wira x siap siap nak jadik evo
Bila nak balik, time tu dah nak dekat pukul 8 malam, entah kenapa bila gua naik je motor, gua rasa tak sedap hati, Nak dijadikan cerita, tiba-tiba lain macam dada gua. Sejurus selepas gua duduk atas motor, dada gua automatik jadi berdebar. Laju. Gua hairan. Gua syak macam ada sesuatu akan berlaku. Gua duduk atas motor elok-elok macam orang agama-agama dan bergerak perlahan-lahan menghala ke UM. Gua kasi pemanduan yang paling JPJ.
Tapi gua punya debar tak selesai juga. Sepanjang perjalanan asyik berdebar. Dada jadi mengecil. Pandangan gua pun mula jauh. Gua jadi banyak fokus 500 meter ke hadapan daripada memandang jarak 2 meter di hadapan. Ada masa gua intai-intai juga cermin pandang belakang. Kadang-kadang macam ada jalur-jalur cahaya yang buat gua tambah berdebar. Celaka punya kereta wira modified. Apa cerita pasang lampu bukan-bukan kat kereta? dah la kereta modified style tak siap siap. Orang nak pakai evo kau nak pkai evo. Pastu kau renovate wira kau jadik evo memang xdapat la jep.
Sedar sedar gua dah tak berdebar, berdebar gua jadi hilang terus memang tak ada langsung dah. Sekarang dada gua dah jadik macam sombong pulak. Gua turun dari motor, buat muka bangga sebab dah sampai UM
'Apa barang dari HKL sampai UM takde roadblock..??', kata gua di dalam hati sambil berjalan dengan dada bidang masuk bilik.
haha nice entry bro! aq pnah kne ngan polis tak puas hati cek dadah lam kereta...muke jahat ke ape
ReplyDeletepolis $#^@$
ReplyDeleteoih berlagakkk. kang kena saman baru tauuuu hahahahah
ReplyDeletetakpa lah. next time kalau ada roadblock, dada kau tu jadi macam limpa goreng
ReplyDeletekahkahkah
kau pnya debar bikin aku pn bdebar nk baca..deyem!
ReplyDelete