Memanjat Pagar | downgila

Sunday, December 01, 2013

Memanjat Pagar

Panjat pagar climb fence keselamatan universiti malaya

Pagi tadi gua join Fan Run dekat Putrajaya. Ada ramai jugak bebudak pemes macam KJ, Tomok, Hakim ke apa entah yang AF tu dengan Fizo Omar eh? Gua tadi curi-curi berdiri sebelah Fizo Omar, Makwe-makwe pun ramai berdiri sebelah nak bergambar. Gua je berdiri sebelah nak 'compare' tinggi. Hek eleh....Takde le tinggi sangat Fizo tu. Saing-saing gua je. Tapi tinggi sikit la dari gua. Kah kah kah. Gua sedar lah gua ni lelaki yang tak berapa tinggi, tapi lebih ke comel-comel macam tu.

Lepas tu petang gua ambil keputusan untuk berjogging secara santai ke Bukit Cinta. Sampai dekat Akademi Pengajian Islam tu, perasaan malas tiba-tiba muncul. "Asyik-asyik bukit ni je". Naik muak dah gua jogging sini. Lalu gua pun mengambil pusingan 90 darjah keluar ke pintu Damansara. Sampai depan pintu, tengok-tengok pintu tutup siap bermangga bagai. Cilakak gua lupa pulak harini hari Ahad, nak patah balik macam jauh dah. Lepas toleh kiri dan toleh kanan, gua pun mengambil langkah seorang rokers lalu memanjat pagar tersebut.

Tiba-tiba je gua dengar suara yang kurang enak.

"Woi!! Buat apa tu oi! Berhenti!!"

Gua terus toleh belakang. Gua nampak Pak Guard UM tengah pecut naik motor sambil jerit-jerit dan tunjuk-tunjuk ke gua. Gila babi cakap lu. Dah macam scene Gerak Khas.Kah kah kah! Kaki gua dah separuh kat luar pagar.

"Oi buat apa tu oi!!", Pak Guard jerit lagi.

Ape mende yang lampi sangat, tak nampak ke gua tengah panjat pagar ni. Takkan la tengah mengulangkaji pelajaran pulak? Gua terus terjun dari pagar dan pecut ke arah lebuhraya SPRINT. Sempat juga gua toleh pandang Pak Guard tu disebalik pagar kecundang tak boleh nak kejar gua.

"Heh, hari ni hari gua.", bisik gua kepada diri sendiri sambil satu tangan tuju ke langit.

Sampai bilik je gua terus makan pisang.

12 comments:

  1. haha..lebuhraya sprint lagi tu..

    ReplyDelete
  2. ooo..tu bukit cinta ke namenye..ekeke..

    kat kolej 12 pon dah tak terkawal mata keranjang aku..
    ni kalau tengok makwe basah kat bukit tu tak tau la..hahaha..

    ReplyDelete
  3. Ceyyy konon terer ah lepas dari pak guard . Mase die sergah kau tu kau tak cakap

    'Pakcik dayus pakcik dayus'

    Wakakak menambahkan efek dalam cerita . hahah

    ReplyDelete
  4. hahahahahahahahahahahahhaa

    ReplyDelete
  5. hahaha abis tu balik ikut laluan mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pusing sampai SS16 lepas tu masuk ikut pintu 9. Tu pun panjat jugak hahahaha

      Delete
  6. dalam gambbr tu enko ke woi

    ReplyDelete
  7. Hahahaha lawak tang pak guard. Adoiii. tak dapat bayangkan muka pak guard tuh XD

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...