Macam biasa lah. Bila musim peperiksaan mula la gua buat lawa dekat Perpustakaan Fakulti ni. Nak belajar nye tak sangat. Saja nak duduk sini ada ekon dengan internet nakharam laju gila babi. Tak caya? Lu kasi tengok gambor kat sebelah ni.
Yang tak best nye perpustakaan ni semua orang senyap. Haram bosan. Apa cerita? Berborak la sikit. Semua buat buat rajin je baca buku konon. Padahal tengah Whatsapp dengan makwe. Makwe pulak dekat sebelah je. Lepas dah whatsapp duk "hik hik" sorang sorang. Bagi alasan dalam perpustakaan tak boleh bercakap. Puih.
Watdehel. Patutnya sekarang gua study. Baik, gua nak sambung buat kerja. Gua sekarang dah boleh kata macam bodoh dari pagi duduk sini yang masuknye sikit saje. Ni la sebab gua tak suka internet laju ni. Habis semua iklan Youtube gua tengok. Iklan susu UHT pun sama gua bedal. Balik karang gua rasa macam nak singgah kedai runcit Kolej 12 beli susu UHT kotak besar. Nak beli 5 kotak. Malam ni ingat nak try minum sampai mabuk, kalau gua tido awal jugak, gua akan lancarkan jihad papan kekunci ke atas Dutch Lady macam biasa gua buat pada Astro dan Telekom. Peduli apa gua dorang kisah ke tak, janji gua puas.
Sampai sini sahaja, banyak lagi kerja gua kena setelkan dan apa yang disetankan, gua masih tak paham macam mana nak buat graf log ni. Doakan gua berjaya. Celaka, boleh rosak pulak hurup "J" ni, kena tekan kuat kuat baru keluar.
sama gak la kalau internet laju mmg membahan u tube.
ReplyDeletethat download speed is real? whooah
ReplyDeletereal madrid
Deleteminum susu bleh elak mengantok meh?
ReplyDeleteboleh kot. ni la aku nk try ni
Deletehehe semoga maju jaya
Deletetak block youtube ehh ?
ReplyDeletepower !
tak block. kau bukan video HD, terus habis load wakakakakak
Deletelaju !@#$%^&*()_+
Deletepehh .
Kemain... aku pun masa musim exam suka lepak kat perpustakaan... ahaha. Tapi bukn sebab internet dgn aicond, sebab nak mengelak dari menghadap rumate.. keh keh keh
ReplyDelete