Atas Dari Kiri: Sarawak, Daus, Abrar, Zahid, Din
Bawah Dari Kiri: El Nino, Arep, Bangi, Kimi
Semalam gua julung julung kalinya berfutsal dengan kawan kawan satu kelas. Walaupun gua bengap sikit dan jarang dah sekelas dengan dia orang. Kami budak budak Awam lawan budak budak Elektrik. Setelah sejam bermain, kami telah berjaya memenangi perlawanan dengan jaringan yang power dan padu. Tapi....jangan bangga dulu, gua dapat analisa beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Biar gua ulas sedikit sebanyak berdasarkan pemain.
Bangi
1. Tahan bola fail dan bersepah2. Rembat macam pondan, tak laju dan macam crossing.
3. Rembat ke atas atau ke tepi walaupun dalam kawasan D.
4. Bingai.
Kimi
1. Lari lambat dan passing lambat2. Kaki keras/kayu
3. Kaki begitu lambat untuk membuat tendangan atau rembatan. Cth: Pemain lain mengambil 1 saat untuk kaki sampai ke bola. Kimi mengambil kira kira 2 hingga 2.5 saat dan bola sempat ditahan/dicuri pemain lain dalam lingkungan 3-4 meter
4. Pakai baju lengan panjang
Arep
1. Malas dan jarang berlari2. Skill atau footwork yang dihasilkan sangat lambat dan tidak mengelirukan musuh
3. Senyum lebih lebih dan tidak serius.
Sarawak
1. Peluang gol kerap kali disia siakan sehingga tiba tiba menghadirkan gol pada pihak lawan2. Depan gol tak gol
3. Alasan banyak ( baru lepas makan le, penat tengok wayang, kasut tak grip, saja je, dan pelbagai)
Abrar
1. Bola sepatut boleh kejar pun tak dapat, lepas tu salahkan orang yang passing2. Ada satu kes dia rembat sangat laju tapi tak kena bola. Perkiraan juri jika lutut tak kuat, kaki mampu melayang ke flat atau atas atap rumah Ustaz Azhar
Daus
1. Bola keeper passing, orang baru gertak sikit dah dia passing keeper balik2. Selalu mengubah rentak sehingga serangan pantas (counter-attack) tak menjadi
3. Kawalan bola lemah dan tak seperti penyerang utama sekolah
4. Rajin terbuat hantaran kepada pihak lawan
5. Buat skill sampai bola ter’out’ sendiri
6. Patut lari tak lari, patut tak lari, dia lari
7. Sering terhiling hiling dalam gelanggang.
8. Nak main rileks tapi realitinya mudah panik, cuak dan menggelupur
9. Lubuk
Yang lain lain gua tak ulas tu main bagus. Terutamanya Zahid dan Din.
pic credit to Sarawak