Sampai saje aku terus lipat lipat seluar aku dan menonggek. Dah sampai basuh tangan kanan, aku rasa nak terkentut, jadi sebelum aku habiskan mengambil air sembahyang, baik aku kentut terlebih dahulu. Tak payah ambil air sembahyang dua kali. Smarvo.
Tengah aku kentut, masuk seorang brader entah dari mana. Masuk masuk saja tepat aku kentut. Dia terus pandang aku semacam. Aku dalam keadaan masih menonggek secara konsisten juga memandang dia semacam. Kami bertukar tukar pandangan 'semacam' selama lebih kurang 4 saat
Krik krik krik
Situasi menjadi pelik seketika.
Selepas itu beliau keluar dari bilik basuh baju tersebut dan menunggu giliran diluar, dan aku mengambil semula air sembahyang. Kami masing masing tidak memandang semasa aku keluar dari bilik membasuh baju.
"Hek eleh. Macam la kentut kau wangi sangat."