gua boleh buat Treasure Hunt itu hari, mana?? Satu je gua risau. Kalau berbekalkan prinsip asal gua; 'kemas katil ni kerja perempuan', adakah gua sudah bertukar menjadi lebih feminin sekarang? Ahhh ni mesti efek Jodoh Itu Milik Kita ni. Cilakak.

downgila katil semak sekolah alam shah kolej kediaman kelima universiti malaya malam penghargaan dayasari

Saturday, October 12, 2013

Kasut Baru

mizuno wave rider 15 2e 8kn-20410 flat feet

Setelah beribu kali jugak bermain agak agak dengan otak gua. Nak ke tak nak nak, nak ke tak nak, akhirnya gua telah mencapai kata sepakat untuk nak, dan membeli kasut baru untuk lari semalam. Dengan berbekalkan duit yang dah memang tak ada, gua dengan secara bangga ingin membuat berlagak dan menunjuk-nunjuk kasut baru gua. Mizuno Wave Rider 15.

Sekarang ni yang gua pening lepas ni gua nak beli nasik pakai apa ni. Agak-agak kafe Kolej 12 terima ke tak duit Jutaria?



Tuesday, October 08, 2013

Membeli Tiket

Semalam gua ke Pekeliling untuk membeli tiket balik raya haji. Sampai sampai kaunter gua terus order tiket hari Sabtu nak balik ke Lipis. Lepas bader tiket tu serahkan tiket, gua hulur la RM14.60 harga biasa balik ke Lipis. Lepas dah "Terima kasih bang", gua terus bergegas untuk ke makan. Perut dah berbunyi. Last makan tadi pukul 11 pagi. Ni dah pukul 9 malam.

Tiba tiba bader tiket tu jerit

"Bro!! Sekejap!"

Gua jadi macam terkejut la. Duit gua ekstra ke? Ada baki ke? Salah kasi duit rupiah ke?

"Tak cukup 2 ringgit ni, ni baru 14 ringgit", jelas bader tersebut.

Senyum gua dah jadi lain. Gua terus pandang bader tadi dengan pandangan tajam dan rupanya tiket bas balik ke Lipis sekarang dah naik harga jadi RM 16.20. Menteri pukimak mana yang cakap minyak naik, harga barang tak naik tu memang bodoh semata-mata. Jenis masa jadi bendahari rumah sukan songlap duit member. Kecik-kecik taknak mampos, besar besar menyusahkan rakyat. Faking.

Notatiket: Lepas gua hulur bader tu lagi RM2, bader tu sempat ceramah politik dekat gua. Gua mampu angguk angguk ayam je. Kandungan dia sama je dengan entri gua yang haritu. Gua syak bader ni baca blog gua jugak lah sebab lepas tu dia ada senyum-senyum sinikal. Kah kah kah. Eh gua tengah marah mana boleh gelak. 

Thursday, October 03, 2013

Catatan Hari Ini

Zulkhalid Afandi Shukri Azriy

Hari ni hari Khamis. 3 Oktober 2013.

Tadi lepas kelas Foundation gua dengan Bangi terus bergerak ke Dewan Tunku Canselor untuk membuat lawa dan melawat sahabat handai yang dah grad. Gua target nak jumpa Sarawak, Aspau, Enol je. Lepas tu gua ingat nak terus berambus dari situ, tak ada nak buat lawa lama-lama. Tebal jugak muka kalau semua orang asyik tanya

"Eh GP, tak grad lagi ke?"

Ada kau nampak aku pkai jubah ke tidak? Mata tertinggal dekat ampaian baju terlupa nak angkat ke macam mana? Lepas dah jumpa kutu-kutu yang gua nak jumpa, tangkap gambor sedas dua, gua terus berangkat pulang dan balik ke blik. Masa tu hari dah mula gelap semacam nak hujan sekejap lagi.

Gua bangun dekat pukul 4.30 petang. Apa benda pun tak sedar. Agaknya tidur ketiga terbaik dunia. Sebab tak hujan. Mendung lebih kurang. Ke hujan tapi gua yang tak sedar? Ah lantak.

Tiba-tiba gua dapat akal tengok telefon bimbit gua. Nah..18 panggilan tak berjawab. Ah benda-benda macam ni yang gua tak gemar ni. Apa lagi? Gua periksa tengok siapa..

Ketua juri tokoh maulidur rasul 2012 rupanya..Nak format laptop.

Betul kata orang-orang tua. Bangun tidor selepas hujan rezeki murah. Entah orang tua mana yang cakap gua tak tau. Keh keh keh. Dalam sedih ada jugak gembira. Takpelah, bab bab grad ni, tahun hadapan cuba lagi.

Heh..macam gampang..

Gambar gua cilok dari Naseha Uyaina

Sunday, September 29, 2013

Saturday, September 28, 2013

Isteri Mat Yo



Satu je gua risau dengan isteri Mat Yo ni, kenapa gambar tak HD? Dah la tak HD, yang bengap sangat pergi rekod lepas tu upload kat internet kenapa? Ish ish ish. Ni kes ingat diri Azwan Ali la ni. Otak udang.

Wednesday, September 25, 2013

Nak VS Ada

Brooks Ghost 4 red running shoes flat foot support

Nak.

1) Kasut jogging baru sebab kasut jogging gua haram tapak dah nak tercabut. Beli tahun 2010. Dah berapa ratus KM dah gua lari dengan kasut ni - RM300+

2) Baju sehelai dua sebab nak pergi kelas asyik baju sama. Tapi yang ni gua boleh hold dulu sebab gua kisah pulak orang tengok pakai baju sama hari hari. Gua bukan pondan nak 'apply' mekap dan melawo kekelas. - RM40+

3) Kasut raya, kasut last buat berjalan beli masa tingkatan 4. Nak jugak merasa kasut baru. Tapi ni pun boleh hold dulu sebab gua jarang pakai kasut. - RM100+

4) Komputer baru sebab CQ-40 yang berkualiti ni nazak gila, panas sikit je mulalah sangkut-sangkut macam gampang. Keyboard semua dah terkopak nampak wayar dalam laptop, kipas semua nampak. Memang tunggu masa je ni. Tapi gua rasa yang ni pun kena hold sebab nampak gaya macam kena guna jugak laptop ni setahun lagi. - RM2000

5) Nak topup, kredit gua baru je habis. Nak reply mesej Ike dia nak format laptop malam ni pun tak boleh - RM10+

6) Makan - RM 50 seminggu

Jumlah - RM2450

Ada Dalam Dompet.

1) Sehelai duit merah
2) Sehelai duit biru.
3) 1 keping syiling 50 sen.
4) 1 keping syiling 10 sen lama.

Jumlah - RM11.60

Fak! Bila lah gua nak berhenti jadi miskin ni?

Monday, September 23, 2013

Merenung Makwe

Semalam masa gua melepak depan mekdi wangsa maju yang dekat depan Balai Bomba tu, gua terperasan seorang makwe yang boleh tahan comel sedang menjaga kaunter pandu-lalu mekdi. Orang lalu, dia pass makanan, ada orang cina, melayu, singh, makcik gemok, pakcik gemok beratur di dalam kereta masing-masing. Semua menjadi semakin pemalas nak berjalan dan hanya masuk pandu-lalu. Tugas makwe tu hanyalah pass segala kentang goreng, berger dan apa apa sahaja yang diorder. Patutlah manusia sekarang semakin gemok. Nak makan pun malas nak berjalan.

Masa tu jugak gua perasan, lebih separuh kereta yang lalu kat situ adalah Myvi. Ini mendatangkan persoalan di fikiran. Kenapa semua orang minat pakai Myvi? Perodua ada pasang Jin Baghdad ke amende dekat Myvi?

Wednesday, September 18, 2013

Selipar

Selipar fipper murah downgila

Tarikh spesifik pembelian selipar ini gua dah tak dapat ingat. Mungkin gua kena rujuk semula kalendar 2010. Yang pasti gua angkat akhir tahun 2010. Dekat dekat nak raya. Pendek kata selipar raya. Tapi gua tak pakai pun pergi sembahyang raya. Gua angkat masa tu masa dekat Uptown Danau, harga masa tu pun baru RM9.90. Sekarang gua rasa selipar brand ni dah nak dekat RM16.90. Gila babi.

Sekarang dah hujung tahun 2013. Dah tu dah dekat dekat nak bulan Oktober, bulan kegemaran kita semua. Sebab bulan Oktober ni bulan harijadi gua.

Masa hari gua beli dulu, ada 2-3 ekor kutu orang kolej gua follow sekali. Diorang memang tidak berpuas hati dengan pembelian selipar ini. Macam macam benda diorang cakap. Tak pernah dengar jenama le, baik beli yang elok sikit le, baik pakai sabut kelapa le, memunah le.. Tapi gua buat buat lali. Gua terus bayar RM10 dekat abang Kelantan tu.. Cakap-cakap sumbang tentang selipar gua ni berlarutan makan tahun juga. Dalam 4 tahun ni gua malas nak tanya diorang berapa kali beli selipar mahal?

Semasa cuti yang lalu, selipar ini dah sampai ke kemuncak kariernya sebagai selipar. Time tu gua tengah memandu untuk mengambil anak sedara gua di Tadika, gua dapat rasa komponen penting selipar ini iaitu area ibu jari kaki mengepit tu dah mereput. Gua tekan minyak, tekan brek, tekan minyak, tekan brek mengejut, layer getah tu dah berlubang. Gua boleh rasa pedal minyak tu dengan ibu jari kaki. Maknanya memang cari pasal kalau gua pakai lagi selipar ni buat berjalan kat Petaling Street.

Kalau nak cerita pasal berjasanya selipar ni, gua dah tak boleh. Banyak sangat. Tambah pula kehidupan gua selama 4 tahun ke belakang adalah sebagai seorang student yang cemerlang. Jadi hari hari ke hulu ke hilir pakai selipar. Walaupun pihak Universiti menghalang pelajar pelajar menggunakan ‘selipar jamban’ untuk ke kelas, gua tetap steady. Cuma nak masuk perpustakaan je kadang-kadang abang jaga tu buat menggelabah tetek suruh pakai kasut. Tapi gua tak pergi pun perpustakaan. Kah kah kah.

Gua dating dulu pun pakai selipar ni. Takde pakai kasut pejabat, kasut sport. Sampai ada sekali selipar gua lekat dekat hujung eskelater, jadi gua terpaksa tarik aje selipar tu dengan perasaan malu gila babi. Tu yang ada muncung selipar tu hilang sikit tu. Kena makan dengan eskeleter la tu.

Itu belum masuk kena patuk ayam (boleh dirujuk pada gambarajah iaitu selipar belah kiri), Dengan kawan kawan adik gua datang rumah dan secara kurang ajar main petik je abu rokok depan pintu rumah, bawak pergi memancing entah mana mana lubuk dan pergi rumah sedara mana mana, halaman pula becak, lepas tu kalau pijak becak selipar melekat. Nak mengangkat kaki bukan main payah. Kalau selipar mahal tu dah lama cabut selipar pakai kaki ayam jalan. Apa guna beli selipar kalau macam tu? Boleh membara juga hati kalau tiba tiba terpijak taik ayam suam..

Saturday, September 14, 2013

On Time

azwan shaharuddin Firdaus zulkapli noh hafizri downgila Universiti malaya kejuruteraan awam

Yang kanan sekali tu yang paling cemerlang dalam gambar ni. Dapat grad on-time. Kutu-kutu yang lain kena bersabar sikit. Pepatah melayu ada mengatakan, tuah ayam nampak di kaki, muka si Bangi jugak nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Gambar dari Saznizam

Takdelah Penat Sangat Mak

Gua masa cuti sekali sekala akan kena ‘summon’ dengan bapak untuk kerja-kerja runcit mengangkat barang. Bapak gua kontraktor kecil-kecilan. Ini bermaksud bapak gua tidak akan membazirkan duit dengan mengupah Pakistan tak ada permit untuk mengangkat barang barang yang sudah tidak digunakan lagi untuk dibuang selepas projek siap. Jadi gua la kena buat buat Pakistan dan mengangkat barang barang tersebut. Tapi buangnya banyak ke rumah jugak. Sebab tu gua tengok rumah ni makin lama haram dah macam tapak kontrak dah.

Barang-barang pulak bukan main beras sekilo ke bawang sekilo ke. Main jenis kayu besar besar, penuh paku, kadang kadang atap genting dan macam macam lagi. Sebab ni jugaklah gua tak ada buat mengada-ngada nak pergi gym angkat besi macam abang-abang metroseksual Kolej Kediaman Kelima.

Yang terbaru bapak gua dapat kerja untuk tukar atap yang konkrit sekeping sekeping tu kepada atap zink. Atap zink zaman sekarang lebih praktikal untuk bangunan kecil sebab lagi ringan. Kalau beli yang ada kualiti sikit, keras pun keras. Lagi jimat.

****

Masa tu baru pukul 8.30, bapak gua tanpa ada salam dan ketuk pintu terus melakukan terjahan secara gerila ke dalam bilik.

“Abang, bangun! Jom tolong angkat atap!”

Selain warden sekolah gua yang bernama Lan Gay, bapak gua juga mempunyai bakat dalam mengejut kita orang adik beradik dengan hanya satu ayat. Dia punya feel tali pinggang askar ke betis masa kecik-kecik tu fresh lagi. Gua terjaga masa tu jugak mendengarkan suara bapak gua yang lebih ke marah. Bakat macam ni jarang dimiliki oleh orang banyak.

Tanpa menggosok gigi atau membasuh muka, gua capai sarung tangan dan terus masuk kedalam lori dan bergerak menuju ke tapak projek untuk mengangkat atap atap yang sudah tidak digunakan lagi. Angkat angkat sampai pukul 6 petang jugak baru siap. Itu pun tak habis lagi. Ada bertimbun timbun lagi atap untuk diangkat. Bahu gua dah mula sengal-sengal.

****

Bertitik tolak dari kerja yang palat, gua memegang satu cita cita untuk keluar dari kemelut hidup mengangkat barang barang berat.

“Penat kan?” Mak gua bertanya sambil menggelek tepung untuk dibuat karipap. Gua hanya mengangguk kelesuan sambil mengintai lauk di sebalik tudung saji.

"Aaaa macam tu le kerja orang yang takde kelulusan...” sambung beliau.

Gua ingat sem baru ni nak belajor sungguh sungguh le, pastu nanti tak ada dah gua nak angkat angkat lagi. Semua gua pass ke Joko ke, Katok ke, Sispandi ke mana mana Indonesia yang nak. Kalau lu nak jugak boleh la emel resume ke alamat emel gua.

Tuesday, September 10, 2013

Kalau Cuti

tiz zaqyah dan remy ishak razak bertudung

Kalau sekarang ni cuti, gua dekat rumah biasa baru je lagi bangun. Gua akan bangun sekitar waktu ini dan kadang kadang boleh terlajak sampai terlepas cerita Jodoh Itu Milik Kita lakonan Tiz Zaqyah. Bangun saja gua akan mencari surat khabar dan membaca bahagian dunia. Bahagian lain sikit pun gua tak ambik port sejak Amerika buat macam bagus nak serang Syria.

Gua tak nak hilang tumpuan dengan kes kes suami potong kemaluan sendiri, lori terbabas akibat mengantuk, nenek dikurung dalam van dan mahathir bergurau dengan badawi. Tapi sejak akhir-akhir ni bapak gua jarang beli paper. Mungkin duit pencen dia dah berkurangan. Seterusnya gua mencari sarapan apa apa yang patut. Pada masa ini, nasi goreng di dalam tudung saji mengalami masalah minyak menurun dan gua akan kaut bahagian atas-atas bagi memastikan tidak mengambil kolestrol berlebihan.

Selesai bersarapan gua akan membancuh secawan teh panas sambil menonton highlight perlawanan perlawanan bola yang sudah untuk melihat gol gol dengan lebih mendalam. Lepas dah habis aje teh gua akan pekena tengok movie dekat channel movie tu sampai lebam. Kalau tak ada cerita gua tengok Super Spontan. Tapi Super Spontan 2013 yang baru ni macam gampang tak best langsung. Lagi-lagi Nabil. Point dia tak habis habis telinga capang. Buat lawak macam budak sekolah menengah jeeee.

Saturday, September 07, 2013

Minyak Naik

minyak naik 20 sen

Baru baru ni harga minyak naik lagi sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Gua malas nak komplen sangat, bila komplen mat kerajaan akan backup cakap "Eleh mengada-ngada, naik sikit nak komplen, kerja la keras sikit, tengok negara lain lagi mahal minyak". Tapi sebab ni blog gua, gua komplen juga.

Negara yang mahal minyak tu negara yang tak ada minyak. Sebab itu le mahal. Lu tengok negara arab. Minyak diorang buat siram pokok bunga je petang petang besama keluarga. Subsidi sesaje. Tak payah jauh jauh, lu tengok Brunei je sudah. Gua bukan la tergila-gila sangat nak subsidi, tapi itu hari sebelum pilihanraya je minyak turun, lepas je pilihanraya naik. Haram. Negara kita banyak jugak minyak. Tak silap ada satu syarikat yang agak 'king' dalam pengeluaran minyak iaitu Petronas. Bukan runcit runcit punya perniagaan. Lu tengok Hamilton menang F1 itu hari naik nak amek medal. Baju dia pun tulis "PETRONAS". Kiranya kita sebagai rakyat malaysia memang berhak dapat subsidi minyak. Tak payah le nak bandingkan harga dengan negara yang tak ada minyak. Blerghhh.

Lepas tu dalam berita menteri menteri semua kabor harga minyak naik tak akan menyusahkan orang yang susah la apa la. GO SINI.

Katanya,

"The only people with big cars are prominent figures. Kampung people don’t have cars".
Bengap betul menteri zaman sekarang. Minyak naik, harga barang pun naik la. Korang rasa sakit ke tak, try la dulu pergi menoreh getah seminggu dua. Punya la perit nak mendapatkan duit. Lu menteri kaya raya mana tau susah orang orang kampung. Tengok la nanti baru menoreh sikit dah muntah, letih sikit menangis-nangis. Pening le, banyak nyamuk le, busuk le, panas le bagai. Menteri memang la tak rasa beban bila harga minyak naik sebab korang berjalan kehulu kehilir naik kereta mahal-mahal, ada driver pakai uniform, tinted hitam legam tapi JPJ tak berani nak tahan, no plat berjuta juta, tapi tak ada keluar satu sen pun duit minyak. Barang dapur, sabun mandi, susu anak pun orang gaji korang yang pergi beli boleh la cakap bebal.

Oh ya. Lupa nak bagitau. Gua dah sampai Kolumpo.

Tuesday, August 13, 2013

Kemaskini Secara Ekspres

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Berdirinya saya disini adalah untuk mengumumkan yang saya masih lagi hidup dan sihat. Jangan tanya kemana gua menghilang. Dah ditakdirkan oleh Tuhan rumah gua tak ada internet nak buat macam mana. Bukan gua pilih jalan ni. Sekarang ni gua dekat CC sekejap ada hal sikit.

Lama gua tak main tulis tulis blog. Ada hampir sebulan. Dalam masa sebulan tidak beraksi, macam-macam cerita ada dalam paru-paru gua ni. Jadi semalam mengambil keputusan untuk beraksi satu perlawanan persahabatan dengan papan kekunci gua bagi mengembalikan kecergasan. Gua tulis entri ni siap-siap ni sampai CC gua terus zas zass kopipes je.

Akaun Twitter gua dah tutup. Jadi sesiapa nak kontek ke mende guna lah cara old skool pakai emel. Yang ada pesbuk guna pesbuk. Lagi senang tepon aje terus. Nombor gua mintak dekat Sarawak. Kah kah kah bajet artis pulak gua. Lagipun bila pikir balik bukan ada guna jugak meraban dekat Twitter. Buat menambohkan orang sakit hati dengan gua ada lah. Dah tu pulak kalau gua kira kira nak siapkan kerja sekolah yang asal guna 15 minit. Duk melalut dekat Twitter jadi sampai 2 jam. Gila babi. Mana la melayu nak maju? Dah la tak reti reti nak puasa. Bila raya laju je balik kampung. Sampai sesak jalan depan rumah gua. Nak pergi hantor santan dekat pakcik gua pun jadi payah.

Hari raya baru berlepas. Sempat jugak gua tangkap gambor sekeping dua pagi raya tu. Tahun ni gua dengan secara konsisten masih mengekalkan baju raya berwarna coklat gelap yang dibeli 3 tahun lalu. Apa guna beli baju baru tiap tiap tahun ye dok. Balik sembahyang raya pekena baring macam kerbo sampai tengah hari jugak. Dan dengan kesempatan ini jugak gua nak ucapkan selamat hari raya kepada semua makcik dan pakcik. Hari ni baru raya ke berapa entah. Tapi macam baru lagi raya. Senang kira boleh kawtim lagi lah kalau gua ‘wish’ selamat hari raya sekarang.



Bercakap pasal raya, tempoh hari masa jalan jalan dekat Pasar Minggu Lipis gua ada Nampak scene jersey Downtown gred A dah sampai Lipis. Harga dia boleh tahan jugak murah. Tapi tak ada la murah sangat. Saing saing Downtown jugak. Tapi murah nak banding dengan Al-Ikhsan dekat sebelah Pablik Bank tu. Selak punya selak jumpa jersey Liverpool yang baru tu. Boleh tahan lawa weh. Lagi lagi bila gua yang pakai. Peh, menyesal pulak gua lancarkan jihad papan kekunci dekat Twitter mengutuk jersey Liverpool macam kain batik itu hari.

“Abang ingat raya ni nak angkat jersi Liverpool le..RM 32 jersi tu sehelai. Baru smarvo pakai jersi Liverpool time raya nanti. Mesti letup punya le kat Kampung Berembang nanti.”

“Hek eleh kecoh.. Fernando Torres pun tak pakai jersi Liverpool time raya Krismas...” jawab bapak gua.

Gua rasa dia tak tahu yang Torres dah lama dah jadik sayur bayam dekat Chelsea.

Monday, July 01, 2013

Cuti

Cuti dah menjelang tiba. Gua balik dulu. Selamat tinggal internet.

Saturday, June 29, 2013

Total Guitar & Gua

downgila gamep01nt azwan total guitar magazine cover download

Ni la masa gua masuk page depan Total Guitar itu hari.

Total Guitar & Hazwan

hazwan kamarudin governerd total guitar cover magazine

Masa tak ada kerja ini lah kerja gua. Membuang masa dengan Photoshop. Untuk channel Youtube bader ini. Penuh dengan video gitar yang mantap, Sila go SINI


Thursday, June 27, 2013

Kemaskini

old man day dream

Lama jugak gua tak tulis apa apa dekat sini. Banyak masa ke belajar. Sebenarnya tak ada lah belajar sangat. Duduk bukak buku 5 minit, tengok My Boss My Hero satu jam. Formula tak ingat. Bangang. Nak keluar tak boleh jugak brader. Jerebu teruk sekarang ni. Sampai menara TM depan UM ni pun gua tak nampak. Tapi tadi hujan. Dua tiga hari lagi hujan setel la kot jerebu ni. Mak gua dah suruh balik Lipis. Tak pernah kena jerebu. Rilek aje kampung halaman gua. Tak guna KLCC tinggi 80 tingkat kalau paru paru penuh habuk.

Tadi petang paper akhir gua untuk sem ni. Bukak pesbuk semua kawan kawan kelas gua dah tangkap gambor nak grad. Gua je kena tahan setahun lagi kat sini. Tapi takpa. Rezeki gua lambat sikit. Kalau nak cakap dalam nada Imam Muda, "ada la hikmahnya tu". Takpe takpe. Lu orang tangkap la gambor puas puas. Balik exam tadi gua terus pekena baring. Sambil sambil baring mula lah ke berangan.

Sekilas berborak dengan diri sendiri.

"Kalau gaji aku RM5500 sebulan kan syok. Baru je guna RM500 aish dah masuk pulak gaji bulan depan..lepas tu bulan depan baru je guna RM700 aish masuk lagi gaji..tak ke berkoyan koyan duit aku..hmm hmm power power"

Saturday, June 22, 2013

Amacam? Lu Orang Boleh Celen?



Oh lupa nak bagitahu, kalau ada yang masih tak tahu, KL sekarang jerebu teruk. Elok la demeh ikut pakai topeng sekali keluar rumah. Boleh jugak mengurangkan kadar menyampah.

Thursday, June 20, 2013

Perpustakaan

universiti malaya internet perlahan speedtest internet universiti malaya
Macam biasa lah. Bila musim peperiksaan mula la gua buat lawa dekat Perpustakaan Fakulti ni. Nak belajar nye tak sangat. Saja nak duduk sini ada ekon dengan internet nakharam laju gila babi. Tak caya? Lu kasi tengok gambor kat sebelah ni.

Yang tak best nye perpustakaan ni semua orang senyap. Haram bosan. Apa cerita? Berborak la sikit. Semua buat buat rajin je baca buku konon. Padahal tengah Whatsapp dengan makwe. Makwe pulak dekat sebelah je. Lepas dah whatsapp duk "hik hik" sorang sorang. Bagi alasan dalam perpustakaan tak boleh bercakap. Puih. 

Watdehel. Patutnya sekarang gua study. Baik, gua nak sambung buat kerja. Gua sekarang dah boleh kata macam bodoh dari pagi duduk sini yang masuknye sikit saje. Ni la sebab gua tak suka internet laju ni. Habis semua iklan Youtube gua tengok. Iklan susu UHT pun sama gua bedal. Balik karang gua rasa macam nak singgah kedai runcit Kolej 12 beli susu UHT kotak besar. Nak beli 5 kotak. Malam ni ingat nak try minum sampai mabuk, kalau gua tido awal jugak, gua akan lancarkan jihad papan kekunci ke atas Dutch Lady macam biasa gua buat pada Astro dan Telekom. Peduli apa gua dorang kisah ke tak, janji gua puas.

Sampai sini sahaja, banyak lagi kerja gua kena setelkan dan apa yang disetankan, gua masih tak paham macam mana nak buat graf log ni. Doakan gua berjaya. Celaka, boleh rosak pulak hurup "J" ni, kena tekan kuat kuat baru keluar.

Saturday, June 15, 2013

Hal Hal Rambut



Hobi gua memang record video muka separuh pun. Jangan tanya kenapa lah.

Friday, June 14, 2013

Hujan Batu

winter amsterdam

Tahun 1996, Chuping dilanda hujan batu. Betul. Gua nampak satu ketulan ais sebesar batu bata jatuh kemudian berderai di atas tangga kayu depan rumah gua. Cepat benar ais itu mencair. Sampai hendak berkelahi dengan abang gua sebab haram dia tidak percaya apa yang gua nampak.

Petang itu hujan berhenti. Gua dan sebahagian keluarga bertandang ke rumah kawan bapak gua di kem tentera sebelah. Nama pakcik tu Guruh. Orang Sarawak. Muka dia ada parut parut sikit dan sangat violent. Gua masa tu kalau dengar nama pun dah meremang tengkuk ngeri. Masa dulu mak gua selalu acah-acah kalau gua taknak pergi tadika, dia nak hantar ke pakcik Guruh. Gila gua terus laju ke mandi.

Macam biasa, sebagai budak tadika, apa hal petang-petang duduk dalam rumah? Gua berborak dan bertukar-tukar cerita hujan batu dengan anak pakcik Guruh yang sebaya sambil duduk di atas bonet belakang kereta Nissan Sunny bapak gua.

"Mak aku cakap kalau minum air hujan batu, boleh jadi pandai.." kata anak pakcik Guruh tanpa unsur-unsur komedi.

Secepat kilat gua colek sisa-sisa hujan di atas kereta bapa gua dan terus masukkan ke dalam mulut.

"Tapi air hujan tu tak boleh kena apa-apa, mesti terus dari langit baru berkesan.." sambung anak pakcik Guruh yakin.

Cilakakk..!! Gua dah masuk dalam mulut baru nak kabor. PAAANG! Gua karate kereta bapa gua sepam dan terus berlari masuk ke rumah cari karipap.

2013, gua masih lagi sangkut di UM, kawan kawan semua dah ada kereta, rumah sendiri. Kalaulah gua colek air hujan batu itu tadi dari bot mewah.....

Wednesday, June 12, 2013

Trailer The Hobbit Weh



Dalam buku tak ada cerita pun pasal Legolas sebenarnya. Dalam movie ada. Havoc juga scene Legolas dengan makwe mana entah tu.

Sunday, June 09, 2013

Balik Kampung & Merepek

Restoran Dangau Anis Putri Corner yang terletak Pantai Dalam merupakan sebuah restoran masakan Pantai Timur yang sangat terkenal. Restoran ini terletak berhampiran dengan stesen komuter pantai dalam

Gua baru sampai kolumpo tadi. Tengah hari tadi makan dekat Anis Putri. Lu duduk UM tapi tak tahu Anis Putri kat mana? Lu memang malang. Gua sebenarnya dah lama tertanya tanya. Kenapa orang ramai bebenor dekat Anis Putri? Nak cakap lauk dia sedap tak ada la sedap mana pun. Nak cakap ikan dia manis, sama je ikan beku dia pakai. Ulam petai dia pun besar secoet je. Lembik pulak tu. Tapi ramai jugak orang, sampai berpeluh peluh celah punggung nak carik tempat duduk saje. Tapi tak apa lah janji pisang goreng dia sedap.

Hujung minggu yang baru ni gua pekena balik Lipis. Lama betul dah gua tak balik. Ni alang alang nak periksa akhir semester, balik la sekejap jumpa mak ayah. Bila gua balik Lipis, mende yang wajib pekena ialah air tebu Aki Daud dekat kampung sebelah. Ini baru lah boleh dikatakan sedap. Air tebu dia 'pure' dari tebu tak ada campur air sejuk. Dia mesin tebu tu, dapat air terus kasi lu minum. Harga? Tak payah cakap. Secawan 50 sen. Murah gila babi. Tapi pelanggan takde lah ramai macam Anis Putri.

Sepanjang di kedai gua melepak dengan Encik Mahmud. Encik Mahmud mahaguru gua. Apa benda yang mahaguru gua pun tak tahu. Mungkin sebab rambut Encik Mahmud juga kembang seperti sarang tebuan walaupun umur sudah mencecah 60-an. Tapi yang pasti Encik Mahmud kuat merepek. Umur dah 65 tahun. Agak-agak dah berapa lama dia merepek sepanjang hayatnya?

Encik Mahmud sembang pung pang pung pang. Gua sengih. Gua tahu, dia merepek.

Encik Mahmud tanya gua.

"Eh kau kenal tuhan?"

Gua sengih. Takdelah merepek sangat Encik Mahmud ni rupanya.

Wednesday, June 05, 2013

Parlimen Bubar

cerita kedai kopi malaysian street food coffee shop williams corner parlimen bubar

Kelas gua berhenti rehat untuk memberi laluan kepada pelajar-pelajar dan pengajar-pengajar pekena minum pagi. Gua ke kantin. Lecturer gua ni macam dah biasa mendidik pelajar-pelajar supaya cenderung berehat awal. Ni yang gua sayang lebih ni. Pada pandangan gua, kita perlukan lebih ramai lecturer yang bertindak macam ni demi masa depan cemerlang anak bangsa. Gua rasa kerajaan patut ambil berat hal hal macam ni.

Ok sambung. Bagi memenuhi masa beberapa minit sebelum kelas seterusnya bermula, gua mengorder Horlick suam lalu duduk ditengah tengah kantin. Mata meliar mencari makwe. Manalah tahu kot-kot dapat satu makwe di saat-saat genting nak dinner kolej ni..Barulah metropolitan.

Tiba-tiba muncul kutu kutu first year agak serentak. Salah seorang tidak semena-mena bertempik terkawal setelah membaca khidmat pesanan ringkas di telefon bimbitnya.

"Parlimen dibubarkan woi..!!"

Suasana kecoh. Semua kucar-kacir. Semua tertanya-tanya.

"Betul ke?"

"Bila bubar..?"

"Bangunan parlimen siapa duduk sekarang..?"

Dalam gua tengah sibuk mem'browse' makwe solid-solid, macam-macam kenyataan pula keluar dari mulut orang ini dan orang itu.

"Maknanya sekarang ni kuasa semuanya dipegang En. Rahman le.."

En. Rahman seorang askar pencen. Orang itu bergurau barangkali. Orang ini dan orang situ pula berkata..

"Darurat le kiranya time sekarang ni.."

"Agong le kira paling 'king' sekarang.."

Ada satu kutu yang mula berminyak mulut pekena bekal mee goreng penuh yakin berkata.

"Sain sain YB ke, menteri ke semua dah tak laku lagi masa ni.."

"AES apa cerita woi? Aku belum bayar lagi."

Pelik gua, bebudak first year ni berborak lebat sangat ni umur dah cukup ke nak mengundi? Bermacam-macam jenis persoalan dan kenyataan keluar sampai kusut semua di situ memikirkan. Aneh. Antara malaikat lalu atau semua agaknya sibuk berfikir nak sembang apa lagi.. keadaan berubah.

Hening.

TET TENENET TENENET! Khidmat pesanan ringkas masuk.

"PEH KELAS KENSEL!!" teriak gua spontan di memandang khidmat pesanan ringkas yang gua baru terima sambil tersengih-sengih.

Betul. Lain macam gaya orang-orang kat kantin tu jeling gua..

Monday, June 03, 2013

Cicak

Tahukah lu orang bahawa cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Licik.

Friday, May 31, 2013

Review: Fast & Furious 6

fast and furious 6 posters the rock dwayne johnson

Tajuk : Fast & Furious 6
Rating: 6/10
Komen: Biasa punya movie. Macam cerita hari raya. Dah boleh agak ending.

Gua baru dapat kesempatan nak tengok cerita ni tadi. Pada gua cerita ni takdelah best mana pun. Sama je jalan cerita dengan yang lepas lepas. Vroom vroom vroom sana vroom sini langgar dinding, orang baik menang. Habis cerita. Yang lainnya kali ni, dia punya tak logik tu gila sangat tak logiknya.

Kah kah. Pada gua, logik lagi cerita alien datang bumi dari scene yang Dom lompat dari jambatan sebelah untuk sambut Letty tu. Gila babi kalah cerita hindustan. Apa luka pun tak ada kah kah. Imba gila seperti ultraman!

Satu lagi part last yang kejar kapal terbang tu. Gila panjangnya trek kapal terbang tu. Tak reti reti nak habis dia racing situ. Mari kita buat kiraan matematik sikit ya adik adik.

Scene tu diorang nak kejar kapal terbang tu, kapal terbang tu tengah nak speed sebab nak terbang kan? Jadi, jom kita anggar anggar la diorang bawak kereta masa tu kelajuan 230 km/j.

Kelajuan kereta  kita agak agak 230 km/j

Jadi untuk berapa jauh dia drive seminit, kita bahagi 60 minit sebab kalau lu orang tak tau, sejam ada 60 minit.


So, dalam seminit, diorang akan bergerak 3.83 km, scene tu ada lah dalam 25 minit. Sampai gua tak tahu dah siap jahat siapa baik. Jadi. Kita darab dengan 25 minit.


Jadi untuk scene last tu, diorang travel lebih kurang dalam 96 kilometer. Lapangan terbang mana sial ada sampai 96 kilometer. Dah sampai Lipis dah pun gua rasa. Lepas tu si Dom mula mula dah eksiden teruk gila kereta sampai hancur. Yang hancur tu pulak bukannye Myvi ke proton saga ke. Kereta mahal tu. Tapi nanti....si Dom tetap secara ajaibnya masih hidup. Hero orang kabor. Tapi hero hero pun logik la sikit boleh lagi jalan macho keluar dari api. Kah kah kah.

Jadi senang cerita, sebagai konklusi, gua rasa Dom (Van Diesel) ni sebenarnya orang Melayu. Jenis bela jin sebab nak pakai ilmu kebal.