Gua baru balik solat Jumaat. Hari ni punya khutbah ada cakap jangan dekatkan diri dengan arak dan penyalahgunaan dadah. Jadi kawan kawan semua janganlah start minum arak. Bahaya. Buat baik berpada-pada. Buat jahat sekali mula lah nak buat lagi.
Tiket balik rumah gua dah beli. Besok pukul 12.30. Gua ingat nak beli petang ni. Tapi Kolumpo sekarang asyik hujan sesaje. Siang hujan, petang hujan, malam pun hujan. Banyak sungguh rahmat. Jadi gua taknak balik petang ni sebab hari pun dah gelap ni. Malas balik dalam hujan. Nampak macam One Direction.
Gua sebenarnya tak ada lah excited sangat nak balik sebab baru lagi balik 2 minggu lepas hari raya haji. Tak sempat nak homesick dah cuti lagi. Gua dah la tak gemar sungguh naik bas. Kat rumah gua pulak tak ada internet. Banyak membunuh masa tengok Mak Lampir dengan anak sedara. Tapi tiba tiba gua dah terkeluar duit tadi RM14.60 nak balik Lipis.
Jadi, pagi pagi besok gua nak pergi stesen bas, naik bas pergi balik Lipis. Kalau kat Pekeliling esok ada kutu nak tolak henset, gua ingat nak tumbuk perut dia kuat kuat. Sampai tak boleh nak bercakap. Masa tu baru nak menyesal tak belajar betul betul sampai lulus Senior Cambridge.
Benci gila kau ngan kutu jual henset tu. haha
ReplyDeletemmg ptt dibenci pon..jgn sokong depa ni..
DeleteLepas ko tumbuk tu ko kebas la hanset dia jual tu. Haha
ReplyDeleteentah entah si kutu tu lagi hensem dari ko tak. tu pasal ko nak tumbuk perot dia
ReplyDeletebest la dia bercuti.selamat bercuti!
ReplyDeleteApa kena mengena hujan dengan One Direction?
ReplyDeleteHaha. Selamat bercutii :)
selamat bercuti gp. happy deepavali. :)
ReplyDeleteSelamat Deepavali .
ReplyDeletejgn lupa itu laddu muruku .
woihhh.
ReplyDeleteaku pun kat lipis ni.
moh la kite berdating tepi sungai jelai tuu.
miahahaha
rasanya macam aok je dalam bas itu hari ye dok
Deletebetul. tak berapa suka gak naik bas. haha..
ReplyDeleteSelamat bercuti. ;)
ReplyDeletesemua cuti sekolah dah sekarang ye. haha..selamat bercuti!
ReplyDelete