Abang gua mula pandai keluar malam sejak habis darjah 6. Cuti sekolah. Masa itu dia keluar dekat dekat. Tak depan rumah Amus, habis kuat pun lepak terowong dekat taman permainan. Balik pun tak lambat. Dalam pukul 10, 10 lebih sikit. Itu pun tak selalu. Kalau ada Honey I Shrunk The Kid, tak keluar.
Masuk line tingkatan, dia dah advance sikit. Dah pandai kayuh basikal pergi minum dekat warung burger abang Man. Tapi tak lambat balik. 10 atau 10 lebih sikit.
Tingkatan besar sikit, abang gua lebih komited. Dah tak pandang sangat siaran televisyen waktu perdana. Dia curi curi pakai motor ayah, pergi lepak batu 2 tak pun kedai makan Banjo dekat Padang Tengku. Apa barang lepak kedai makan tapi minum saja. Rokok mesti hisap. Tapi bukan dia la, kawan kawan dia. Abang gua tak hisap rokok. Lepas tu berjinak jinak pula dengan pomen motor. Balik pun tak lewat sangat kononnya.
Habis sekolah, abang gua lebih menganaktirikan rumah. Keluar lepas maghrib, balik sampai 3-4 pagi. Ada sesetengah kes, orang azan subuh baru balik. Entah benda yang dicari.
Sampai sekarang dia dah sebati dengan keluar malam. Kalau mula mula dulu, balik rumah pukul 10. tapi lepas tu, pukul 11-12 baru nak keluar. Kadang kadang habis Cerekerama baru keluar.
Tapi sejak dia kawen tahun lepas, berubah betul abang gua. Baik gila. Tak pernah pernah telepon gua tanya bila exam start tup tup telepon tanya. Gua jadi kekok pun ada berborak dengan abang. Selalu berborak dengan akak aje.
Hari ini gua tengok adik gua yang tak habis sekolah lagi ni dah pandai merayau keluar malam, lepak minum kat kedai macam orang tua dengan asap rokok pung pang pung pang, memekak main gitar depan kedai orang, senyap senyap curi kunci motor rewang sana sini. Geram juga gua tengok. Entah siapa yang mengajar..
Keluar Malam | downgila downgila.com/2012/06/keluar… #downgila via @HeyAzwan
— gp(@HeyAzwan) June 6, 2012
lol! abg lu lar!!!!!!!!!!! xddd
ReplyDeleteIni namanya maju ke hadapan. Keh3. Lu plak macam mana? takkan banding abg dgn adik lu jer. :D
ReplyDeleteadik baru nak up kot
ReplyDeleteremaja baru nak rasa sorga dunia.
ReplyDeletemelakukan aktiviti² sebegitu mungkin menampakkan diri beliau seperti abang² .
ReplyDeletedia baru nak meningkat remaja.
ReplyDeletep/s: honey i shrunk the kids tu mmg best
sblm kawen kne enjoy hbs-hbsan knal dunia betul2.dh kawen bru senang nk jaga ank2 n bini2..
ReplyDeleteHebat gila abang lu tak hisap rokok.. jadi takde sebab lu nak hisap rokok la kan? Bila lu tak hisap rokok jadi takde sebab untuk adik lu nak hisap rokok kan? Lu nampak tak pengaruh seorang yang bernama abang kat sini?
ReplyDeletebila masa aku hisap rokok? wakaka
Deletebiasanya terpengaruh dgn member aa.. :)
ReplyDeletemerokok membahayakan kesihatan
ReplyDelete