
Baru baru ni cuti gua ambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman sekejap sebab rindu pulak dekat mak ayah di rumah. Gua balik hari Jumaat tempoh hari. Sampai rumah mak gua dah masak sedap sedap. Ini la yang gua suka duduk rumah. Takdelah kebulur macam dekat kolumpo.
Selain makan sedap, ada satu perkara yang jarang jarang berlaku terjadi pada gua, gua ada pergi keluar dengan adik pergi mengeteh. Adik gua yang laki ni perangai dia bugima sikit. Ni dia tiba tiba baik dengan gua ni ada la apa yang dia nak ni. Tak baju gua, duit.
Petang tu kita orang gerak pergi kedai kopi dekat dekat rumah, dengan harapan bapak gua tak ada kat situ main dam. Sampai situ Alhamdulillah Encik ayah tiada. Gua order air teh halia. Adik gua order horlick ais.
"Budak budak....", monolog gua sendirian apabila mendengar adik gua minum air ada ais.
****
Seminit lepas tu, air sampai, atas meja pula ada letak roti krim, gua sambar terus. Kelmarin gua ada pekena teh dengan dekat Pekeliling sementara tunggu bas. Gua makan roti krim juga. Ada jodoh ni. Tapi tengah gua ralit borak dengan adik gua pasal apa dia nak jadi tak habis habis merempit, krim jatuh dari roti gua. Jatuh ngam ngam tepi gelas teh gua.
"Rugi, rugi..." adik gua geleng kepala..
Gua terdiam. Masa tu fikir keluarga je. Kalau tidak, memang gua dah lempang adik gua itu jam juga.