Balik Kampung Semasa Raya Cina | downgila

Sunday, February 14, 2016

Balik Kampung Semasa Raya Cina

Gua sampai sekarang masih setia balik kampung naik bas. Walaupun kawan-kawan gua sekarang semua dah ada kereta sendiri. Tapi gua percaya hidup tanpa hutang adalah hidup yang paling power. Bas pukul 4.30. 8.30 malam, baru sampai Raub. Apa lancau jem kalah raya puasa tahun lepas. 9.30 malam baru sampai Lipis. Bapak gua ambil dari Raub ke Lipis.

Jalan lengang. Pelik jugak. Mana pergi semua orang tadi. Hampir 15 minit dalam, jiwa gua rasa macam nak lepak pekena teh. Jadi gua mengambil keputusan untuk singgah di satu warung tepi jalan di Penjom. Penjom jajahan Lipis ni kampung bapak gua. Zaman gua sekolah rendah dulu, selalu juga gua ke sini. Beli jagung. Seikat RM5. Memang steady. Sekarang gua dah jarang kesini. Durian pun tak menjadi.

Kampung ni dia punya tahap kodi sekarang sampai nak sembahyang Jumaat pun tak cukup orang. Gua dengar cerita ada juga beberapa kerat budak-budak muda protes tak pergi sembahyang Jumaat sebab imam masjid situ baca jawi berterabur. Alasan budak-budak sekarang memang sofistikated.

Dari jarak 200 meter, gua nampak warung yang gua hajat nak singgah bercahaya. Hati gua lega. Bapak gua parking kereta betul-betul depan warung. Tauke warung tersengih pandang gua macam minta penampar. Nasib baik badan adik perempuan gua tu besar sikit daripada gua.

Turun turun kereta, kelihatan di dalam warung ada beberapa orang budak muda macam baru lepas habis sekolah kerumun satu komputer riba.

"Eh ada Wi-Fi ke kedai Kelantan ni?" bisik hati kecil gua.

"Assalamualaikum..." gua beri salam.

Gua harap brader-brader dalam kubur yang jaraknya dua meter saja dari budak-budak muda kerumun komputer riba yang gua syak layan porno tu, jawab salam gua.

Lepas 10 minit, sup daging gua sampai. Bila gua tengok didalam mangkuk, gua positif ni bukan sup daging. Tapi sup bawang besar. Daging ada la 3 4 hiris, bawang besar ada 5 kilo. Jilaka.

No comments:

Post a Comment

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...