Monday, October 01, 2012
Takde Duit
Mengikut senarai ranking benda benda tahi dalam perjalanan hidup gua yang dikeluarkan oleh gua sendiri pada bulan Jun lalu, 'takde duit' menduduki antara tangga tertinggi. Bancian menunjukkan selepas gua membeli kamera yang paling murah dekat PC fair tu, harga RM300, gua semakin kerap dan adakala konsisten menerima 'takde duit'.
Sesetengah rakyat Malaysia mengklasifikasikan 'takde duit' ialah duit dah takde dalam beg duit, tapi dalam bank adalah sikit dalam 50 ringgit. Ada segelintir mendefinisikan 'takde duit' ni maknanya duit dalam bank takde langsung, tapi ada lagi sikit duit dalam beg duit. Alaa member pun tak bayar lagi hutang.Dia kata minggu depan dia bayar.
Ada pula yang kata 'takde duit' ni contohnya macam duit dalam bank takde, duit dalam beg duit ada 5 ringgit. Tapi hari hari senang je mintak duit kat bapak. Kalau bapak takde duit kecik. Peh dapat RM50. Dan yang paling gua tak tau nak cakap apa, ada juga golongan brader brader kaya yang selalu minum kopi di Starbucks dan menghabiskan duit makan askem di Tutti Frutti, yang bengap dan mengklasifikasikan 'takde duit' sebagai duit dalam bank banyak, dalam beg duit ada. Kerja gaji besar. Tapi mengeluh lagi takde duit. Apa cerita?
Bagi gua, 'takde duit' ialah takde duit langsung. Haram tahi takde langsung sampai rasa nak penampor kalau adik balik sekolah beli majalah bukan bukan pakai duit belanja sekolah. Semalam gua nak minta singgit dekat roomate nak buat pergi minum dekat kedai cakoi Akak Cantik bukan main liat. Maksudnya seposen pun takde. Lepas tu tak kerja. Kalau kerja pun kerja runcit-runcit. Nak mintak dengan bapak, gua rasa segan jugak. Dengan member member siap ada hutang lagi. Baju FESKUM pun gua belum bayar. Itu baru definisi 'takde duit' yang tepat bagi gua..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Klu aku suka ckp, tak cukup duit je. Senang n mudah org lain paham.
ReplyDeleteTak ada duit jugak. Damn.
ReplyDeleteamboi ni sama la kes JPA xmasuk lg wakakak
DeleteSori bro~ aku pun takde duit nak tolong kau. Definisi aku dalam beg duit takde duit, dalam bank pun takde duit tapi ats meja banyak duit.......syiling. -.-'
ReplyDeleteduit syiling ada kira ok la boleh buat basuh baju
Deletemember hutang ko pakse aje bayar
ReplyDeletenanti aku usahakan
Deleteduit pt tak masok lg ke. hahahahaha
ReplyDeletehampir tepat
DeleteMemang parah dah ko ni bro... Seposen pun dah takda ni...
ReplyDeletescholarship x masuk lagi la tu :P
ReplyDeletegaji semua pun tak masuk lg. peh sakit
Deletetakde duit memang ranking no 1 dalam benda tahi dalam hidup aku..haha
ReplyDeletekasi pecah tabung surau! =p
ReplyDeleteamboi ada pengalaman?
Deletemende ni mmg setiap bulan carta no 1..haha
ReplyDeletekalau ade duit syiling je duit kertas x de macam mane kira ?
ReplyDeletedia kira macam ada duit jugak la. duit syiling banyak boleh buat beli MyVi oi
Delete