Thursday, May 03, 2012
Pengalaman Gua Di Alam Shah : Rock Kapak
Waktu aku sekolah SAS dulu, dalam setahun sekali, sekolah aku akan kucar-kacir menganjurkan bulan Bahasa Inggeris ke apa ntah. Entah apa benda yang englis aku tak tahu. Kitorang cakap melayu jugak kat kelas. Untuk kemuncak bulan speaking ni, ada battle of the band, Semua orang wajib turun dewan tengok. Aku jadik tak sedap badan betul bila dengar perkataan wajib ni.
Ye lah aku baru fikir nak 'pekena' lepak dorm tak pakai baju sambil layan sembang pung pang pung pang dengan Fitri Smeagol, berborak pasal Yu-Gi-Oh dengan si Fitri ni memang tak akan habis. Ada je taktik trap card dia semua. Tapi warden pulak satu hal, depa boleh paksa pergi pula. Kalau tak pergi, kena rotan. Apa cerita? Dah lah pagi subuh tak turun kena rotan, tengah hari tak pergi prep kena, petang petang main ragbi dalam bilik pun kena, maghrib kena lagi. Tak letih ke merotan?
Berbalik kepada malam kemuncak, aku dengar ramai budak budak kata, malam itu ada band Pelajar Tingkatan 5 yang padu perform lagu rock kapak. Bandnya hebat kalau mengikut kata Cikgu Tukiman yang baru dapat lesen motor di usia lewat itu. aku masa tu jangan harap nak ambil tahu sangat. Punkrock Sum 41 tengah kuat dalam jiwa masa tu. Otak aku tak habis habis putar lagu Still Waiting tu.
Malam yang dirancang akhirnya tiba. Semua pelajar bijak pandai dan para junior mengambil tempat di dalam dewan. Sebelum BOTB ada ucapan ucapan pengetua la pengarah projek semua dulu. Bosan macam gampang. Aku yang tak berapa nak junior ambil tempat di luar dewan. Barulah berangin sikit. Amacam? Licik tak? Tapi kadang kadang kena cek line juga. Warden nakal yang nama Jinggo tu memang selalu ronda ronda.
Satu demi satu persembahan dipersembahkan di pentas. Ada yang menyanyi, ada yang buat persembahan yang tak dapat dikenalpasti, ada yang berlakon drama dan ada yang menyanyi lagi. Aku menonton dengan kadang ke pentas dan kadang ke borak.
Nak dijadikan cerita, akhirnya tibalah sudah giliran band Pelajar Tingkatan 5 tadi. Aku jadi beri tumpuan. Seisi dewan turut diam memerhati. Penyanyi itu memperkenalkan dirinya dan ahli kumpulan mereka. Selepas itu, gitaris utama yang namanya AJ aku tak silap terus goreng wiu wiu wiu gitar dia.
Sumpah. Malam itu habis saja acara itu, sambil berjalan beramai-ramai balik asrama, semua budak terjerit-jerit. Balik dorm, semua terjerit-jerit. Pergi jamban, terjerit-jerit. Ada satu kes, dah baring nak tidur dah ni, dengar saja kawan terjerit-jerit, bangun balik join menjerit. Sampai aku pun terikut menjerit. Peh..itu dia penangan Pelajar Tingkatan 5 punya band "Cintamu Mekar Dihati Ini" itu malam. Vokalis dia nama Kentut. Muka setepek mintak kaki. Tapi suara. Padu nakharam wa cakap lu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
selalu org muka bersepah ni suara dia lagi sedap dari org muka macam dafi
ReplyDeleteMasalahnya gua tak pernah iktiraf suara Dafi sedap, rambut dah la kuning. pukimak betol
DeleteHAHHA.. KENTUT PUN BOLEH.. :p
ReplyDeleteade warden nme jinggo? hehehe. mcm2 la
ReplyDeleteoh budk sas...:P
ReplyDeleteBro lu batch mana?
ReplyDelete0307
Deleteabbot, hg dh tua bot. ni pangkat anak buah dh bot. hahha
ReplyDeleteoh assalamualaikum abang
Deletelaaa budak sas ke u ni,,,my brother was in sas before. batch 98 i think
ReplyDeletekau umpama bintang yang mekarrr dihatikuuuuu
ReplyDeletebunga la
Deletelagu ni sememangnye lejen
ReplyDeletekentut nyanyi mimpi yang sedih ahh.. cintamu mekar tu budak form 2 kot..
ReplyDeleteyeeekeeeeeee seingat aku AJ main untuk band kentut kan?
DeleteAku kena borang kuning Jinggo bagi sebab aku cilok selipar dia masa kat surau hahaha
ReplyDeleteapa benda sial borang kuning? hahahaa
Deleteborang kuning, cikgu zul suka bagi, borang disiplin lah, tapi skang panggil borang kuning. aku panjat blok form 1 pun kena bantai dengan zombie. bangang betul
DeleteBuat jahat pun kena isi borang eh sekarang, hahaha power betul
Deletekalau kantoi kenalah, aku paling cuak kena borang kuning, sial hahaha
Delete