Tuesday, March 25, 2014
Aktiviti Licik Gua Di Pagi Hari
Kelas gua semester ni tak banyak pun. Tapi semua mula pukul 8 pagi. Jadi gua mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengunci jam sebelum tidur. Setiap kali ke tidur, gua akan mengunci jam henset Nokia 1280 (henset paling solid untuk kerja berat setakat ini) pada pukul 6.30 pagi.
Keesokan harinya, setelah bersiap lebih kurang dengan dressing tertentu, gua akan singgah di kafe Fakulti Bisnes untuk bersarapan dan mengusha satu makwe kerja kedai makan tu. Makwe tu memang sedap mata memandang. Dari masa tender dia dekat fakulti gua dulu dah ramai yang usha-usha makwe ni. Tapi baru-baru ni gua dengar cerita dia dah bertunang dengan satu mamat ni yang kerja mini market belakang sana. Kah kah kah. Apa sangat le tali pertunangan. Tak semua tali pertunangan boleh lawan dengan tali sawat pemasaan Proton Saga.
Gua memperuntukkan masa lebih kurang setengah jam untuk sesi Horlick suam, nasi lemak dan buat-buat intelek selak nota. Tapi kalau dapat table luar, melarat juga. Tapi sebenarnya mesti melarat punya. Kadang kadang dah pukul 9.30 tak gerak gerak lagi ke kelas. Horlick dalam cawan dah lama kering. Gua buat buat hirup juga.
Masuk pukul 10.00, hati masih berat ditambah lagi dengan kelibat makwe tu yang lincah meja ke meja. Sampai ada satu peringkat dah 10.30 baru nak blah. Cilakak.
Ini dah bukan salah ke kelas lambat. Kalau Presiden Kesatuan Pelajar-Pelajar Extend Dunia (KEPADA), Mohammad Nur Kholis Abrar tahu kegiatan gua ni, tersingkir le gua dari pencalonan Pelajar Extend Terbaik Dunia kategori bawah 24 tahun yang akan berlangsung di Frankfurt musim panas akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
punye ramai makwe UM, makwa cafe gak lu nak usyar..jus ketum ke apa makwe tu dah tuba ngko ni..haha..
ReplyDeletebak sini no ko sebelum aku gegar kolej5 tu..
Weh bundle, kau kena usha duluuu baru cakap. Makwe tu anak tokey tu hah. Sekali sekala dia tolong2 mak dia. Pergi ah tengok duluuu hahahah
Deletecafe tu kat mane?..meh nak usyar gak..hehe..
DeleteFakulti ekonomi tu. Atas bukit. Tapi makwe tu kadang2 tak ada. Dia macam sekejap2 ada, sekejap2 xda. Bila dia tau aku breakfast situ ada lah. Bila kau nak datang dia saja buat2 MC hahahaha
DeleteLupakan jela awek2 ni... belajar bagi habis dulu baru fikir pasal awek..
ReplyDeleteMuahahaha... aku paste ayat org tua pesan kt aku ja
Pergh. Aku rela lagi usha sekarang dari lepas belajar baru nak carik. Kang mula lahkawen dgn pilihan mak ayah. Kalau mak ayah pilih siti nurhaliza xpe jugak. Kena noorkumalasari? hahahahah
Deleteboleh tahan juga citarasa kau ni yer...hehe
ReplyDeleteAku layak join x kesatuan tu?
ReplyDeleteLah kau tak register lagi??
Deletebelumm...ahh ginilah GP....x reti ajak member.
Deletetali sawat pemasaan tu timing belt eh? amboi nak kena cungkil mata nih!
ReplyDeleteYezza. Timing belt. Timing=Pemasaan
Deleteselamat maju jaya dengan aktiviti nko tu !
ReplyDeletebetul ayat kejuruteraan nko guna nih .
baguih dok ada !
Eh biasalah. Betul ke x aku tak tau hahahahha
DeleteBerpusing anak mata aku cari makwe tu dalam gambar *hampa*
ReplyDeleteheheheheh best best!
ReplyDeleteKencang penglibatan kau dalam KEPADA! :)
ReplyDeleteTahniah, aku akan vote kau untuk wakil pelajar ke Maldives sempena Conference winter nanti. :)
Wah terima kasih! Sebagai seorang insta femes, pertolongan kau amat aku hargai! XD
DeleteSo, еnjοy the pleasure of having the canopy installed inn the fist roofinց place.
ReplyDeleteThis helpos in the prevention of corrosion that ϲomes
wityh hіring professional, licеnsеd roofing cօոtractors iin your area.
In countriess lke Germany aոd USA, green roofing can also be a bad sign.
Feel free too sսrf to my web page: Roofing in Loveland