Gua masa cuti sekali sekala akan kena ‘summon’ dengan bapak untuk kerja-kerja runcit mengangkat barang. Bapak gua kontraktor kecil-kecilan. Ini bermaksud bapak gua tidak akan membazirkan duit dengan mengupah Pakistan tak ada permit untuk mengangkat barang barang yang sudah tidak digunakan lagi untuk dibuang selepas projek siap. Jadi gua la kena buat buat Pakistan dan mengangkat barang barang tersebut. Tapi buangnya banyak ke rumah jugak. Sebab tu gua tengok rumah ni makin lama haram dah macam tapak kontrak dah.
Barang-barang pulak bukan main beras sekilo ke bawang sekilo ke. Main jenis kayu besar besar, penuh paku, kadang kadang atap genting dan macam macam lagi. Sebab ni jugaklah gua tak ada buat mengada-ngada nak pergi gym angkat besi macam abang-abang metroseksual Kolej Kediaman Kelima.
Yang terbaru bapak gua dapat kerja untuk tukar atap yang konkrit sekeping sekeping tu kepada atap zink. Atap zink zaman sekarang lebih praktikal untuk bangunan kecil sebab lagi ringan. Kalau beli yang ada kualiti sikit, keras pun keras. Lagi jimat.
****
Masa tu baru pukul 8.30, bapak gua tanpa ada salam dan ketuk pintu terus melakukan terjahan secara gerila ke dalam bilik.
“Abang, bangun! Jom tolong angkat atap!”
Selain warden sekolah gua yang bernama Lan Gay, bapak gua juga mempunyai bakat dalam mengejut kita orang adik beradik dengan hanya satu ayat. Dia punya feel tali pinggang askar ke betis masa kecik-kecik tu fresh lagi. Gua terjaga masa tu jugak mendengarkan suara bapak gua yang lebih ke marah. Bakat macam ni jarang dimiliki oleh orang banyak.
Tanpa menggosok gigi atau membasuh muka, gua capai sarung tangan dan terus masuk kedalam lori dan bergerak menuju ke tapak projek untuk mengangkat atap atap yang sudah tidak digunakan lagi. Angkat angkat sampai pukul 6 petang jugak baru siap. Itu pun tak habis lagi. Ada bertimbun timbun lagi atap untuk diangkat. Bahu gua dah mula sengal-sengal.
****
Bertitik tolak dari kerja yang palat, gua memegang satu cita cita untuk keluar dari kemelut hidup mengangkat barang barang berat.
“Penat kan?” Mak gua bertanya sambil menggelek tepung untuk dibuat karipap. Gua hanya mengangguk kelesuan sambil mengintai lauk di sebalik tudung saji.
"Aaaa macam tu le kerja orang yang takde kelulusan...” sambung beliau.
Gua ingat sem baru ni nak belajor sungguh sungguh le, pastu nanti tak ada dah gua nak angkat angkat lagi. Semua gua pass ke Joko ke, Katok ke, Sispandi ke mana mana Indonesia yang nak. Kalau lu nak jugak boleh la emel resume ke alamat emel gua.
gua doakan lu, semoga impian belajo bersungguh2 lu jadi kenyataan..
ReplyDeletepeh terima kasih Anon.
DeleteItulah orang Malaysia, kerja berat nak bagi kat joko buat. Mana la tak bersepah joko dekat malaysia ni. Haha
ReplyDeletehaha kalau kau nk buat meh drop resume
DeleteSemoga berjaya mengapai cita-cita yer..hehe
ReplyDelete