Semalam gua ke bandor Lipis beli tiket balik. Lepas selesai membeli tiket gua ke kedai jam nak betulkan tali jam. Sampai depan kedai jam gua parking motor betul-betul depan kedai nombor 4D. Lepas dah ejas-ejas parking gua terus bergegas ke kedai jam. Panas betul petang semalam. Padahal dah pukul 4.30.
Sampai dalam kedai, gua tanya itu ahso ada ke tidak tali jam untuk jam gua ni. Carik punya carik jumpa la satu. Gua tanya la berapa harga.
"Dua puluh ringgit ini tali. Baik punya jenama".
Gua tengok tali entah brand Starsun ke mende bodoh je. Gua tak jadi nak beli. Tapi nak jaga hati punya pasal, gua buat-buat la cek dompet. Dengan bergaya gua capai dompet di poket belakang. Ahh setan. Tak ada.
Gua jadi gelabah. Dekat tangan pun tak ada, poket depan tak ada, poket kiri kanan semua tak ada. Gua terus keluar dari kedai dan bergerak ke motor. Sampai dekat motor, tudia dompet gua dalam raga motor. Lega gila masa tu. Serentak dengan tu, kedengaran satu suara dari belakang.
"Kalau kau lambat lagi seminit, hilang dah beg duit tu aku kebas."
Gua terus berpaling kebelakang. Ada sorang bader india rambut panjang beruban tengah gelak-gelak. Loghat bader ni sebijik macam orang melayu. Tak ada bunyik india langsung.
"Haha takdelah. Aku gurau je!"
Babi mamat ni hal-hal hilang dompet ni bukan boleh buat bergurau. Dia ingat comel lah gelak sambil menggaru tu? Tapi gua gelak juga heh heh heh buat buat ikhlas.
"Jangan riso, kite orang KL, tak curik beg duit orang ni", jelas bader tu lagi.
"Orang KL?", tanya gua.
"Kuala Lipis. KL la jugak tu. Tapi kita tak sama dengan KL yang sana..", KL yang sana tu gua rasa sudah semestinya Kuala Lumpur.
"Yeke? Apa beza?", gua mintak penjelasan.
"KL sana orang punya lah jahat. Beg duit dekat tangan pun diorang ragut. KL kat sini orang baik-baik. Beg duit depan mata pun orang tak ambik. Tak gitu?"
"Heh heh heh. Gitu... gitu...Terima kasih", jelas gua dan terus start motor balik.
***
"Ok Selamat!", sayup-sayup suara bader tu gua dengar selepas gua mengambil selekoh ke kanan depan kedai buku lama Hiap Foh Chong tu.
mcm fiction je..konspirasi nk brukkn org kl ni..hehe
ReplyDeleteHaha. betul weh
Deletenasib baik.. kalu tak mmg dah arwah beg tu..
ReplyDeleteorg raub pon baik. kbye
ReplyDeleteKau bukan sarawak mari ke?
Deletegile ke. Pahang darul power kot
Deletekau ni cuai betul. neves aku baca! lain kali hati2 woi. orang KL ni dasat!
ReplyDeleteHaha. Itulah pasal. Dah la dalam wallet aku ada gambar passport. Comel2 pulak tu
Deleteaku suka la dengan cara ko tulis semua entry2 dalam blog ni. Apa kata kau buat satu novel/buku n terbitkan kat mane syarikat. Aku nak beli.hahah..
ReplyDeleteHuh terima kasih. Ada masa aku buat. Muah3
DeleteBoleh tahan cerita ni... aku baca dgn khusyuk... nasib la dompet x kena curi
ReplyDeleteKe brader tu nak cover line je tu. Silap2 dia yang sebat dulu. Haha
ReplyDeleteKalu kat kg sy, KL = Kandang Lembu. bahahaha!
ReplyDeletesesak life dekat kl weh .sekali dah cukup untuk aku think twice untuk stay sana .hahahaha
ReplyDeleteHaha..orang KL memang baik.
ReplyDelete