Jam menunjukkan pukul 6.59. Bergegas gua ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Waktu bangun tidur gua tersasar lagi. Orang kata nak jog sedap sebelum pukul 7.30. Sebab tu banyak event lari lari start pukul 7.30. Tapi gua dah lambat, tidur lama sangat. Musim-musim hujan tengah hit ni, memang 'in' tidur. Lagi-lagi kipas speed 3, selimut kuning kelubung, tingkap buka. Peh..macam tidur terbaik dunia.
Selepas siap solat Subuh, gua sarung baju jogging Nike Run. Dan bersiap siap untuk memakai stokin. Tapi sebelum tu kena capai seluar pendek dekat ampaian. Capai stokin wangi gua lalu pakai stokin belah kanan dengan cargas, baru nak pakai stokin yang belah kiri, tiba tiba perut gua terasa sangat kosong kosong kosong Najwa Latep. Lalu gua buat pusingan 'u'. Gua capai roti dan sapu sedikit kaya yang terletak di atas meja. Kucar-kacir gua makan roti.
Masa nak sarung stoking, gua pegang dulu roti pakai mulut. Kata orang tak manis pegang stoking sekali dengan roti. Roti dah sepit dekat mulut pun gua ada hati lagi nak kunyah. Amboi, lain macam dia punya sedap roti tu.
Roti Dan Stokin | downgila downgila.com/2012/04/roti-d… #downgila via @HeyAzwan
— gp(@HeyAzwan) April 21, 2012
tahan guna mulut.ok untuk sendiri nya -.-
ReplyDeletelu pegang lah stokin dulu, lepas tu lu baru pegang roti. lagi padu
ReplyDeleteitulah yg gua telah secara tak sengaja buat -__-" haha
Deleteewwwwwwwwwwwww~~~~ sedap camne tu??
ReplyDeletetak dapat digambarkan dengan kata2
Deletekekekekekkek.......sempoi!
ReplyDeleteaku macam nak terai jugak
ReplyDeleteyeah
ReplyDeletesafe and sound maxi rider