Tuesday, April 23, 2013
Karangan Merepek Nak Dekat Pilihanraya Ni
Salam sejahtera. Melihatkan semua orang asyik je nak berkelahi lagi lagi dah dekat pilihanraya ni, saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit komentar. Sebelum itu, biarlah saya katakan yang saya ini bukan Pro-kerajaan mahupun Pro-pembangkang. Pro-Liyana Jasmay mungkin. Saya di pihak neutral di sini
Saya nak ajak kamu semua supaya berfikiran realistik. Ya realistik. Saya pun pengguna petrol dan mendapat subsidi minyak. Tapi saya hanya guna motor. Kerajaan telah menanggung kos ini saban tahun. Namun, cuba kita fikirkan, berapa peratuskah pemberian subsidi ini betul betul kena pada golongan sasar?
Dan di Malaysia, adakah orang miskin (golongan sasar) ini pakai kereta turbo, Mercedes, BMW, Perdana dan lori? Jawapannya—TIDAK. Rata rata mereka pakai motor KRISS. Sebaliknya, mereka yang berplat mahal dan berpelekat khas di hadapan kereta (golongan bukan sasar) yang lagi banyak guna minyak, ye lah meeting semua jauh jauh. Kena la pakai banyak minyak. Kereta pulak jenis enjin 18 juta liter pakai minyaknye. Last last golongan sasar tak guna sangat pun subsidi minyak.
Apa kata, kos subsidi minyak ini, kita laburkan dalam pemberian biasiswa. Yela, nak dapat biasiswa kena tunjuk slip gaji mak bapak ye dak? Dan saya yakin seratus peratus hal ini akan dapat ditujukan pada golongan sasar jika semuanya telus. Ya, TELUS. Sebab itulah rata rata anak orang kerja Petronas dapat biasiswa Petronas dan belajar di UTP. Sebab tak telus. Kita tak mahu yang kaya lagi raya, yang miskin makin rikin. Kita bukannya India dan Indonesia.
Dan dengan biasiswa atau lebih tepat ‘elaun minyak’ ini, dapat lah kita kurangkan aktiviti penyelewengan subsidi minyak yang mana melibatkan tak kira orang pembangkang mahupun orang kerajaan. Kalau ada penyelewengan juga dalam ‘elaun minyak’ ini, senanglah pembangkang nak tuduh orang kerajaan. Kikiki.
Dah la, saya rasa lebih baik lesing saje kepala kamu semua sebab asyik berkelahi aja. Tak bawa apa apa penyelesaian. Yang bawa penyelesaian adalah jalan penyelesaian. Perangai macam Mesir. Tomoi karang, bisu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Yg bawak penyelesaian adalah jalan penyelesaian" =.='
ReplyDeleteBetul tu! Biasiswa tu patutnya kasi kat golongan macam gua. Bukan anak-anak petronas yang gaji 50k dan tak reti bersyukur kehadrat Illahi. Mari bangkit ya akhi!
ReplyDeletemari!!!!
Deletelu bertanding ke tidak pru kali ni gp?
ReplyDeletetak, apasal?
Deletebab ni aku sokong. hah! mana lahabau yang sibuk nak ubah-ubah ngan rakyat diutamakan tu??? Pakai ni sebagai manifesto lagi padu!
ReplyDeletemana entry moto hilang mana? salah sendiri xnak publish. salah orang je nak cerita.
ReplyDeleteAlahai sempitnya otak. Bila masa la aku post salah org. Aku melawak je kot. yg kau nk butthurt sgt apasal.
DeleteAih bang? Abang butthurt balik ke? Moto mana moto?
Deletelololol anon butthurt tetibe awatnye??? hahahah
Deletebiar je lah dia. haha. xde pekdah duk layan
Deletesakit punggung ?
Deleteok dah 'meeting'
alhamdulillah .
Hidup Malaysia!!!
ReplyDeletehahaha win win
ReplyDelete'metting semua jauh jauh' ke 'meeting semua jauh jauh' ?
ReplyDeleteguane ?
tudiaaaaaa boleh perasan
Deletebest tol baca blog u ;) selamba ya ya jek..
ReplyDeletetk
Deletehidup YB GP!!
ReplyDeleteHidup YB... Harap nanti menang.. Haha..
ReplyDeletehaha..sila bersedia jadi MB dalam masa 5 tahun lagi.
ReplyDeleteyeah.. TELUS. itu yang paling rakyat inginkan..
ReplyDelete