Semalam gua dah hantar Ninja untuk dibaiki ke kedai motor depan pasar malam UIA tu. So hari ni gua pergi solat Jumaat jalan kaki. Sampai masjid tudia peluh macam air terjun. Gua amek masa rilek rilek kejap lepas tu baru masuk masjid.
Khutbah pulak pasal Valentine's Day. Ustaz yang baca khutbah cakap ada Fatwa yang Valentine's Day ni haram. Gua mula la resah sebab gua layan jugak band Bullet For My Valentine. Sekarang gua rasa nak tulis emel dekat ustaz tadi tanya ejas ejas macam mana. Gua rasa tak haram band ni.
Lepas solat gua balik lah kan. Niat nak jadik tabligh tak sampai lagi. Gua tak tahu pulak Malaysia sekarang gila panas. Gua jalan la laju sikit. Didalam gua dah rasa gua laju, baru gua sedar ramai gila budak budak PASUM potong gua. Pandang belakang dah tak ada siapa, ada pun bader gemuk mana entah pakai spek jalan mengah mengah. Ni maknanya gua semakin slow ni. Mana boleh jadi.
Tanpa disedari tangan gua mula memegang bahagian perut. Terdapat sedikit bonjol dibahagian perut gua.
"Celaka. Main pingpong hari hari pun six pack tak naik rupanya"
Start harini gua nak sit up 7000 kali sehari. Dan kepada bader bader tough kolej lima seperti Salak, Sarawak dan Ayed, gua nasihatkan berjaga jaga. Gua dah start makan telur separuh masak.
BFMV Haram? Noooooooooooo!!!!!!!!!!
ReplyDeletemain pinngpong mana nak timbul 6pack nyaa,
ReplyDeletece try main tinting pulak.
:)
lemak banyak tuuuu
ReplyDeletehahaha..kau buat tak ikhlas kot
ReplyDeleteSit Up 7000 klai sehari..cayalah bro!!
ReplyDeleteJom Exchange Bloglist
Hanif Bloglist
Salam Kenal dan I follow sekali
Sila komen setelah letakkan bloglist
Thanks
follow? aku rasa dah remove dah buton follow
DeleteHahaha, nak 6 pax main polis sentri bro.. konpem!
ReplyDelete