Catatan Hari Ini II | downgila

Monday, November 11, 2013

Catatan Hari Ini II

lowyat plaza malaysia times square printer murah

Gua dah sampai Kolumpo tadi pukul 11.30 pagi. Naik bas pukul 9 dari Lepeh. Lepas tu gua terus shoot Lowyat sebab ada nak beli spare-part laptop sikit. Ceritanya semalam masa gua buat clean kipas dekat laptop, gua secara tak sengaja ter-vacuum sekali ada satu lock yang lock-kan wayar dalam laptop ni. Ah celaka nak cakap pun pepalih susah. Senang cerita bila tak ada bende tu, laptop gua tak boleh nak on.

Harini kat Lowyat orang ramai gila babi. Ada yang cari Samsung Galaxy, ada carik iPhone, ada yang carik laptop dan macam macam lagi. Gua je datang lowyat cari kedai Pakistan. Sebab kalau pergi kedai cine memang sah-sah kena tipu. Cuci kipas pun dia tibai sampai beratus apatah lagi kalau mintak beli mende 'rare' macam ni. Nak suruh melayu nanti katanya siap Rabu, Khamis minggu depan pun tak siap-siap. Last-last gua buat sendiri, spare part carik dengan Pakistan.

****

Lepas tu, gua pekena makan ikan bakar dekat Jalan Bellamy tu. Kedai peberet tak bukak harini. Gua makan kedai sebelah, Ikan pari dia tak sedap. Dah nak bakar baru nak celup dalam sambal buat apa? Tak meresap la rasa rempah tu dalam isi ikan. Patutnya kalau tengah hari ni nak bakar, pagi tadi lagi dah perap ikan tu dalam sambal tu. Barulah daging dia rasa jadi menaik. Payoh le...mende-mende remeh macam ni pun takkan nak tunggu gua jugak yang ajar? Ish ish ish.

medan ikan bakar jalan bellamy jalan bukit petaling downgila

Ceritanya mak gua ada bagi bekal sambal goreng jering dengan nasik. Gua melahap sampai tiga pinggan nasik lalu menjadi kenyang seperti nohorrom. Sampai bilik gua memang penat, tapi nak tidor tu tak boleh pulak. Perut kenyang sangat. Gua on laptop dan online dulu. Zaman moden dan materialistik ni kena cek emel selalu bader, mana tau ada satu dua order nak mintak gua design buat bisnes kad. Online punya online tengok-tengok dah asar. Takkan gua nak tidor selepas asar? Nanti makin bengap pulak gua. Jadi gua bersiap-siap untuk berjogging.

****

Disebabkan aktiviti gua dirumah yang aktif dengan makan dan tidor, gua bertindak bijak dengan berjogging secara perlahan-lahan. Makwe pun tak ramai lagi hari Ahad macam ni. Semua kat rumah lagi besok baru balik. Jadi gua mengambil keputusan untuk berjogging di Bukit Cinta, ingat harini nak buat 'hill-sprint'. Sampai separuh jalan gua jadi mengah macam lembu. Last last gua patah balik. Pepalih sungguh demeh. Baru berapa hari duduk rumah ni dah jadi macam ni, kalau sebulan? Silap-silap gua beralih ke scene Herbalife pulak nanti.

****

Sedar sedar je sekarang ni dah pukul 10.50 malam. Mata gua dah berair lantaran mengantuk lantas gua cuba baring dari tadi, golek ke kanan, ke kiri semua tak kena sebab cine sebelah bilik ni bising menjerit-jerit serupa monyet. Gua harap pihak kolej dapat pantau benda-benda macam ni. Jangan sampai remaja mula membuat rusuhan kaum sebagai tanda protes. Yang penting jangan sampai gua tidor bukak seluar pulak nanti.

16 comments:

  1. Ko tido bogel jer. Bagi "benda" tu bernafas sikit. Hahah. No, seriously, ko tido lagi baik. Better sleep though.

    P/S: Janji ko sumbat telinga ko tu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yg gua buat semalam. Sambil dgr Yanti & Ronnie

      Delete
  2. hoi janganle tido bukak seluar kang bende lain gigit kang sape nak jawab? btw, amende pepalih tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pepalih? Err.....Slang Lipis...macam...."kaw kaw" kot? Ke "Gila babi"...
      Contoh macam "Pepalih aok ni...bingei sunggoh" = "Pehh, kau ni bingai gila."
      Gituuuu..

      Delete
  3. bak kata mak kau : kang cicak curik kang sapa nak tanggung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bila masa pulak mak aku cakap camtu

      Delete
    2. ahaha ada entry lama kau. cuba baca. haha

      Delete
    3. go sini bang long.. http://www.downgila.com/2012/11/bedak.html

      Delete
  4. meleleh juge air liur aku tengok ikan bakar tu woi

    ReplyDelete
  5. beb, aku sampai la ni tak pernah pi lowyat. teringin... tapi tak berani pi sorang. jom!

    ReplyDelete
  6. ah aok ni tak kuat stamina betei. kala keh sekali langkah dah 14km pecut kakaa

    ReplyDelete
  7. lu caj berapa buat bisnes kad??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku design saje. Print sendiri. Design yang dijamin power dalam rm40~rm50

      Delete
  8. pehh .
    nko dah boleh tuka amek IT brow .
    ahahah .

    ReplyDelete
  9. perghhh nangis tgk pic ikan bako tuuuuu...nak keli bakoooooo!!!

    oo tips baru nie...kene pi cari pakistan yeak...okey2...take noted!

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...