Biasanya hari hari gua akan catatkan kat blog ni apa highlight of the day dalam kehidupan seharian gua. Tapi hari ni gua rasa bersalah pulak nak tulis entry ni. Cerita dia start pagi tadi. Gua sekarang dah mula berjinak-jinak dengan karier meminum air panas. Macam air teh, air nescafe dan sewaktu dengannya.
Minum air panas baru nampak abang-abang. Budak kecik je minum air ais macam teh o ais, teh ais, horlick ais. Gua kan dah abang abang, kena ah minum air teh panas. Seperti hari hari biasa, pagi pagi, pukul 8 je gua akan terjaga dari tidur.
Gua terus bukak laptop online online, cek la apa yang patut. Baca blog blog yang gua layan. Sementara nak amek feel, gua kena buat air teh dulu. Baru boleh layan blog sambil ngeteh. Pagi tadi, disebabkan gua punya gelas ada member gua pinjam, gua pun terpaksa la menggunakan bekas peanut butter yang dah habis untuk buat air teh.
Bekas masih penuh dengan sisa sisa peanut butter. Gua capai bekas dan bergegas ke water cooler. Gua amek air panas. Memang panas betul air tu. Berasap asap. Gua pun dengan teliti membasuh bekas peanut butter tu untuk memastikan teh gua tak ada rasa kacang nanti.
Bila siap basuhan kedua, gua pun membilas bekas tersebut. Disebabkan gua dah terbiasa membuang lebihan air keluar tingkap, gua pun dengan automatik terus membuang air yang panas gila itu kebawah.
"Ada gaya..ada gaya..", kata hati gua.
Gua lupa pulak gua sekarang berada di tingkat atas sekali. Dalam 2 saat selepas gua buang air panas tu kebawah, Ada pulak bader mana entah menjerit. Gua tak dengar pulak apa yang dijeritkan. Gua tak tahu pulak air panas bila kena badan sakit.
Gua terus berlari menyorok didalam tandas takut takut diserang oleh bader yang terkena air basuhan panas gua tadi.
"Ahh..kena air panas je kot. Nak jerit lebih lebih buat apa?", bisik hati gua.
Start besok gua janji tak akan campak air panas kebawah lagi.
Serius
Kahkahakah! Kau memang cilaka! Brader tu hensem tak? Bahahaha
ReplyDeletehoho. jahat nye. kesian lah abang tu
ReplyDeleteHahahahahahahahahahah. kalau aku jadik brader tu, aku naik carik ko!!
ReplyDelete@Lyana M. Haha. boleh jadi aku nak pergi tgk dulu muka dia. anggap je la aku lg hensem
ReplyDelete@Pieja Aiesha Tak sengajew?
ReplyDelete@govin78 Tu KALAU kau yg jd bader tu. haha.
ReplyDeletehahhaa macam cilakak kau ni.
ReplyDeleteUntungla aku ada kawan hensem.
ReplyDeletebuat muka troll lebih sesuai dari lari ke jamban
ReplyDelete@En Naja hahaha. walaupun gua xbuat tp gua nak letak trollface at situ
ReplyDelete@En Naja hahaha. walaupun gua xbuat tp gua nak letak trollface at situ
ReplyDelete