Monday, February 18, 2013
Tak Payah Spam Komen
Blog ni sebenarnya boleh dikira sebagai alatan juga sebenarnya. Kadang kadang blog ko boleh guna untuk luahan perasaan. Masa masa macam ko bengkek sungguh dengan ketua kelas. Ko boleh luahkan dekat blog. Tapi sila privatekan la blog sebab aku tak rasa ada orang nak tahu pun mende alah tu.
Ada jugak yang promote kek la, baju la, ubat gigi dan macam macam. Tulis la aku tak kisah sangat jugak. Tapi kalau dah tulis blog pun pasal kisah cinta ko, tak payah la spam ruangan komen kat blog aku ni suruh "visit & follow back". Kamon, ada lagi jenis bukak blog letak komen pastu ko bukan baca pun blog aku.
Sebenarnya, aku pun ada juga kisah cinta. Biar pun tak jadi, biar pun kompliketed aku rilek je. Takde aku nak meroyan kehulu kehilir, terhiling hiling di bandar Lipis atau pun makan kemuncup sorang sorang. Aku steady. Aku duk downgila sorang sorang je dekat bilik.
Tulis blog tu biar la sungguh-sungguh. Sebelum tulis tarik feel dulu. Jangan paksa paksa. Tak ada menda nak tulis tak payah la tulis. Ayat kasi habis. Cerita kasi terang dan jelas. Ko tak payah buat semak promote link kat blog orang pun orang datang baca.
Ni lagi satu, amende yang ko duk tulis, 'ak' 'ak' ni? Aku tak paham sepatah haram!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hahaha sabar bang sabar. Nak tom yam volcano?
ReplyDeletenk jugak. bila lgi?
DeleteAk benci kau! Benci benci benci!
ReplyDeleteRilek gp, kau ada makwe yang paling tak menyusahkan. Gitar tu. Haha.
ReplyDeleteP/S: Visit & follow back. Lulz.
ah kau..
DeleteAk ak ak ak ak~ hahah. Nak cari trafik lettew. Aku pun benci spesis macam tu even dulu aku pernah buat masa mula berblog. Hahahahah.
ReplyDeletehahahah biasa. aku masa cracksevens dulu cam siot spam terok.
Deleteni pun luahan perasaan ni .
ReplyDeletehuhu .
blog aku lak cmner wehh hahha
ReplyDeleteapasal blog kau? ok jek.
DeleteSegan-segan lak nak letak pasal cinta. Haha..
ReplyDeletefollow me back..
biasalah tu. budak baru kenal blog.
ReplyDeleteNak duit dengan trafik tu dow.
ReplyDeleteAku dulu cam pelik gak r nape ramai suruh follow backla, like FB pagela, lama-lama faham yang blogger ni macam-macam latar belakang. Ada budak sekolah yang jenis nak lawan sesama sendiri sapa lagi banyak follower, ada yang rasa lagi banyak visitor ke blog membuatkan lagi happy - so sekarang aku layankan.
Kasi cam symbiosis sikit dalam dunia blogging ni haha.