Saturday, May 16, 2015
Pasar Karat JB
Minggu lepas gua outstesyen ke Johor. Malam tu kawan gua bawak jalan-jalan area JB, pergi Pasar Karat dekat area-area hotel tempat gua duduk. Gua agak eksaited sebab gua nak tahu apa yang karatnya dekat pasar tu sampai nama jadi Pasar Karat.
Selepas gua pusing-pusing, gua dapati Pasar Karat ni macam Uptown Danau versi kecik sikit je. Ingat nak beli la tshirt sehelai dua. Tapi gua kensel la sebab 90% baju kat sana semua duk tulis 'Johor' je. Gila babi. Lu pergi mana-mana kedai semua duk jual baju 'Johor'. Itu belum campur lagi jersi bola Johor, baju Johor tapi Johor tu tulis jawi (جوهر), Johor Harimau Selatan Luaskan Kuasamu, dan macam macam la lagi Johor.
Bawak rilek la orang Johor ni pun. Lu orang sama-sama duduk Johor buat apa jual baju Johor lagi banyak-banyak. Kuat sangat asabiah demeh ni pun. Gua cuma harap Enol Pantai Dalam tak lah terjebak dengan scene semangat Johor terlebih ni. InsyaAllah. Kah kah.