Minyak Naik | downgila

Saturday, September 07, 2013

Minyak Naik

minyak naik 20 sen

Baru baru ni harga minyak naik lagi sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Gua malas nak komplen sangat, bila komplen mat kerajaan akan backup cakap "Eleh mengada-ngada, naik sikit nak komplen, kerja la keras sikit, tengok negara lain lagi mahal minyak". Tapi sebab ni blog gua, gua komplen juga.

Negara yang mahal minyak tu negara yang tak ada minyak. Sebab itu le mahal. Lu tengok negara arab. Minyak diorang buat siram pokok bunga je petang petang besama keluarga. Subsidi sesaje. Tak payah jauh jauh, lu tengok Brunei je sudah. Gua bukan la tergila-gila sangat nak subsidi, tapi itu hari sebelum pilihanraya je minyak turun, lepas je pilihanraya naik. Haram. Negara kita banyak jugak minyak. Tak silap ada satu syarikat yang agak 'king' dalam pengeluaran minyak iaitu Petronas. Bukan runcit runcit punya perniagaan. Lu tengok Hamilton menang F1 itu hari naik nak amek medal. Baju dia pun tulis "PETRONAS". Kiranya kita sebagai rakyat malaysia memang berhak dapat subsidi minyak. Tak payah le nak bandingkan harga dengan negara yang tak ada minyak. Blerghhh.

Lepas tu dalam berita menteri menteri semua kabor harga minyak naik tak akan menyusahkan orang yang susah la apa la. GO SINI.

Katanya,

"The only people with big cars are prominent figures. Kampung people don’t have cars".
Bengap betul menteri zaman sekarang. Minyak naik, harga barang pun naik la. Korang rasa sakit ke tak, try la dulu pergi menoreh getah seminggu dua. Punya la perit nak mendapatkan duit. Lu menteri kaya raya mana tau susah orang orang kampung. Tengok la nanti baru menoreh sikit dah muntah, letih sikit menangis-nangis. Pening le, banyak nyamuk le, busuk le, panas le bagai. Menteri memang la tak rasa beban bila harga minyak naik sebab korang berjalan kehulu kehilir naik kereta mahal-mahal, ada driver pakai uniform, tinted hitam legam tapi JPJ tak berani nak tahan, no plat berjuta juta, tapi tak ada keluar satu sen pun duit minyak. Barang dapur, sabun mandi, susu anak pun orang gaji korang yang pergi beli boleh la cakap bebal.

Oh ya. Lupa nak bagitau. Gua dah sampai Kolumpo.

13 comments:

  1. Tu ah pasal. Gua selalu isi full tank kapcai gua rm5. Skang rm 6 baru penuh. Puiih

    ReplyDelete
  2. bibik diorg pegi beli pun entah hulur ke idok duit minyak. puihh

    ReplyDelete
  3. Selamat pulang GP. tapi aku nak tekankan, masalah member tumpang tak reti nak tong tong lagi berat dari minyak naik. Ini serius. ahaks~

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu nama dia kurang ajar. Lu tendang je keluar kereta

      Delete
  4. Lama tak singgah sini. Nasib singgah tak pakai minyak.

    ReplyDelete
  5. minyak naik ke tidak..gua tetap isi 30 ringgit. haha

    ReplyDelete
  6. itu la..gua pun rase nak naik minyak jugak sejak dua menjak ni.

    ReplyDelete
  7. minyak naik,,, rumah pn mahal

    ReplyDelete
  8. menteri2 semua mana nak rasa harga barang naik, dorang semua hidup atas subsidi kerajaan.. apapon rakyat didahulukan kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu slogan je tu. politik. kah kah. xde sapa nk dahulukan org lain

      Delete
  9. Mak saya selalu pesan... kena selalu ucap terima kasih kepada org
    yg berbudi pada kita .. soo .. saya nak ucap terima kasih kat awak atas maklumat yg
    bermanafaat nie.. terima kasih awak... ;)

    Feel free to surf to my webpage: Buat Duit Online

    ReplyDelete
    Replies
    1. amendeee la kau ni xde keje lain ke spam blog org

      Delete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...