Sambungan dari SINI
Selepas gua lihat siput terjun kedalam longkang kerana terasa dihina, gua masuk kedalam rumah. Bersiap siap untuk berbasikal. Gua capai satu seluar pendek paras lutut dan sedikit angkat keatas untuk lebih selesa. Baju gua sarung baju semalam alang alang nak berpeluh.
Setelah siap memakai seluar dan baju, gua bergerak ke garaj rumah untuk mengambil basikal. Basikal ini akak gua menang masa Karnival Lipis itu hari sebagai hadiah cabutan bertuah. Nombor satu dapat motor Wave 100. Power gila Kuala Lipis masa kini.
Gua pun meruskan perjalanan berbasikal di sekeliling kampung. Dalam 10 minit gua bergerak, terserempak pulak dengan bukit yang amat tinggi, dalam perjalanan pergi, gua gagahkan lagi untuk merentasi bukit. Dalam lebih kurang 5 km, gua pun memulakan perjalanan pulang.
Bukit kali ini memang gua dah tak boleh nak gagah. Stamina gua pun masih belum pulih. Gua mengambil keputusan untuk berjalan.
Sambil berjalan, gua membuat regangan menendang angin. Sedang gua komited menendang angin, tiba-tiba gua tertendang jin.
"Aduh!" jerit jin.
"Minta maaf, jin.", balas gua.
Gua menyambung perjalanan pulang.
Apabila melintasi rumah Tok Empat Bakar, Tok Empat Bakar yang sedang mengikat bata menambah rumahnya secara 'indie' menguntumkan senyuman terhadap gua. Gua senyum semula. Begitulah juga halnya ketika gua melintasi rumah Aki Khamis, Senyuman Aki Khamis gua balas dengan senyuman yang manis.
Di hadapan rumah Ustaz Mahyuddin turut tidak jauh bezanya.
"Haa! Lama cuti?" tanya Ustaz Mahyuddin sambil menebang pokok pisang.
"Biasa la, Ustaz. Cuti semester" jawab gua 'gentle'. Seluar pendek gua rendahkan sikit kasi tutup lutut.
Dalam lebih kurang 5 minit berjalan gua kembali menaiki basikal sampai ke rumah. Di rumah mak gua sudah sediakan Teh dan kek pisang ada diatas meja dihadapan rumah, Gua duduk berpeluh peluh sambil hirup air teh suam.
"Slrrpppp........Ahhhhhhhhhh..Kalau bini aku nanti tak reti buat teh aku carik bini lain", pikir gua didalam hati.
*********
cian bini lu. tau la kosong 3
ReplyDeletekah kah kah. sebaik gua laki
Deletelorh..kalo bini x pndai,ajaq la.. :P
ReplyDeletecube buat kelas kat bini lu haha xP
ReplyDeletelu sering kali ubah template, avatar, favicon & header
ReplyDeletekahkahkah
template lama berat. haha. nk tukar angin. simple n ringan
Deletesapa nk jd bini hang kena pandai buat kek pisang kan..HAHA
ReplyDeleteserius lama tak mkn kek pisang,buat kt aku weh..:))
wahhh berwajah baru. haha.
ReplyDeletehaha. template ni ringan skit
Deletehehehehe. jin x kejar plak?
ReplyDeleteaku kesian dengan bini ko nanti. haha..
ReplyDelete